Total Pageviews

Lokasi Majlis Perkahwinan dan Acara yang Terbaik di Shah Alam


 Seringkali untuk adakan majlis perkahwinan dan pelbagai acara kita mesti nak cari lokasi yang menarik dan strategik kan?




Untuk korang yang duduk atau ingin mencari lokasi majlis perkahwinan yang strategik di Shah Alam atau pelbagai acara lagi, mungkin korang boleh pilih Dewan Raja Muda Musa yang terletak di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam

 Aku sendiri pernah datang dan turut serta anjurkan event Bazaar Lepak di sini tempoh hari memang diperakui besar, selesa dan kemudahannya yang mencukupi seperti kemudahan surau lelaki dan wanita, tandas yang bersih serta ruang parkir yang besar.



Tidak hairanlah dewan di bawah pengurusan Pengurusan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) seringkali menjadi pilihan sebagai lokasi pelbagai acara dan majlis




Dewan ini berkeluasan 1,776 persegi, ketinggian melebihi 16 meter dan mampu menampung 3000 – 4000 tetamu dalam satu masa menjadikannya sebagai dewan yang berkapasiti besar di Shah Alam.




Sebenarnya di dewan ini terdapat beberapa bahagian yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian majlis. Jika korang nak buat majis akad nikah, mungkin boleh ambil bilik seminar, atau ruangan lobi yang boleh memuatkan 200 dalam satu masa.



Holding room mereka, Bilik Anggerik turut disediakan khas untuk korang yang nak make up pengantin atau menempatkan VIP sementara menunggu acara bermula.

Sebenarnya bukan event bazaar lepak je yang pernah buat dekat sini, pelbagai program dan acara besar turut berlangsung disini iaitu Final Super Spontan All Star 2015, acara jualan Fiesta Usahawan 2016  dan banyak lagi,.

Ramai yang pilih sini sebab senang dan selesa. Untuk korang yang nak tahu landmark terdekat, cari sahaja Unisel Shah Alam dan Hospital Shah Alam kerana dewan ini berhampiran dengan tempat ini.

Dengar cerita buffet untuk majlis perkahwinan pun ada promosi yang murah sampaikan ada rakan blogger yang nak booking terus dewan ini. Siapakah? Jeng jeng jeng…


Untuk korang yang ingin menempah atau ingin bertanya mengenai Dewan Raja Muda Musa ini, bolehlah hubungi

Tel : 03 – 5512 5582
        03 – 5511 8326

Whatsapp : 011 – 1301 0276

Fax : 03 -5519 3276


Website : www.drmm.com.my

No comments: