March 10, 2017

Rancangan Chichi Dan Chacha Kini Kembali !

Siapa masih ingat Chici & Chacha ? Untuk korang yang ada anak dan peminat Siri animasi 3D ‘edutainment’ pertama di Asia kini  kembali lagi untuk menghibur sambil mendidik kanak-kanak dengan kandungan yang lebih hebat dan lebih menarik untuk musim ketiga bermula 18 Mac 2017 jam 9.30 pagi di slot Bananana TV3.




Chichi & Chacha yang dicetuskan untuk menarik perhatian minda kanak-kanak menggabungkan pelbagai elemen hiburan dan pendidikan menampilkan empat hos selebriti muda yang berinteraksi dengan watak-watak animasi 3D yang hidup di hutan magika sambil memperkenalkan nilai-nilai kehidupan dan pengetahuan am.

Rancangan ini disasarkan untuk kanak-kanak tadika hingga sekolah rendah (6 – 8 tahun), Chichi & Chacha bertujuan untuk mewujudkan kandungan cerita 360 darjah di pelbagai platform disamping melengkapkan penonton dengan kemahiran hidup dan tanggungjawab yang diperlukan untuk menghadapi cabaran harian di dunia hari ini.



Untuk pengetahuan korang, setelah berjaya mencapai 6.1 juta penonton di seluruh negara dengan Chichi & Chacha Musim ke-2, Big Fish Media kini menawarkan siri ini untuk penonton TV3 bagi capaian penonton yang lebih meluas dan kandungan yang lebih relevan untuk penonton muda di slot Bananana. Dengan suntikan kandungan ASEAN yang memperkenalkan budaya dan gaya hidup negara-negara ASEAN, penampilan tetamu khas dalam setiap episod dan penampilan hos baru, Shada




 Chichi & Chacha Musim ke-3 ini turut meraikan kemajuan dan pencapaian belia muda Malaysia. Bukan itu sahaja, tahun 2017 adalah tahun bagi Chichi & Chacha mengembangkan kandungannya ke luar kotak televisyen.

Siri ‘edutainment’ 10 episod Chichi & Chacha Musim ke-3 bukan sahaja boleh ditonton melalui televisyen, Big Fish Media dengan sukacitanya memperkenalkan sebuah portal atau kedai atas talian (www.chichidanchacha.com.my) yang merangkumi video eksklusif Chichi & Chacha, saluran YouTube berkonsepkan seni dan kraf serta kit pembelajaran untuk kanak-kanak.

Chichi & Chacha yang menawarkan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang bermakna menerusi main dan keseronokan. Asas kepada penghasilan Chichi & Chacha adalah menerusi nilai-nilai teras FIKIR – FUN, INTEGRITY, KNOWLEDGE, INSPIRING & REVOLUTIONARY.”





So Jangan lupa ya untuk menonton siaran perdana Chichi & Chacha Musim ke-3 bermula pada hari Sabtu, 18 Mac 2017, jam 9.30 pagi hanya di Bananana TV3 !

0 Budak Rambut Pacak Komen: