Modul VEST Fasa 1 Kini Bermula

Entry ini adalah entry lanjutan mengenai program Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 ( VEST) . Kalau sebelum ini aku dah explain dengan korang mengenai apa itu VEST, kali ini aku nak berkongsi dengan korang yang modul untuk VEST kini sudah bermula 



Untuk peringkat pertama , atau fasa 1 ini sudah pun bermula dimana ianya melibatkan 9 universiti iaitu 

  • University Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Sains Malaysia
  • Management & Science University (MSU)
  • UNIMAP
  • University of Islam Malaysia
  • University of  Malaya
  • University Kebangsaan Malaysia
  • Multimedia University
  • University Utara Malaysia

Modul di MSU





Wah tahniah! Kalau nak tahu, kesemua 9 universiti ini sudah pun mulakan program ini sejak mula berdaftar pada April yang lalu. Yer la siapa yang tak nak rebut hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 kan?



Modul di MMU


Apa yang ada pada modul VEST Fasa 1 ni? Macam yang aku cakap pada entry sebelum ini, modul fasa 1 ini memfokuskan kepada latihan. Nama pun keusahawanan kan? Jadi kesemua peserta VEST yang terlibat akan diberi latihan dan taklimat mengenai dunia keusahawanan selama 3 hari sebelum dorang aplikasikan latihan ini pada modul yang akan datang 


Modul di UKM



Haa untung kan? Selain merebut hadiah bernilai RM50,000 dorang akan dapat menimba ilmu keusahawan yang berguna untuk masa depan. 



Modul di UM

Setelah mendengar taklimat dan latihan, peserta VEST ini akan menunjukkan skill dan kemahiran yang mereka telah belajar seperti jualan, pemasaran dan jenama kepada hakim didalam dalam fasa Pitching . 



Modul UNITEN


Dalam fasa ini pun ada university yang sudah lengkapkannya tau! Wah cayalah! So incase korang terlepas, dan tak tahu apa tujuan VEST , ini adalah objektifnya 






Objektif VEST:
  1. Memupuk dan melahirkan usahawan di kalangan pelajar universiti awam tempatan 
  2. Membangunkan nilai-  nilai keusahawanan dikalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu kemahiran keusahawanan  
  3. Menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sediaada secara lebih sistematik dan dinamik
  4. Menyampaikan maklumat berkaitan agensi-agensi keusahawanan yang  menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, akses kepada pasaran, kemudahan infrastruktur dan sebagainya
  5. Mencipta peluang pekerjaan di pasaran dalam pelbagai sektor.


Modul DI USIM

So untuk korang yang ingin keep update dengan VEST ini especially pelajar university, jangan lupa subscribe  channel rasmi VEST di Youtube ya 

No comments: