Total Pageviews

Baju Raya Jakel Percuma Untuk 60,000 Penduduk Tanah Merah Kelantan

Korang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ? Jika Ya ini adalah berita baik untuk semua penduduk Tanah Merah Kelantan, kerana bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, sebanyak 60,000 pasang baju raya bakal diedarkan secara percuma




Bukan itu sahaja, baju raya ini adalah baju raya dari Jakel yang sememangnya terkenal dengan kainnya yang berkualiti tinggi dan menarik. Mesti korang tertanya dari mana datangnya sumbangan ini kan? 



Kalau nak tahu, sumbangan ini dari YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah yang berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas  sebagai tanda terima kasih beliau kepada para pengundi di Tanah Merah yang menyokong beliau selama 5 tahun ini 

Sehingga kini, YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz telah membantu rakyat Tanah Merah didalam pelbagai aspek. Ini termasuklah pembinaan Flyover di Tanah Merah, membaik pulih pasar, memberi sumbangan peralatan dapur secara berkala, dan banyak lagi. 



Jika sebelum ini hanya pelajar di Tanah Merah yang berdaftar di bawah PERMATA sahaja yang mendapat bantuan baju raya percuma yang sudah masuk tahun yang ketujuh, kali ini penduduk di Tanah Merah bakal bergembira dengan adanya baju raya percuma ini tanya mengira bangsa,kaum dan fahaman politik 

Nak tahu apa syarat untuk mendapat baju raya percuma ini? 

  • Mereka yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan- tidak kira korang tinggal di Kuala Lumpur atau mana- mana negera sekarang asalkan tertera di kad pengenalan korang berasal dari Tanah Merah, Kelantan
  • Mereka yang berdaftar sebagai pengundi di Tanah Merah sehingga MAC 2017 

Mudah kan? Untuk mendapat baju raya percuma ini, korang boleh dapatkan di pusat pengambilan di Tanah Merah yang akan dibuka bermula pada 5 Jun ( 10 Ramadan) hingga - 9 Julai ( 15 Syawal).

Cara untuk dapatkan baju raya percuma di Tanah Merah 
  • Datang ke pusat pengambilan di Tanah Merah 
  • Bawa Kad pengenalan 
  • Kaunter akan dibuka sepanjang masa 

Baju raya ini sudah tersedia untuk semua kaum dan jantina. Pembahagiannya adalah seperti berikut: 

  • Lelaki Melayu - Baju Melayu (pelbagai saiz, corak, warna yang boleh dipilih) 
  • Wanita Melayu - Baju kurung (pelbagai saiz, corak, warna yang boleh dipilih) 
  • Lelaki bukan muslim - Baju Kemeja (pelbagai saiz, corak, warna yang boleh dipilih) 
  • Wanita muslim - Kain (pelbagai corak dan warna yang boleh dipilih) 



antara contoh baju raya Jakel yang bakal diterima oleh Penduduk Tanah Merah

Seronoklah orang - orang Tanah Merah! Bukan itu sahaja, setiap penduduk Tanah Merah yang menerima baju raya, korang layak untuk menyertai cabutan bertuah seperti motorsikal, televisyen, lembu, hamper dan banyak lagi. Sesi cabutan ini akan diumumkan pada satu tarikh selepas raya nanti. *Borang cabutan boleh dapatkan di pusat pengambilan baju raya nanti*



Dah la dapat baju raya percuma, baju raya dari Jakel lepastu dapat join cabutan bertuah pulak. Buat perantau - perantau kelahiran Tanah Merah Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi di Tanah Merah sehingga MAC 2017 jangan lupa balik ke kampung dan dapatkan baju raya korang secara percuma! 

Selamat berpuasa semua dan jangan lupa shopping baju raya di Jakel

2 comments:

Mek Onie said...

nice ! akan war-warkan kepada orang kampung ambo.....rejeki orang tanah merah...

Rafzan Tomomi said...

bestnyaaa..