Nak Ke Maldives? Lebih Baik Ke Sabah !

Haa tengok tajuk pun dah bikin kontroversi kan? Yer la bila ajak destinasi bercuti pilihan , banyak kenalan aku cakap 'jom ke Maldives' . Masalahnya duit pun tak ada, kalau korang ada budget, no hal silakan. Tapi kalau tak ada? Lupakan saja! 




Daripada korang ke Maldives, baik korang ke Sabah! Yang pastinya mempunyai pulau - pulau yang sangat cantik. Korang pernah ke Sabah? Sebelum ke Maldives apa kata jelajah pulau - pulau di Sabah yang bagi aku setanding di luar negara. 

Untuk itu, aku bagi cadangan kepada korang untuk ke Semporna Sabah, yang sudah pasti bakal menggembirakan korang. Di Semporna, pulau - pulau yang cantik dan kini tengah viral kerana keindahannya menanti korang. 

So bagaimana nak ke Semporna dan ke Pulau - Pulau ini? Jika korang dari semenanjung, korang boleh naik AirAsia atau Malaysia Airlines tujuan ke Tawau 

  • Malaysia Airlines :  14 kali seminggu dari KUL ke TWU
  • AirAsia :  28 kali seminggu dari KUL ke TWU dan 4 kali seminggu dari JHB ke TWU bermula 28hb April 2017

Tips nak dapatkan tiket flight murah? Korang boleh gunakan Traveloka sebab aku selalu guna Traveloka untuk dapatkan tiket flight atau hotel dengan kadar yang lebih murah. So far Traveloka tidak mengecewakan 



Dah sampai di Tawau, perjalanan ke Semporna mengambil masa dalam 2-3 jam perjalanan. Sebelum itu apa kata singgah di Tawau terdapat banyak tempat menarik di Tawau seperti 

  • Teck Guan Cocoa Museum 
  • Tawau Hills Park 
  • Columnar Basalt, Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos 
Dan banyak lagi! Dah sampai di Semporna, korang boleh menginap di Seafest Hotel yang terletak berhampiran dengan jeti Semporna. Yer la dah sampai pun mesti dah separuh hari, jadi better menginap satu malam. So gunakanlah Traveloka untuk dapatkan harga yang best! 


So keesokan harinya korang boleh pilih travel agent SMP Travel and Tour Sdn Bhd , dorang ini akan bawa korang ke Pulau - Pulau yang cantik di Semporna.Pulau apakah yang dikatakan cantik sangat ni? Jom kita ikuti senarai pulau di Semporna 


Pulau Tetagan 

Di dalam perjalanan korang ke pulau - pulau yang cantik di Semporna, korang akan berjumpa dahulu Pulau Tetagan yang menempatkan Sea Gypsy ataupun Bajau Laut. Sebenarnya bukanlah pulau pun, actually ianya merupakan perkampungan Bajau Laut di Semporna 




Menariknya mengenai Tetagan , masyarakat Bajau Laut terutamanya kanak - kanak akan mendayung sampan ke bot korang untuk meminta hadiah dari korang. 




Tips bila ke sini, make sure korang bawa makanan atau snek banyak - banyak dan bagi dekat dorang sebagai upah untuk ambil gambil dengan dorang dan jangan sesekali bagi duit ya!

Pulau Bohey Dulang 


Bercakap pasal Semporna, mesti ramai yang akan sebut pasal Pulau Bohey Dulang. Ada banyak cerita mengenai asal usul Bohey Dulang ni, ada yang mengatakan maksud Bohey Dulang ni adalah air dulang , ada yang bercakap pulau berbentuk dulang. 

Yang pasti jangan lepaskan peluang untuk kesini. So apa yang ada di Pulau Bohey Dulang ? Jawapannya adalah puncak Bohey Dulang





Dimana di atas puncak ini, korang akan dapat tengok pemandangan laut dan pulau - pulau kecil yang berdekatan yang sangat cantik ! Nak naik atas puncak tu memang tercungap - cungap weh , stamina pun tercabar. Tapi adalah satu kepuasan bila korang dapat sampai ke puncak dan mengambil gambar kenangan di atas. 



