Produk Ready-To-Eat (RTE) Terbaru Lagi Sedap!

Korang kalau ingat sebelum ini aku ada tulis mengenai Ayamas Kitchen dimana dorang telah perkenalkan produk Ready-To-Eat (RTE) atau Sedia-Di-Makan. Tersedia dalam 3 pilihan iaitu Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega. Kali ini 3 lagi RTE telah diperkenalkan iaitu Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai. 




Mudah, Jimat Dan Sedap

Produk RTE ini sememanya aku syorkan untuk korang yang malas dan nak cepat. Dengan RTE Ayamas, korang hanya perlu peruntukkan 4-5 minit untuk panaskan dan boleh terus makan.



 Malah produk RTE Ayamas juga tahan lama. So boleh lah korang beli banyak - banyak dan simpan di dalam peti ais. Nak makan, panaskan sahaja. Mudah kan? 

Bihun Goreng Istimewa



Yang ini harganya cuma RM5.90. Tersedia di dalam pek ini adalah bihun, telur dan sambal. Bagi aku yang ni not really my taste sebab bila panaskan dia rasa macam berair sikit kesan daripada disejukkan. 



Plus telur dia macam span sikit, so not my taste..

Nasi Bijan Ayam Bulgogi 




Harganya adalah RM 7.90. Nasi putih bersama Bijan, Ayam Bulgogi dan sayur merupakan satu set hidangan lengkap untuk korang makan bila-bila masa sahaja. 


Bagi aku yang ini sedap cumanya kalau Ayam Bulgogi tu kuah dia lebih sikit, confirm perfecto! 

Nasi Ayam Kari Hijau Thai



Last but not least! Ini favourite aku dalam RTE yang terbaru ini. Kombinasi lengkap ini juga berharga RM7.90.



 Memang sedap dan cukup pedas! 



Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau Facebook Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.

20 comments:

atiehilmi dot com said...

oh !! sesekali kakak perlukan makanan sedia siap macam ni.. hee~ penat tau hari2 nak masak ape segala..

Amanda Suria said...

Bagus bila adanya produk RTE ni untuk orang- orang bujang macam akak, walau akak selalu bawak bekal pergi kerja tapi kadang- kadang jemu jugak kan..so produk2 ni sangat- sangat membantu. Kena pilih makanan yang kena dengan selera la kan...

Shesyira As said...

Suka sangat makan nasi ayam dekat ayamas tu sebab rasa dia sedapp dan berperisa.haritu ada tengok ready to eat ni tapi tak beli pun.lepasni nak beli la

Akula said...

boleh cuba nampak sedap nanti boleh order utk bln puasa :)

Del Asyraf said...

woww banyak betul produk sejuk beku sekarang. Menyelerakan tengok gambar tu. Lagi pun senang, perlu panaskan sahaja n siap untuk dimakan.Tak perlu susah-susah nak ptong bawang segala bagai.

Wawa Ashihara said...

Uishhh sedapnya... Bagus ada produk makanan RTE ni.. Sesuai bg mereka yg agk xkesempatan utk pergi lunch atau lapo tengah2 malam.. Hehehe.. Atau boleh bawak time cuti... Tggal panaskan dan makan... Skrg mknn ni dh de kt semua pasaraya ke cmne?

ai said...

Panaskan dalam kuali or microwave? Kalau microwave senang lah nak beli buat stok kat office. Senang bila malas masak kat rumah or keluar makan.

Ainyy Zain said...

antara banyak2 tu ainy berkenan yang ayam hijau tu. nampak sedap betul! boleh cubalah ni nanti.

Marshalizadotcom said...

Sedapnya nasi bijan ayam bulgogi tu. Akak peminat makanan korea. Nanti naknbeli dan cuba. Kalau serasi boleh repeat order lagi

Mimi Azirah said...

Memang bagus ada produk RTE nih..tinggal panaskan aje. Jinat masa tenaga tak oayah memasak kan. Tgk menu semua sedap sedap.cuma bihun tuh sy lebih prefer masak sndri...puas hati

shamiera osment said...

Tengok pic pon nampak telur tu spongy..hihi..tak semua food sesuai utk frozen n defrost kan..tp tgk green curry tu sedap..pekat kuah dia..

Kylie wenn said...

ready to eat nampak senang nya..... tak payah susah susah masak...

Maya said...

Zaman nak serba mudah ni memang sesuai simpan stok ready to eat. Leh fefeeling makanan dalam flight lagi gitu kan?

Nik Khazami Nik aziz said...

saya betul2 berminat dgn produk RTE ni. lagi2 dari jenama tersohor. confirm sedap

alia farhan Said said...

Teringin plak nk mkn yg bugolgi ngn kari hijau tu...
Nnt nk beli jugak la buat stock utk emergency kn

Maha Mahu said...

Nak satu boleh tak hehehehe sedapnya kita suka yang Nasi Bijan Bulgogi tu memang terbaik dan juga green curry boleh tahan... Nanti buat open house kita datang kalau diundanglah ehhhh

irra yyan said...

Amboi senangnya. Hanya 5 minit dah boleh di makan. menu hebat-hebat pula tu. Tahniah ayamas! Memudahkan kerja-kerja orang yang kesuntukan masa nak memasak

AyuArjuna BiGoshh said...

senang dah sekrang bila dah ada produk mcm ni...jika lapar...terus jer pergi beli dan panaskan..cepat, mudah dan efisien

Emas Putih said...

Lasy week masa explorace tu kami dapat produk mychef. ready to eat juga tapi tu lah hehe tak sedap. Yang ni RTE apa lah rasanya eh. Senang je nak masak. sekejap je. pastu menu yg simple2 pon bolej. nak breakfast ke pepagi kan sennag

Ana Suhana said...

Dah ada bihun RTE pula sekarang. Lebih byk variasi utk pengguna.