Total Pageviews

KFC Value Treats Murah Dan Sedap !

Siapa peminat KFC dekat sini angkat tangan! Selalunya kalau korang ke KFC, menu apakah yang menjadi pilihan? Kalau macam aku, setiap kali ke KFC, akan order ayam goreng Hot and Spicy dan Cheesy Wedges with extra cheesy sauce! Lepas tu ayam tu makan dengan cheesy sauce perghh sedap weh! 



Selain dari menu di atas, korang ada cuba tak KFC Value Treats? Baru - baru ini aku sempat cuba kesemua menu KFC Value Treats di KFC Value Treats Fans Party. Aizat Amdan pun ada weh memeriahkan party! Dah la aku peminat Aizat.Berbunga hati kejap hahahaa 




Sebenarnya sebelum makan menu - menu ini, aku pernah bash KFC sebab saiz burger dia kecik sangat. Bila dapat je KFC Value Treats ni, fuhh ada improvement! 




Nasib tak kena bash lagi kahkahkah. Untuk menu KFC Value Treats ni ada 5 menu tau termasuk yang terbaru iaitu Zinger Slider, Salsa Roller, Zinger Mushroom Soup , Shoyuken Rice Bowl dan Loaded Potato Bowl





Apa yang korang perlu tahu mengenai KFC Value Treats ini adalah menu ini bermula dengan harga RM3.90 dan maksimum  RM5.90 . Murah kan? Yang bestnya lagi semuanya sedap dan full loaded! 




Sebagai contoh Zinger Mushroom Soup. Ayam dia besar dan soup dia pun sedap. Dalam banyak - banyak ni , favourite aku adalah Shoyuken Rice Bowl. Rase dia pelik sikit tapi sangat sedap. Korang wajib cuba! 




So esok ke sekarang ke , jangan lupa pergi ke KFC berhampiran korang dan dapatkan KFC Value Treats ni! 

Untuk maklumat lanjut sila terjah https://kfc.com.my/ 

Terima kasih KFC ! Muah ciked! 

1 comment:

cikmudahimawary said...

tengok ni terliurr... dietttb please