Rasanya aku dah tak perlu perkenalkan mengenai Lulu Hypermarket, sebuah jenama pasaraya terkemuka yang sememangnya dikenali ramai. Bukan sahaja kerana merupakan jenama antarabangsa, malah Lulu juga terkenal kerana barangan jualannya begitu murah berbanding dengan pasaraya lain. 

Siapa tahu Yoodo? Kalau nak tahu mereka kini merupakan Telco Rasmi Digital untuk Kejohanan Kebangsaan (PMNC) MOBILE Kejohanan Pertempuran (PUBG) dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games. Ini adalah berita hebat untuk pemain dan akan menjadi yang pertama mempunyai  banyak ciri dan perkongsian yang akan datang untuk permainan ini. 

Sebelum ini aku dah pernah kongsikan cerita mengenai tarikan dan keunikan di Four Points By Sheraton Puchong. Selain menjamin keselesaan penginapan, hotel ini menerusi  restoran mereka, The Eatery sememangnya dikenali kerana menyajikan pelbagai makanan yang  sedap-sedap belaka! 

Fokus sebentar mengenai Piala AFF Suzuki! Yoodo meraikan kemuncak sepak bola ASEAN Piala AFF Persekutuan (AFF) dengan menyokong penyokong Harimau Malaya dengan memberi percuma roaming antarabangsa! 

gambar sumber : Soya Cincau 
 Dalam pelbagai rangkaian restoran ayam terkemuka, Nando’s adalah favourite aku dan sentiasa tidak mengecewakan! Selain pelbagai plihan ayam panggang PERi-PERi Nando’s adalah yang premium dan terbaik. FIGHT ME! 




Tiada  Lagi Mango & Lime 

Pilihan ayam Nando’s ada banyak tau dan mengikut tahap selera korang. Bermula dengan Plain, Lemon & Herbs,  Mango & Lime, Mild, Hot dan Extra Hot semuanya aku dah cuba dan 90% aku akan memilih Mango & Lime dan selebihnya Extra Hot. Tetapi untuk peminat setia flavor itu macam aku, ada berita sedih untuk dikongsikan dengan korang kerana bermula hujung Oktober lalu, perisa ini tidak lagi didapati di mana-mana outlet Nando’s Malaysia. I IS SADDDDDDD!!!!

Kemunculan Perisa Baru – Smoky! 



Namun begitu, untuk ubati kedukaan kita bersama, Nando’s telah memperkenalkan perisa terbaru iaitu Smoky PERi-PERi Nando’s. Mulanya aku takut perisa terbaru ini tak dapat tandingi perisa kesukaan aku, tapi bila dah rasa first bite dalam mulut. Fuhh I think this one gonne be my favourite lah!

Pengalaman Mencuba Smoky PERi-PERi Nando’s



Sebenarnya aku bertuah menjadi antara yang terawal perisa ini sebab aku sendiri merupakan ahli Nando’s yang berdaftar. Malah pihak Nando’s turut menjemput aku untuk bersama dengan Peri-Media yang lain tempoh hari. Tell you yang dorang ni sentiasa hebat membuat kejutan. Dan kemunculan Smoky ini persis filem Fantastic Beast dan Harry Potter. 



Setelah mencuba apa yang aku boleh katakan kombinasi rasa manis-masam-berasap-kurang pedas – more juicy menjadikan ianya sat kombinasi unik. Malah bila korang tengok tekstur dia pun dah boleh terliur tau. 



Skala Pedas Smoky

Untuk yang tertanya, perisa baru ini pedas atau tidak meh sini aku terangkan. Menurut Nando’s menerusi PERi-ometer mereka, perisa Smoky ini lebih pedas dari Lemon & Herbs tetapi kurang pedas dari Mild. Ala-ala pedas sedap gitu. 

Promosi Perayaan Di Nando’s 

Kalau korang datang dalam 4 orang atau ramai-ramai. Aku nak suggest dekat korang untuk ambil hidangan Smoky PERi-PERi untuk 4 dengan harga RM99.00. Dalam sajian ini korang akan dapat seekor ayam perisa Smoky, 4 sajian sampingan mengikut selera korang, 4 minum ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baharu.  



Pencuci mulut terbaru Nando’s yang baru ini serius sedap gilos especially dia hidangkan sejuk. Fuhh memang penutup sajian terbaik. Perlu diingatkan yang flavor terbaru ini untuk masa terhad je. 


Jangan nanti dah habis, korang tak sempat cuba tak memasal kempunan. Jadi tunggu apa lagi, sila ke cawangan Nando’s terdekat untuk mencuba perisa terbaru ini ya! 
Sekarang ini banyak betul masalah yang kita dengar mengenai nutrisi badan bagai kan? Masalah utama nya adalah KEKURANGAN NUTRISI DALAM BADAN! 

Sebenarnya acara Night of Fright yang diadakan di Sunway Lagoon ini adalah antara yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun! 

Korang dah download aplikasi Cannis? Apa benda Cannis tu? Dan apa pula NASDAQ? Haa korang kena baca sampai habis! Mesti terkejut punya bila dapat tahu. Aku pun baru dapat tahu masa pergi majis pelancarannya baru-baru ini. 

Excited pula aku nak tulis pasal Lulu Hypermarket ini. Ketahuilah korang, kalau aku tulis ni bermakna tengah ada jualan murah la tu. Actually setiap hari ada jualan murah, serious tak tipu! 

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Sejak beberapa tahun yang lalu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini sering kali menjadi pilihan aku untuk mencuba aneka steamboat. 




Beberapa Penambahan Pengubahsuaian Menu 

Kali ini aku sempat datang lagi kesini setelah sekian lama tak menjamah steamboat. Diet pun tolak ketepi nak makan punya pasal LOL. Dari segi pemerhatian aku terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian menu. Apa yang ditambah? Kalau dulu banyak pilihan steamboat dari grill. Sekarang kedua-dua pilihan dah sama banyak! 



Yang berubah pula, dulu ada skewer tapi sekarang dah tak ada. Barangkali sebab kawasannya yang tak berapa sesuai menjadikan skewer terpaksa dihentikan. TETAPI! haa nampak tak capslock disitu! Sekarang ini pengunjung boleh nikmati Teppayanki yang disediakan panas dan segar setiap hari. Too bad time aku pergi belum start lagi promosi ini.



Nasi Lemak D'Kayangan Mesti Cuba

Selain daripada aneka steamboat dan grill, korang mesti cuba Nasi Lemak dorang yang dikatakan sedap! Disebabkan aku tengah control makan dan tak nak lepaskan peluang, aku rasalah sedikit nasi lemak dia.



Sambal dia sedap! Sebagai peminat nasi lemak aku approved dorang punya nasi lemak. Cumanya kalau ada telur mata atau telur rebus yang dah siap, confirm lagi padu. Selain nasi lemak, pilihan nasi beriani, koeytiaw goreng, 12 jenis aiskrim juga ada disini! 






2 Pilihan Sup

Mesti korang tertanya bukan berapakah pilihan sup yang ada disini? Restoran ini masih mengekalkan dua pilihan sup iaitu sup ayam dan sup tomyam sebagai rebusan steamboat. So far tomyam dia sedap dan sesuai untuk korang yang suka pedas! 



Aneka Sos 

Selain dari pilihan sup, untuk pencicah pula tersedia pelbagai pilihan sos. Macam aku pergi haritu ada sos cili, sos cili thai, sos lada hitam, sos yong tau foo dan banyak lagi! 







Untuk menu grill dia ada macam-macam pilihan ayam, daging,  sotong, kerang, udang pendek kata semua ada! Tapi aku agak kecewa dorang punya Cappucino meat tak ada hari tu sedangkan yang tu sedap gilos. 

Kemudahan 

Okay bercakap pasal kemudahan, jangan cakap dekat sini semuanya sudah tersedia! Ruang parkir yang luas, kemudahan surau serta boleh memuatkan 600 orang dalam satu masa. 




Boleh pilih nak makan dalam berhawa dingin atau di luar. Kalau aku suka di luar, lagi fresh! hehehe

Harga D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat 



Boleh dikatakan harga disini masih lagi murah dan berbaloi dengan pilihan yang ada. So dah baca semua nanti bolehlah set tarikh dan makan bersama keluarga ya! 

Dewasa RM 33.00 nett
Kanak -kanak RM 12.50nett
Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA 

Masa perniagaan : 
Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pm
Sabtu & Ahad : 3pm to 12am

*Penambahbaikan 

As usual, aku tak nak korang hentam aku sebab tipu atau cuba selindung atau apa. Aku harap pihak restoran akan take note dengan perkara ini ya. Overal yang lain tip-top

  • lantai terlalu licin - alasan pekerja sabun yang digunakan. Actually tu kesan percikan minyak dan anak Afzal dua kali terjatuh sebab licin. Tidak perlu tipu dan jujur sebab customer akan faham. Barangkali tiles tersebut boleh digantikan dengan lantai getah. 
  • Ada sesetengah macam kurang sedikit fresh. Harap akan ada pemantauan dari semasa ke semasa
  • Peminta sedekah keluar masuk - rasanya pihak restoran boleh ketatkan rules dimana larangan peminta sedekah patut diletakkan. at least ada sticker ke apa sebab pelanggan rasa tak selesa bila peminta sedekah ni masuk dan meminta sedekah waktu makan. 
Lokasi : Acapella Service Apartment, Seksyen 13 Shah Alam (Bersebelahan Hayaki) 
Siapa tak suka minum susu angkat tangan! Hahaha to be honest aku memang tak minum susu melainkan ada perisa. Jadi kebetulan dapat produk Fernleaf UHT aku pun memberanikan diri untuk minum susu Fernleaf perisa Asli setelah berpuluh tahun tak minum. Iyer lah takkan nak membazir kan? 


Tahun 2018 adalah tahun keempat aku memilih Plaza Premium Lounge (PPL) sebagai tempat untuk aku berehat sebelum aku berlepas menaiki kapal terbang. Setakat ini aku dah pernah ke PPL KLIA, KLIA2, Singapura, Aerotel KLIA2 dan termasuklah yang terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang 

Untuk yang tidak tahu, baru - baru ini aku berkesempatan untuk menginap di Four Points By Sheraton Puchong. Untuk tahu pengalaman aku stay disana, bolehlah baca di pautan link INI. Disebalik keselesaaan menginap disana, aku tertarik untuk highlight kan mengenai makanan yang diperkenalkan.

Untuk korang yang mengikuti blog aku ini, pasti tahu setiap kali kalau nak terbang kemana sahaja menerusi KLIA2, aku akan menginap di Plaza Premium Lounge, sebuah lounge seperti hotel yang terletak di dalam KLIA2. Bukan sahaja di Kuala Lumpur dan beberapa tempat di dalam negeri, Plaza Premium Lounge(PPL) juga terdapat dikebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia. 

Sebenarnya dah lama aku tak buat hotel review sejak dah bekerja sepenuh masa dalam bidang hiburan. Namun begitu blog dan niche aku yang tertentu tidak akan ditinggalkan begitu sahaja termasuklah bagi niche Hotel. 

Syamel kini tampil dengan genre terbaru menerusi single Kau Pun Sama yang diedarkan oleh label Rocketfuel Network. Korang boleh beli lagu ini melalui media digital seperti iTunes, Joox, Amazon, Qobuz, Langit Music, Spotify, Deezer, KKBOX dan media pembelian muzik dalam talian yang lain.

Bagi aku, lagu ini begitu malar segar dan memang sedap! 





Artist : Syamel
Tajuk Lagu : Kau Pun Sama
Music Composed by Syamel & Kidd Santhe
Album : Kau Pun Sama - Single
Label : Rocketfuel Network


Lirik Kau Pun Sama - Syamel

Jangan kau tanya siapa semalam
Takut bibirku kan menyakitkan
Abaikan saja ku kan disini
Melayani mu setiap hari

Tapi tak ku sangka
Satu hari terjumpa
Pesanan ringkasnya baby you di mana…
Kelu kau terpinga
Tapi tak mengapa
Kau dan aku kita sama

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta
Lalala

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama
Kau pun sama

Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku (kau pun sama)

Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta
Lalala

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama
Kau pun sama
Jujur aku cakap, restoran ini dah lama aku aim! Sejak baru dibuka sehinggalah aku dapat merasa sendiri dengan tekak, aku highly recommend restoran khas buat korang yang sukakan makanan laut yang sedap dan segar. 

Aku berani bertaruh kebanyakan daripada kita terutamanya wanita inginkan bentuk badan yang ideal. Untuk itu, mulalah plan diet, cari jalan untuk kurus dengan mudah dan tips nak kurus. 

Terus-terang aku cakap rugi siapa yang tak pergi hari terbuka Ambassador Putrajaya yang diadakan baru-baru ini! 


Tak dinafikan dekat negara kita memang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap belaka. Namun untuk bertukar selera, nak rasa hidangan negara lain yang betul-betul asli dan sedap kenalah ke negara tersebut bukan? 


Siapa yang nak kahwin korang wajib baca entry ini weh! Sebab apa? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang mengenai pakej dan promosi yang dianjurkan oleh Hanana Group Sdn Bhd! 


Hai semua! It's been awhile tak update blog! Ampun semua ampun!


Beberapa tahun lepas, aku and kakak aku pergi travel ke Europe UK-Itali- German- Ireland dan mana entah satu lagi.. Haha lupa. Time tu umur aku baru 19 tahun. Sekarang dah 26. Mahu tak lupa.kah kah.

Alkisahnya, aku ni memang penggemar Carbonara. Tapi tak pernah langsung terfikir nak masak sendiri. So one day, aku order Carbonara kat kedai Arab ni yang halal. Kemudian, aku tengok lah dia masak. Balik rumah tu ape lagi. 

Aku pun alter lah mana yang patut. Oleh kerana aku suka pedas and then taste tekak memang suka masakan Melayu, aku pun campurkan lah bahan2 kasi lebih more flavourful.Balik Malaysia, aku cubalah masak untuk member2 and family. Since that lah memang jadik signature dish aku aje.

Tapi kan, nak adjust rasa dia sampai tak jadi dull tu memang lama. Aku ambil masa 6 tahun lebih kurang macam tu lah improvise resepi aku dari semasa ke semasa. Hope korang suka kah. Aku kongsi sama mengongsi aje..Hehe Meh nak share meh. Kalau tidak, resepinya cuma Carbonara dan whipping cream aje.

So ni bahan- bahan dia:

1- Mix herb- oregano, dried basils, fresh parsley & bay leaves
2- Bawang Holland ka Bombay ka sama sejja
3- Bell peppers
4-Chillie flakes
5- Blackpepper
6-Lemon
7- Chicken or seafood yang korang suka lah (I preferred  salmon block yang dibuang tulang- belulangnya)
8- Pastas
9- Whipping cream
10- Olive oil
11- Brown mushroom- dihiris

Cara- cara:

1- Rebus pastas selama 6 minit. Sesungguhnya rebus pasta berlebihan dari 8 minit akan menyebabkan pasta terlalu lembik dan soggy. Nanti kalau terlampau masak tak sedap jadinya pasta tu.
 Untuk mendapatkan texture yang elok, sila masukkan sedikit garam ya bukan minyak.Hanya mitos yang mengatakan bahawa nak miliki texture yang cantik, anda perlu letak minyak. Ianya tidak perlu sama sekali.

2- Tos kan pasta menggunakan strainer. Letakkan ice atau air sejukdan rendam pasta tersebut bagi menghentikan cooking process pasta tersebut. Nanti terlebih lembik pula kan...

