Total Pageviews

Siapa Sangka Kedai Perabot Unik, Joy Design Studio Kini Dibuka Di Johor Bahru


Sering kali kalau korang nak cari perabot  mesti korang nak pergi ke tempat 'I' kan? Tapi masalahnya situ ramai orang dan bersesak. Buat orang yang jauh pula terpaksa lupakan hasrat untuk ke sana .




Berita baik untuk korang terutamanya yang duduk di Johor Bahru, kalau nak beli perabot terutamanya yang terbaik dan eksklusif korang boleh je ke Joy Design Studio yang baru sahaja dibuka di Johor Bahru.


Sebelum ini  Joy Design Studio telah dibuka di Shah Alam sejak 2014 dan kini telah melebarkan sayapnya di selatan tanah air.



Kalau nak tahu orang kuat yang juga pengasas dan pengarah di syarikat ini adalah SM Azrul SM Nasimuddin Kamal yang terkenal sebagai usahawan muda yang dikagumi.



Tidak hairanlah beliau boleh membuka dan meluaskan empayar perniagaannya ini kerana SM Azrul mendapat pendidikan tertinggi beliau di Glaslow University United Kingdom dalam lulusan Sarjana Muda Seni Bina


Cawangan yang ketiga ini bukan sahaja cawangan yang terbaru malah turut menampilkan kafe dalam galeri iaitu Cuppajoy



Bagi aku ada di antara perabot disini harganya agak sedikit mahal namun bila diamati ternyata kerana ianya perabot bermutu tinggi  dan sumbernya diimport.

 Kebanyakan bahan dan sumber kita telah import dari luar negara kerana terdapat kualitinya tersendiri dalam setiap sumber tersebut

Berbanding Shah Alam, cawangan mereka di Johor adalah yang terbesar dan ketika ditanya kenapa Johor, beliau menjawab

Sebenarnya target kita bukan sahaja Johor malah kita turut memfokuskan pasaran Singapura. Bukan itu sahaja , di Joy kami turut menyediakan perkhidmatan delivery sehingga ke pintu rumah


Memang unik dan cantik weh! Galeri setinggi 3 tingkat ini memberi pelbagai inspirasi setiap kali korang melangkah masuk ke Joy Design Studio.

Sememangnya aku tabik dengan SM Azrul dan Joy  Design Studio sendiri ini kerana mereka mementingkan pembuatan nasional dan menyokong penuh jenama tempatan. 



Malah kakitangan mereka juga terdiri daripada warganegara dan untuk mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang interior design dan pembuatan digalakkan untuk menyertai pasukan ini.






Kalau ditanya aku apakah konsep galeri ini, aku boleh katakan konsep minimalis kontemporari.

Akan datang, selepas Setia Alam , Bangsar dan Johor Bahru, Joy Design Studio dikatakan akan membuka galeri keempat mereka di Pulau Pinang. Semoga terus sukses!



Untuk korang yang duduk di Johor Bahru, silalah ke Joy Design Studio yang terbaru ini! Mesti rambang mata

Maklumat lanjut di :

No comments: