Total Pageviews

Tempat menarik di Medan | FAM Trip Ke Sumatera Utara


 Ada sesiapa yang berhajat untuk ke Medan dan tak tahu tempat – tempat menarik di sini?




Baru – baru ini aku berkesempatan ke Sumatera Utara termasuklah di Medan dan tempat – tempat menarik yang berhampiran menerusi FAM Trip yang aku sertai bersama rakan media dan pengusaha pelancongan yang lain.


Trip ini adalah anjuran Ministry of  Tourism Indonesia dengan  kerjasama KBRI Kuala Lumpur. Jadi di kesempatan ini, untuk korang yang ingin ke Medan, aku ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Medan yang boleh korang kunjungi dan diperakui oleh kerajaan Indonesia sendiri

Istana maimon

Sampai saja di Medan, mungkin korang boleh kesini. Jangan tak tahu, di Medan ini masih lagi berdiri kukuh istana Melayu, Istana Maimon






Namun begitu pengaruh dan kekuasaan diraja di Indonesia telah hilang dan yang tinggal hanyalah warisan dan sejarah peninggalannya.





Disini ukiran gabungan melayu, india perancis masih boleh dilihat. Dah sampai disini, jangan lepaskan peluang untuk memakai persalinan diraja dan bergambar untuk kenangan

Durian Ucok



Datang Medan, orang cakap boleh makan durian sepuas - puasnya.





Durian Ucok merupakan satu - satunya tempat makan durian yang terbesar, selesa dan dibuka 24 jam di Medan.


Jangan lupa untuk mencuba Sate kerang juga yang wajib dicuba bila berada di Medan


Pasar buah berastagi


Mengambil masa hampir 2 jam dari bandar Medan, Berastagi ini salah satu tempat di Sumatera Utara.




Mendapat nama kerana dulu disini merupakan kawasan jualan beras yang terbaik. Namun begitu, sekarang dah tak ada beras dan dorang gantikan dengan jualan sayur dan buah - buahan segar.


Cuaca disini sejuk kerana terletak di kawasan gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Sewaktu kiteorang ke sini pun, keadaan berdebu sebab Gunung Sinabung telah meletus untuk beberapa kali. Tapi still selamat ya untuk dikunjungi.



Buah - buahan dekat sini segar - segar dan korang boleh tawar menawar. Tapi diingatkan selalu periksa dan berjaga - jaga takut ditipu sebab kiteorang pun kena dah terkena.

Dekat sini, korang boleh mencuba pelbagai buah dan nikmati udara segar yang nyaman except time berdebu la ye

Air Terjun Sipiso - piso



Sering kali orang menganggap kawasan Air Terjun Sipiso piso dan Tasik Toba adalah dalam kawasan Medan. Sebenarnya ianya bukanlah Medan ianya terletak di kawasan kabanjahe, Sumatera Utara. Jika korang datang ke Lake Toba, Air Terjun Sipiso piso ini  adalah yang pertama menanti untuk meraikan kedatangan korang.



Cukup dengan mengambil gambar di menara pemandangan, korang akan terpesona dengan keindahannya. Kalau rajin boleh je turun ke bawah dan mengambil gambar di kaki air terjun

Sebagai fakta, Air Terjun ini merupakan air terjun yang paling tinggi di Indonesia dan dikatakan mendapat nama kerana airnya yang tajam seperti pisau. dah la cantik pastu sejuk pula kat sini. Korang mesti terpegun!


Lake Toba


Sebenarnya Lake Toba ini tersangatlah besar. Boleh dikatakan apabila korang ke Parapat, Kabanjahe korang bakal dihiasi pemandangan indah tasik kelima yang terbesar di dunia.



Terdapat banyak mitos dan misteri mengenai tasik yang pernah menggemparkan dunia ini dimana aku akan kongsikan pada entry  akan datang

Pulau Samosir – Kampung Tomok



Orang kata kalau dah ke Lake Toba, wajib ke Kampung Tomok di Pulau Samosir. Pulau ini adalah yang terbesar di tasik ini dan mempunyai penempatan kaum Batak Toba.

kalau di Lake Toba nak cari kedai makan muslim cari yang tulis RM Muslim


aktiviti riadah mereka


Di kampung Tomok terdapat beberapa peninggalan sejarah yang korang boleh lawati termasuklah Makam diraja Batak. Uniknya mengenai makam diraja ini, sewaktu korang melangkah masuk ke makan ini, korang bakal diberi selempang yang merupakan tradisi disini bagi menghormati nenek  - moyang mereka.








Disini, korang bakal diceritakan mengenai sejarah kaum batak dan kubur – kubur disini. Menarik tau!





Terletak di kawasan yang sama juga, jangan lupa untuk melihat patung Sigale – gale menari. Tarian dorang cukup menghiburkan dan korang pun akan ditarik untuk menari sekali bersama – sama dengan mereka. Jangan say no tau, nanti kecil pula hati mereka.




Selain daripada tempat – tempat menarik di Sumatera Utara yang tertulis diatas, untuk korang yang beragama hindu, dan penganut agama Buddha boleh ke Graha Maria Annai Velengkanni dan Taman Lumbini.

Untuk makluman korang, nak ke Lake Toba dah mudah. Sebab sekarang dah ada lapangan terbang yang baru iaitu Lapangan Terbang Silangit. Jadi perjalanan dari Medan ke Silangit hanya 35 minit. So untuk ke Lake Toba dah tak terasa jauh.

Untuk ke lapangan terbang ini, korang boleh naik Garuda Indonesia dan periksa jadual kekerapan penerbangan.

Sebelum pulang, jangan lupa bawa balik Bika Ambon yang terkenal di Medan. Sedap gilos!

Pada next entry aku akan kongsikan mengenai Hotel Menarik di Medan, Itinerary ke Medan dan Misteri Lake Toba. Nantikan ya!

Terima kasih Kementerian Pelancongan Indonesia, Team Wonderful Indonesia dan KBRI Kuala lumpur

1 comment:

Hasif Hamsyari said...

Ya ampun, cantiknya Medan! Istana, air terjun dengan tasik Danau Toba tu cukup buat jeles aih!