Nak Piza Sedap Dan Rare? Jom Makan Di PizzArt Trail


Siapa peminat Piza kita geng! Tapi for sure lah korang makan yang bulat or petak punya pizza selama ini bukan? 


Kalau nak sesuatu lain daripada lain better korang pergi restoran di bawah kempen PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals yang kini kembali untuk musim yang kedua. Yang first pun aku dah cuba, memang rare weh! Bayangkan ada pizza musang king. Fuhh padu! Kali ini punya kempen lain daripada yang lain dan ada 5 menu pizza yang sememangnya mengikat selera korang iaitu PizzBurger, Deep Cheese Pizza, Pizza Roll, Ultimet Pizza dan Cheese Pretzza. 



Melalui PizzArt Trail ini sebanyak 18 restoran mengambil bahagian dari Disember 2017 hingga June 2018 dan yang pastinya mereka menggunakan produk bermutu tinggi daripada Anchor Foods Professionals seperti Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Parmesan Shredded Cheese, Anchor Butter, Anchor Colby and Cheddar Cheese, Anchor Extra Yield Cooking Cream, dan Anchor Cream Cheese. 




Untuk kali ini dua restoran je lah aku dan yang lain pergi. Tu pun kenyang gilos weh! Dan pizza dorang semua rare weh! Mesti korang tertanya apa yang aku makan kan? Perkenalkan ; 

Cheese Pretzza 






Yang ni merupakan gabungan pizza + pretzel. Cheese Pretza menggunakan produk Anchor Cream Cheese, Anchor Extra Yield Cooking Cream, Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Cheddar Cheese, semua bahan ni diletakkan didalam (stuffed) sebelum dibakar. Serius sedap dan salah satu favourite aku! 

Pizza Roll 





Simple but delicious! Produk Anchor yang digunakan ialah Anchor Shredded Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese dan Anchor Colby and Cheddar Cheese, dicampur dengan daging Masala dan bayam. 

PizzBurger 




Ni mantop! Bayangkan pizza dan burger bergabung menjadi PizzBurger. Didalamnya terdapat patty ayam yang diperasakan dengan resipi rahsia dan digabungkan dengan Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby and Cheddar Cheese dan dibakar dengan light crust yang dibuat menggunakan Anchor Butter seberat 180g tau!



 Kenyang weh! And imagine kiteorang kena lawan makan tu siapa yang paling pantas 

Deep Cheese Pizza 




Deep Cheese Pizza diinspirasikan daripada Chicago-authentic deep dish pizza, yang dilapiskan dengan gabungan Anchor Shredded Mozzarella Cheese dan Anchor Colby and Cheddar Cheese dan inti Putanesca. Nice to try! 


Ni baru singgah Pizza House dan U Pizzeria tau, kesemuanya ada 18 restoran dan café yang mengambil bahagian dalam PizzArt kali ini. So cuba tengok list ini kalau korang nak pergi cuba Pizza yang rare dan sedap!

↪ U Pizzeria, Subang, Selangor

↪ Pizza House, Bandar Utama, Selangor

↪ Pizza 185, Bandar Puchong Jaya, Selangor

↪ Havana, Changkat, Bukit Bintang

↪ The Butcher’s Table, Petaling Jaya

↪ US Pizza, Bayan Lepas

↪ US Pizza, Georgetown

↪ Mustard Sandwich House, Ipoh

↪ Food & Desire, Ipoh

↪ Temasek Hotel Café (Portugese Settlement Hotel) di Ujong Pasir, Melaka

↪ Hungry Bear, Bukit Beruang, Melaka

↪ Finale Kitchen Bar, Segamat, Johor Bahru

↪ The Chubs Grill, Kota Kinabalu

↪ Mad Ben Café, Kota Kinabalu

↪ Osome Wood Fired Pizza, Kuching, Sarawak

↪ Chillax Café & Bistro, Miri, Sarawak

↪ Bistecca & Bistro, Sibu, Sarawak.


Untuk maklumat lanjut layari Facebook Anchor Dairy Malaysia

4 comments:

Dik bee said...

alaaa.. mecik pulak klink entry ni waktu2 gini... tak pasal2 perut berbunyi... mohon tuan blog belanjer kita pizza plisss.. ehhh, haha. tapi memang nampak sedap siap cheese meleleh tuuu

Halimah Muhiden said...

Amboi...sedapnya dapat makan pizza, semua jenis pizza memang sedapkan?

Rafzan Tomomi said...

mengancamnya wak. Best juga kalau join Pizza Trails ni, dapat makan macam-macam pizza :D

Ainyy Zain said...

bestnya. dugaan semua ni tau. boleh ainy cuba nanti ni. nampak sedap jeee.