Senarai 4 Produk Hilangkan Parut Yang Terbaik Di Dunia

Bercakap mengenai parut, mesti semua orang nak cari penawar untuk hilangkan parut kan? Tipulah kalau tak ada. 



Dikesempatan ini aku nak berkongsi dengan korang  Senarai 4 Produk Hilangkan Parut Yang Terbaik Di Dunia berdasarkan hasil pemerhatian rencana di media sosial dan pengalaman aku sendiri menggunakan produk hilangkan parut ini 


1. Mederma 

Antara produk yang aku pakai ketika di bangku sekolah, Sebab aku pakai pun nak hilangkan parut kesan dari kemalangan jalan raya dulu. Jadi bila aku pergi ke klinik, ada antara mereka yang mengesyorkan untuk memakai Mederma, Terdapat dalam dua saiz, 20 gram dan 50 gram Mederma mudah untuk didapati di mana - mana pasaraya berhampiran 



So kalau korang tanya aku berkesan atau tidak setelah menjadi testimoni Mederma ini, jawapan aku kurang pasti. Sebabnya aku ni pakai tak disiplin langsung, Of course la kesan tu susah nak dapat kan? Jika berdasarkan testimoni yang aku jumpa, rata - rata mengatakan Mederma berkesan untuk hilangkan parut tetapi haruslah memakainya secara konsisten dan mengambil masa untuk menghilangkannya 

2. Bio Oil 

Kalau korang perasan, jenama Bio Oil ini agak terkenal jika ada diantara korang yang ingin mencari ubat parut yang berkesan. Iklan dia pun banyak di ruangan media dan mudah didapati di mana -mana farmasi dan kedai berdekatan. Jujur aku cakap aku tak pernah pakai Bio Oil ini kerana dah beli Mederma terdahulu. Tetapi disebabkan aku ada masalah kulit kering aku pernah la sapu dalam 2 - 3 kali sebab nak try. Apa yang aku boleh cakap, bio oil ini sedikit berminyak tetapi kesat berbanding Mederma ianya merupakan krim gel. Yer la nama pun minyak kan? 




Jika dilihat pada testimoni Bio Oil pada member aku berkesan pada wajah beliau hasil pemakaian secara konsisten. Mungkin disebabkan fungsi minyak Purcellin membantu melawan tindak balas pada kesan parut dan masalah kulit yang ada 

3. Azanis Scar Serum 

Pernah dengar mengenai Azanis Scar Serum?Aku pun mula dengar mengenai produk Azanis Scar Serum sejak awal tahun lepas. Antara produk yang terbukti berkesan dan telah mendapat pasaran meluas di beberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.



Bila ikut testimoni yang dijalankan ramai yang bercakap produk ini jauh lebih berkesan disebabkan kepekatan tinggi antioksida dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter yang terkandung dalam produk ini.



Tetapi harus diingatkan kepada korang yang ingin mencari produk seperti ini, kena dapatkan yang original dan berhati - hati dengan produk tiruan Azanis Scar Serum. Rasa nak cuba beli pun ada, sebab tengok ramai yang berpuas hati dengan Azanis Scar Serum kerana kesannya lebih cepat dan pantas. Korang boleh dapatkan produk ini di farmasi - farmasi  berhampiran 


4. Dermatix 

Akhir sekali adalah Dermatix. Jenama ini pun tidak kurang hebat popularnya kerana ianya dikatakan Dermatix hilangkan parut pada kulit. Untuk korang yang mempunyai parut baru disebabkan luka, disyorkan untuk menggunakannya. Mempunyai dua size, 7g dan 16g, harga Dermatix agak sedikit mahal dan untuk korang yang was - was atau ingin  menggunakan Dermatix, disarankan untuk dapatkan khidmat nasihat doktor. Aku nak cakap pun tak boleh sebab tak pernah guna. So jawapan dari Doktor adalah jawapan paling selamat 


So itulah antara senarai 4 Produk Hilangkan Parut Yang Terbaik Di Dunia. Setiap orang hasilnya bergantung pada masalah yang dorang hadapi. Yang paling penting, pakai secara konsisten dan buat keputusan secara bijak! 





2 comments:

Unni Anje said...

bio oil penah berkesan tapi agak lambat.. tapi dermatix tu memang cepat

Hanny Abdullah said...

Dulu pernah pakai bio oil, ok tp berminyak sikit. Now tak sabar nak pakai Azanis pulak..:D