Total Pageviews

Malam Gala VEST 2017 Catat Sejarah Malaysia!

Untuk korang yang mengikuti perkembangan aku, mesti korang ada perasan aku update mengenai VEST yang merupakan singkatan bagi Varsity Entreprenuership Skills & Talent. Dan program ini merupakan program dibawah kelolalaan  KPNDKK dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media 






Top 3 Peserta VEST Hebat - Hebat Belaka! 






Kalau nak tahu, program ini sudah sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan peserta - peserta dari Universiti Teknologi Petronas , Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya melayakkan diri sebagai Top 3 peserta akhir VEST! 




Bayangkan daripada pelbagai universiti yang sertai dan ratusan peserta mereka inilah yang berjaya! Cuba teka siapa yang menang? Haaa keputusannya dalam next entry ya! 


Pembentangan di hadapan VVIP termasuk Perdana Menteri 



Bukan itu sahaja tau, mereka yang layak ke pusingan akhir ini cukup bertuah kerana dapat membuat pembentangan idea bernas mereka di hadapan VVIP seperti Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak, Dato Dr Md Izhar dan Naib Canselor setiap universiti.





 Hebat! Bukan calang - calang orang dapat buat pembentangan di hadapan dorang tau. Satu peluang yang cukup besar bagi aku. Kalaulah aku berdiri dekat situ, kalah pun tak apa janji dah bangga sebab dapat bercakap dan diberi peluang bentangkan idea aku depan 1st person of the country! 


Persembahan artis terkenal





Beruntunglah siapa yang hadir pada malam gala VEST 2017 kerana selain VVIP, ramai artis turut hadir memberi sokongan dan juga membuat persembahan. 





Antaranya seperti Wany Hasrita, Fizo Omar dan isteri, Faizal Ismail dan ramai lagi. Satu malam yang bersejarah buat semua peserta dan mereka yang terlibat sepanjang VEST 2017 berlangsung 


Pemenang Bawa Pulang RM25,000 


Malam gala VEST 2017 juga menyaksikan pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000. Lumayan tuh! Tapi berbaloi lah dengan idea dan usaha yang dikerahkan para peserta VEST ni.




 Korang rasa siapakah di antara ketiga - tiga finalis ini berjaya merebut tempat pertama?Kalau nak tahu, nantikan dalam entry seterusnya. Untuk lagi details boleh rujuk hashtag dibawah 


#vest2017 #vestmalaysia #malamgalavest2017

No comments: