Food Truck Di Kuala Lumpur Memang Terbaik!

Korang tahu tak antara tarikan utama pelancongan di sesebuah negara adalah kerana makanannya? Dan makanan di Malaysia juga tidak terkecuali dalam senarai wajib cuba di dunia. Nasi lemak, roti canai antara kebanggaan kita.




Food Truck Inovatif Terbaru DBKL

Bila cakap pasal Malaysia, pelancong akan tumpu pada Kuala Lumpur. Tetapi to be honest dulu susah nak cari makanan popular di Kuala Lumpur sebab di Malaysia ni serata negeri punyai tarikannya.Tetapi tidak sekarang, sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil inisiatif untuk wujudkan Food Truck di sekitar ibu negara.



Jaga Imej Negara

Actually aku suka sangat bila DBKL wujudkan food truck ni dekat banyak tempat di Kuala Lumpur. Sebab apa? Jaga imej negara weh! Korang bayangkan lah sebelum ni kebanyakan penjaja jual makanan tepi jalan tanpa lesen, jual tepi longkang tak ke macam cemarkan imej negara? Bila dah ada food truck ni nampak pun kemas dan nak beli pun tanpa was –was.

Tarikan Terbaru Kuala Lumpur

Yes! Ini adalah tarikan terbaru di Kuala Lumpur. Cakap je nak makan apa? Pergi je dekat food truck ni dan makan secara santai.Menariknya lagi DBKL bukan sahaja memperlihatkan tarikan ini sebagai isi pelancongan malah ianya juga sebagai bantuan kepada para usahawan. 



Buktinya, kira-kira 1,000 lesen perniagaan food truck telah dikeluarkan akhir tahun lalu bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.

Mudah Dan Efisien

Tiba-tiba rasa macam nak cerita sikit pula mengenai Food Truck ini. Bukannya apa dulu masa kecik-kecik tengok movie Hollywood mesti ada Food Truck bagai . Tapi dekat Malaysia masih baru. Tapi itu bukanlah alasan kan? Sebabnya DBKL sedar Food Truck ini sangat membantu para usahawan. Selain menjana pendapatan ianya juga sangat efisien. Mereka yang berniaga tidak lagi perlu berpanas di bawah payung atau tempias dek hujan .



 Selain itu, para pembeli pun juga mudah membeli dan boleh membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Tak tahu dimana lokasi yang memang ALL TIME ada FOOD TRUCK? Okay sila pergi ke Avenue K dan disebelahnya ada kawasan yang digelar sebagai TAPAK. Meriah weh! Kalau ke sana, jangan lupa muatnaik gambar korang manalah tahu Insta-friendly bukan ? 

Gambar : Ihsan Google 


42 comments:

Kin Naz said...

Bestnya food truck. Lalu tempat ni dah banyak kali tapi takde kesempatan nak singgah. Next time bolehlah singgah sini.

Mrs Pip said...

food truck warna warni, makanan mesti yummy :))

luqman zakaria said...

tak pernah lagi datang lepak dekat foodtruck park nih. macam menarik jer. ramai plak tuh orang datang mesti best

Cekgu Norazimah said...

Food truck ni bagus sebab bersih dan banyak pilihan. Nampak hipster pulak tu ;)

Fieza Sani said...

betul kat KL ni byk dh food truck..best..macam2 makanan ada...

Inani Hazwani said...

Food truck ni memang dah jadi trend sekarang. Suka jugak cari makanan food truck sebab nampak lagi bersih.

Mrs Fuzy Hamid said...

Food truck lebih bersih dan teratur

Papaglamz dot com said...

Nama je food truck tapi makanan macam2 ad. Aku klu pergi dinner ngan family kat food truck ni je. Murah.!!

el said...

Smoga.dpt dilaksanakan dgn berjaya

Rawlins GLAM said...

Malam nie Rawlins nak pergi Tapak wei. Akhirnya merasa jua nak makan kat sini. Tunggu Baby entahkan bila entah nak ajak ke sini.

Hanny Abdullah said...

Tahu tak knp sis tak leh dok oberseas lama2? S3bab makanan malaysia lh..mana boleh hidup tanpa makanan Malaysia..hehehe.
Now dah banyak food truck sana sini..haa lagilah senang nak cari makan.
Sis selalu ke Taman Tun..byk food truck sedap2 kat sana

tenku butang said...

TB suka tengok pemandangan food truck yang bewarna warni siap bermacam-macam logo dan label mengikut tema makanab yang dijual.. terasa syok pulak nak makan2 kat aitu tapi tak berkesempatan lagi.. harap ada peluang nanti

AyuArjuna BiGoshh said...

Food truck ni mmg best klu kita lihat pada jns hidangan dia tawarkan. Lagi satu tempat penyediaan dia pun agak bersih. Jadi kalau kita makan kat sini mcm rs happening sgt lagi2 bila segalanmcm pilihan mknan ada ditawarkan

Ana Suhana said...

Best sangat kan bila dah ada banyak food truck ni. Lebih banyak pilihan. Lagipun nampak lebih teratur dan kemas.

ai said...

All time favorite roti canai tu.. Food truck sekarang memang dah jadi salah satu tarikan rakyat Malaysia.. Lebih meriah lebih ramailah pengunjungnya..

Zharif Azis said...

food truck nie best memang best. tp harga dia ya ampunnn. takut melihatnya. harap2 food truck di sini tidaklah mengenakan harga yang mahal. sbb agak sedikit terkilan dgn food truck di negara kita. Kalau di luar negara, harga mknn food truck jauh lebih murah berbanding fast food restaurant, tp di malaysia terbalik pulak. acane tu ? hihi

Yanty Lee said...

Food Truck dekat urban tu xpernab pun pi lagi. Teringin tapi cam pack sangat. Maybe one day sis sampai. Yapi Ty pernah sekali aje gi food truck itu pun kt Putrajaya. Giler siot harga dia mahal nak mampus.

Eiza GreenAppleKu said...

Food truck buat sajian biasa tampil luar biasa dan punya identiti tersendiri. Nampak lebih tersusun dan bersih.

Iris Myra said...

Saya memang suka foodtruck.. Nampak lebih kemas teratur je lori2 tu.. Lpas tu nampak besrsih je.. Dah la banyak pilihan makanan.. Kalau bulan puasa ni mesti best sbb banyak boleh pilih nak makan ape..

Maha Mahu said...

Amboi gambar food truck tu rajin sangat ambil hehehe.. Tapi betul kat KL ni kalau style jual guna food truck ni dah makin berkembang dengan bantuan lagi daripada kerajaan yang memudahkan anak muda nak buat bisness macam ni.. Terasa nak juga buka satu lah...

Emarieys said...

Bagus juga adanya lesen food truck macam ni..harap dapat diperluaskan lagi ke negeri² lain..nampak tersusun dan meriah sekali.

Bella Enveeus said...

Kalau food truck dekat2 Dataran tu dah pernah try beberapa kali tapi kat TAPAK tak pernah lagi. Salah satu hari ni nak try lah. Cuma kadang2 rasa mcm kenapa makanan foodtruck ni mahal (kalau nak dibandingkan dgn makanan kat kedai). Bella harap dgn lebin banyak lagi foodtruck, lagi competitive prices yg boleh ditawarkan kepada consumers pd masa akan dtg.

JMR said...

Sangat suka dengan modul biz foodtruck ni, selain tengah trend-in, kebanyakan anak muda makin bersemangat untuk berniaga, daripada menganggur tak tentu hala kan..

Mrs Liez said...

Tapak tu mmg fav place.. seminggu.sekali mesti pergi. Byk foods yg jarang dijual dkt kedai ada dekat sini. Dan seronok ya tempatnya santai.. lepak makan sembang smp pagi woooo

Nina Mirza said...

Bila di setempatkan peniaga food truck kat satu kawasan, senang kita nak terjah. Pilihan pun meriah. Macam² ada!

Lia Hasty said...

Konsep foodtruck pun rasa lagi selamat nak beli makanan. Lagi satu suka sangat dengan usahawan foodtruck yang kreatif dalam dekorasi makanan dan penjualan jenis makanan. Memudahkan pengunjung memilih makanan di mana-mana foodtruck yang mereka suka.

www.liahasty.com

::EIDA:: said...

kita suka makan dkt food truck, hipsturrrrrr hihi

Shafyqah Azry said...

teringin jugak nak merasa makan di foodtruck

sayidah napisah said...

baru tahu pasal foodtruck ni. terbaiklah usaha DBKL!

Abby Onety said...

Seru ya food truck di Kuala Lumpur. Terlihat ramai orang yang datang berbelanja. Senang lihat orang ramai kayak gini

iuzira said...

Sekarang banyak dekat karnival dah banyak yang pakai food truck , lebih senang dan kebersihan terjaga. ada kan peruntukan siapa yang nak jual pakai food truck memang bagus

Noor Akma said...

Meriah dah KL dengan Foodtruck ni... Dah jarang nampak gerai tepi jalan dan di ganti dengan foodtruck. Bagus ada inisiatif macam ni... Peniaga pun gembira, pembeli pun dapat merasa.... :)

Eintan Nurfuzie said...

dengan ada food truck ini. nampak ianya menyenangkan penjual dan beri keyakinan pada pembeli. Bgus.. patut setiap negeri ada..

safurara said...

Akk suka fiod truck. Even mahal sikit. Tp kalau malas2. Lepak sini je makan.

Ana Jingga said...

Kak ana selalu lepak kat dataran food truck wangsa melawati :)

Marshalizadotcom said...

Suka beli kat food truck...hihi

Tunsha Auni Muthal'lib said...

Bagus sangat perniagaan food truck ini untuk golongan muda belia.

Cik Puan Ena said...

Adik sy keje di australia. Die ckp org sna pon suka msia sbb makanannya..bangga sgt. Bila ada inisiatif cmni, sgt menjaga imej msia, malah mmudahkan mencari makanan yg hipster di centre.

AimNub Haris said...

Betul..! Berniaga tu berniaga jg tp jaga imej dan kebersihan tu paling utama.. :)

...

khaty aiman said...

Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan

CikLa Shahril said...

Di tmpt cikla ramai jugak yg berniaga food truck ni. Kebykn belia dan golongan muda. Bagus jugak, boleh beri pgalaman utk mereka di samping tambah pendapatan...

Cik Tie said...

Cantik la tiap2 truck tu pun. Memang betul-betul menjadi tumpuan pengunjung la