Untuk ke Puncak Bohey Dulang bayaran seperti berikut akan dikenakan 

Warganegara Malaysia : 
Dewasa 18 tahun ke atas RM 3
Kanak - kanak 18 tahun ke bawah RM 1

Bukan Warganegara : Dewasa 18 tahun ke atas RM 10
Kanak - kanak 18 tahun ke bawah RM 6


Pulau Sibuan 


1st time sampai ke sini adalah beberapa kali aku termenung sebab terpegun, terharu dengan kecantikannya. Sumpah lawa! Walaupun panas membahang , I dont care sebab dia sangat cantik dan gambar itu wajib, harus dan mesti ya! Hahahaha 




Dekat sini, selain pemandangannya yang cantik, aktiviti snorkeling jangan dilupakan. Buat korang yang tertanya Pulau Sibuan selamat ke ? Jangan risau. Ianya sangat selamat kerana terdapat pegawai tentera yang mengawal pulau ini. Malah, untuk segala aktiviti di pulau ini dihadkan sehingga jam 3.30 petang untuk tujuan keselamatan. 


Pulau Timba - timba 


Untuk kaki snorkeling, jangan lepaskan peluang ini kerana Timba  - timba Island menanti korang untuk datang dan explore sendiri kehidupan laut yang indah. Aku sempat la turun dalam 10 minit macam tu, then naik balik sebab takut hahaha. Trauma kes haritu tak hilang lagi. 





Walaupun sekejap tapi cantik weh! Bayangkan la dorang yang turun snorkeling lama - lama tu. Lagi puas! 



Untuk ke pulau - pulau disini, kebanyakkannya adalah pulau persendirian, Jadi kena ada permit atau kebenaran. Nak mudah gunakan khidmat  SMP Tours & Travel , mudah dan senang sebab hampir semua pulau di sini korang boleh lawati. 

 Actually kiteorang patut cover lagi dua pulau iaitu Pom - pom island dan Mantabuan tetapi kesuntukan masa malah pulau - pulau yang kiterorang cover dah jauh cukup cantik dan menarik 

Pulau Mataking 


Pulau Mataking atau Mataking boleh dikatakan syurga buat kaki diving. Buat yang ada lesen tu untunglah boleh dive tengok hidupan laut. Tetapi jangan risau korang boleh je snorkeling atau mandi - manda disini 




Macam aku tengah elok nak snorkeling sekali patah balik sebab tiba - tiba jadi takut lemas. Puii malu je . Penyudahnya mandi laut je sampai kecut. Tetap puas weh sebab airnya tersangat la jernih!


Dekat sini pun ada penempatan askar dan polis tau sambil ditemani Lobo, anjing tentera yang sentiasa menemani setiap pengunjung. Baiknya Lobo! 

Haaa jadi itulah antara senarai Pulau - pulau di Semporna. Sangat cantik kan? Yang lebih membanggakan semuanya terletak di negara kita sendiri, Malaysia. 



Jadi daripada korang merancang untuk bercuti di luar negara, apa kata bercuti saja di tanah air kerana macam - macam ada. Teringat lirik lagu Dato Siti Nurhaliza ' Cuti - cuti Malaysia, Segalanya Ada Disini' 

Pergilah melancong di tanah air kita, DEKAT AJE! Dan gunakan Traveloka untuk kemudahan bercuti korang!

https://www.traveloka.com/en-my

#TravelokaMY #MYTravelAdventure

3 comments:

Pojiegraphy said...

Ya ampunnn Khai. Cantik yang amat. Rugi tak dapat join haritu. Kalau tak boleh pergi tempat cantik ni and jumpa mu sekali!

Lama gila tak bersuaaaa.

Unni Anje said...

wahhh da smpai.. bestkan.. byka lagu pulau yang best kat semporna.. tapi biasanya org g bohey x bayar da harga dewasa n kanak2 tu sbb memang da skli package perahu..

Mohd Rasul said...

memang cantik laut kat sabah ni. aku ni tah bila nak ke sana huhu...