Total Pageviews

Review Filem Pak Pong

Baru - baru ini aku berkesempatan untuk menonton filem fantasi komedi, Pak Pong yang diarahkan oleh Fauzi Nawawi. To be honest dah lama aku tak menonton filem melayu di pawagam kerana kecewa dengan pembikinan filem yang ada. 





Tak sudah - sudah dengan tajuk filem yang tangkap leleh, filem seram yang boleh dikatakan semua hantu muka semua nak sama je. Jadi tergerak hati untuk menonton Pak Pong disebabkan filem ini mengambil masa 5 tahun untuk ditayangkan dan merupakan filem pertama arahan Fauzi Nawawi. 

Bukan itu sahaja, filem Pak Pong juga merupakan filem pertama lakonan Hairul Azreen. Komen aku mengenai filem ini 

  • Overall filem ini so -so sahaja. Bukan tak suka, tetapi terdapat pembaikan boleh dilakukan. Pujian harus diberikan kepada Fauzi Nawawi kerana berjaya menghasilkan filem fantasi komedi seperti ini. Syabas!
  • Jalan cerita agak menarik, namun terlalu banyak plot twist sehingga boleh mengelirukan penonton
  • Filem ini telah dikategorikan sebagai filem yang sesuai untuk  tontonan  umum, namun part seperti mengimbau kembali malam pertama tidak seharusnya dipertontonkan.
  • Part CGI kalau diikutkan memang banyak boleh diperbaiki, namun untuk filem pertama yang dihasilkan bagi aku memuaskan 

Sebenarnya aku agak terkilan , sewaktu promosi filem ini, ada beberapa pelakon filem ini yang agak sombong dan buat muka pada malam itu. Nak cakap penat dan lewat malam, semua orang penat ye dan kami ini lah menolong menaikkan nama - nama artis ni. 



Dah la lama tak berlakon, siap komen sinis lagi. Fauzi Nawawi dan Lisdawati juga yang peramah dan sentiasa tersenyum walaupun banyak kali ditemu ramah. Komen aku kepada artis - artis yang perasan diva ni. cuba be humble , Insyallah awak akan pergi jauh. No diva - diva ye LOL 

Overall bagi aku filem ini kelakar. Walaupun fantasi namun watak - watak yang ada didalamnya menghidupkan lagi jalan cerita. Tahniah buat Fauzi Nawawi dan seluruh team produksi Pak Pong, tak sabar nak tunggu sambungan filem ini 




Sinopsis Pak Pong
Pak Pong mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu dari kitab pengasih - Pak Pong yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri. (Trailer Pak Pong 2017)

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Fantasi Komedi
Studio :  9 Country Film Sdn Bhd
Penerbit : Raja Mohammad Hj Mohd Ismail
Pengarah : Fauzi Nawawi
Skrip : Fauzi Nawawi
Pelakon : Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Fauzi Nawawi, Kaza, Ah Chong, Lisdawati, Saiful Apek, Nur Risteena, Ember Chia dan Marsha Milan.
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2017






No comments: