Korang tahu tak antara tarikan utama pelancongan di sesebuah negara adalah kerana makanannya? Dan makanan di Malaysia juga tidak terkecuali dalam senarai wajib cuba di dunia. Nasi lemak, roti canai antara kebanggaan kita.


Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga membuatkan aku tergerak hati untuk tulis artikel ini.


Pengurusan TGV Masih Lemah!

Dulu aku selalu je support TGV, selain kempen kalau untuk tengok movie pun TGV adalah pilihan utama aku. Kalau setakat walk in, tiada masalah tetapi kalau korang guna pembelian secara Online Yes! Ini adalah masalahnya dan aku sekali lagi alaminya. Suka untuk aku throwback balik sebelum ini, ada beberapa masalah mengenai sistem bayaran TGV. Kalau dulu aku tak boleh buat langsung booking alasan dorang adalah kerana sistem down. Okay tak apa itu boleh dimaafkan.

Bayaran Diterima  Tetapi Tiket Tak Dapat



Cerita dia minggu ni ramai yang  menunggu untuk menonton filem Avengers Infinity War dan kebanyakan panggung sudah pun sold out tiket ini pada hari pertama dan kedua tayangannya.



 Aku pun as die hard fans  filem Marvels , sempat  lah beli pada Isnin haritu, dan dapat resit menyatakan pembayaran diterima. Selalu beli online akan terima satu lagi email iaitu tiket filem tersebut. Tapi disebabkan kerja banyak dan aku pun lupa nak semak balik terus assume akan dapat email pengesahan.

Tiket Tiada Dalam Rekod

Nak dijadikan cerita semalam masa nak semak email pengesahan itu, aku check TAK ADA! Okay aku dah gelabah kejap. So aku pun call la dorang punya khidmat pelanggan dan kedengaran dia beroperasi dari jam 9 pagi – 9 malam. Kali pertama call tak angkat, dua kali tak angkat dan kali ketiga pun sama. Kecewa sekejap.

So aku pun dm la twitter account dia dengan harapan akan dibalas so around 5-10 minit camtu dorang pun balas dengan minta butiran maklumat. Mujur juga aku sempat print screen nombor seat sebab nak tunjuk dekat member seating yang mana.  40 minit kemudian dia reply cakap tiada dalam rekod untuk pembelian tersebut.



Dem!! I was like … urghh gila geram kot how come on my fav movie this thing boleh jadi? Dia cakap akan pulangkan duit dalam masa 14 hari bekerja. Aku tak kisah pasal duit, tapi pasal keinginan nak tengok tu, then dapat tau takde dan kau dah janji dengan orang untuk tengok terpaksa dilupakan macam tu je. Nak beli tiket lain semua SOLD OUT.

Okay the thing is, aku tak marah sangat pasal tiket tak de dalam rekod. Mungkin ada technical problem or so on. Tapi yang aku marah sangat kenapalah tak angkat call!  Banyak kali call, then suruh tunggu then talian diputuskan. Ini bukan first time tapi banyak kali juga dulu jadi benda yang sama. 

Perlu Penambahbaikan 

Serius aku emo gila semalam sampai patahkan membership TGV  tanda bengang dengan management dorang. Langsung tak ada penambahbaikan!  Rasanya panggung wayang lain sistem dorang lebih sistematik dan mudah. Too bad TGV,  I IS DISSAPOINTED WITH YOU! Hopefully you guys improve on this and be more efficient.

Sincerely.

Your ex fans 


Buat pengguna media sosial tegar, mesti dahulu korang pernah dengar mengenai 8Share bukan ? Baru –baru ini aku berkesempatan ke majlis pelancarannya. Namun bukan lagi sebagai 8Share tetapi kini dikenali sebagai 8Coin.



Siapa yang azam nak kurus tapi tak kurus lagi sampai sekarang? Kita geng! Murung sekejap bila fikir pasal nak kurus, fit bagai ni, raya pun dah tak lama kan? Of course masing – masing nak segak, handsome bagai kan? 


Siapa suka gajet? Kalau Ya, kita geng! Selalunya yang suka teknologi orang lelaki je. Jarang kalau nak dengar atau nampak orang perempuan yang taksub dengan gajet ni kan? 


Happy Birthday Nando's! Wah tahniah tak sangka dah 20 tahun bertapak di Malaysia. No wonder boleh lama bertahan, sebab Nando's sememangnya disayangi dan mempunyai pengikutnya sendiri termasuk aku. 

Korang kalau ingat sebelum ini aku ada tulis mengenai Ayamas Kitchen dimana dorang telah perkenalkan produk Ready-To-Eat (RTE) atau Sedia-Di-Makan. Tersedia dalam 3 pilihan iaitu Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega. Kali ini 3 lagi RTE telah diperkenalkan iaitu Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai. 

Alkisahnya, aku baru sedar yang beberapa entry di dalam blog ni hilang! Since domain blog ni hilang seketika, ranking serta entry dalam blog ini ada yang hilang. So sad weh! Apapun, aku harapkan korang masih lagi membaca blog ini ya. 



Mon Chaang Thai Tea Lagi Sedap 

Aku antara peminat kopi dan teh. Untuk teh, bukanlah semua sebab ada a few flavour je yang aku minat antaranya Peppermint, Strawberry dan Thai Tea. Tapi as usual kita tak boleh nak expect apa yang kita nak tu kena dengan tekak kita. Ambil contoh Thai Tea, selalunya kan manis tahap potong kaki kan? So aku punya habit confirm akan order air suam dan tambah kat teh tu. 


Tapi untuk Mon Chaang Thai Tea dari Chapayom ni kan , serius kena dengan tekak aku and sangat sedap! 

Pelbagai Pilihan Teh 

Mon Chaang ni masih baru dekat Malaysia dan sudah ada beberapa cawangan. Antaranya di Sunway Pyramid. Yang pertama di Menara Citybank Kuala Lumpur. 



Menariknya lagi dorang ada pelbagai pilihan Teh dan minuman lain iaitu Milk Grean Tea, Thai Milk Red Tea, Thai Milk Rose Tea, Thai cocoa, Thai lime Rose Tea dan pelbagai lagi. Aku punya favourite adalah Thai Milk Rose Tea, serius sedap dan segar! 


Bahan Segar Dan Semulajadi 



Aku berjaya juga la cari dorang punya trick untuk bagi sedap. Rupanya air teh di Mon Chaang, ianya menggunakan serbuk teh asli dari Thailand. Selain daripada minuman Thai Tea, dorang pun turut menjual snek berasaskan ikan sebagai pelengkap. Boleh beli snek sahaja ataupun beli set. Perfecto! So untuk korang yang nak rasa, bolehlah pergi ke Mon Chaang dan cuba sendiri. Highly recommend!