3- Di dalam kuali yang sesuai, letakkan satu hingga dua sudu olive oil untuk menumis. Kemudian, masukkan mix herb, bawang holland, bell peppers, brown mushroom,chillie flakes secukupnya. Perah kan sedikit lemon tabur garam dan gula secara rawak yang anda suka. I biasa campak- campak aje.. hehe. Kemudian, bila kesemua bahan dah naik bau, sebati dan bawang- bawang mulai layu, masukkan lah ayam. Ohh lupa, masukkan sekali daun pasli yang segar ya.

4- Masukkan whipping cream sampai menggelegak kuahnya. Saya tak guna kan cheese sebab cheese akan membuatkan makanan menjadi terlampau muak. 
Kemudian, selepas whipping cream dah mulai pekat, masukkan aje pasta yang telah direbus, kemudian kacau aje sampai sebati. Kemudian, hidangkan lah atas meja. 


*Aku suka tumis dulu herba campuran sebab rasa dia akan jadi lain dan lebih naik.
* Nak guna thickening cream pun boleh cuma jangan gunakan cheese atau pun susu cair. Nnati tak sedap.
*Boleh modify atas kesukaan anda. Ini cuma style saya sahaja.
*Kalau nak buat creamy pasta, tambahkan aje sedikit sos pasta merah sebelum masukkan sos putih. Pun sedap juga. Jadiklah Creamy spaghetti.
*Boleh pakai spaghetti, spiral, macaroni, angel hair atau linguine ikut kesukaan korang. No problem ok? 

gambar ihsan google dulu kah! 

Siapa sangka, perlawanan bola sepak dunia, FIFA World Cup 2018 kini berada di kemuncaknya dengan menyaksikan pertembungan akhir diantara Croatia dan Perancis dalam pusingan akhir. 
To be honest, ini adalah kali pertama aku masak sira pisang bersusu. Bukan setakat susu, sira pun aku tak pernah masak dan aku tak suka makanan manis sangat.



Sira Pisang Bersusu Sedap! 

Rupanya mudah je nak buat Sira Pisang ni. Untuk kelainan, aku tambah susu menggunakan produk dari Pokka Susu Pisang. Untuk korang yang sama macam aku suka kurang manis, bolehlah cuba resipi di bawah yang begitu mudah dan sedap! 

Resipi Sira Pisang Bersusu 

Bahan - Bahan 



- Setengah Kotak besar Susu Pisang Pokka
- Pisang 4 atau lebih (ikut kuantiti korang) 
- Bunga Cengkih ( dalam 2 kuntum)
- Sedikit garam

Cara Memasak 
  1. First panaskan susu tadi dalam periuk
  2. Bila dah menggelegak sikit campurkan sedikit garam(sikit je tau sebab nak bagi rasa lemak) dan bunga cengkih. Jangan banyak sangat tau bunga cengkih nanti payau pulak
  3. Kemudian dah kacau sebati, masukkan pisang , biarkan sekejap dan tutup api!
  4. Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Mudah kan! 






Contest Raya Pokka Sedang Berlangsung! 

Benar, ada contest tau sekarang ni dan akan berakhir pada 30 Jun which is Sabtu ni! So ada masa lagi. Oh ya selain Susu Pisang, Pokka juga ada produk lain iaitu Susu Mangga dan Susu Tembikai Susu. Sumpah sedap tak tipu! 



Cara Sertai Contest 
  1. Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit. 
  2. Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.
  3. Hantar foto / video dan gambar resit korang ke FACEBOOK POKKA melalui FACEBOOK Messenger.
Hadiah 

Antara hadiah pemenang yang ditawarkan ialah :-

PRIZE GRAND: Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000.

PRIZE CONSOLATION x 3: RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan.

HARIAN MINGGU x 20: baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan.

semua ni aku masak gunakan produk Pokka!


Menarik bukan? So jom join cepat selagi masih ada masa ni!