Total Pageviews

Sedapnya Mon Chaang Thai Tea By Chapayom !

Alkisahnya, aku baru sedar yang beberapa entry di dalam blog ni hilang! Since domain blog ni hilang seketika, ranking serta entry dalam blog ini ada yang hilang. So sad weh! Apapun, aku harapkan korang masih lagi membaca blog ini ya. 



Mon Chaang Thai Tea Lagi Sedap 

Aku antara peminat kopi dan teh. Untuk teh, bukanlah semua sebab ada a few flavour je yang aku minat antaranya Peppermint, Strawberry dan Thai Tea. Tapi as usual kita tak boleh nak expect apa yang kita nak tu kena dengan tekak kita. Ambil contoh Thai Tea, selalunya kan manis tahap potong kaki kan? So aku punya habit confirm akan order air suam dan tambah kat teh tu. 


Tapi untuk Mon Chaang Thai Tea dari Chapayom ni kan , serius kena dengan tekak aku and sangat sedap! 

Pelbagai Pilihan Teh 

Mon Chaang ni masih baru dekat Malaysia dan sudah ada beberapa cawangan. Antaranya di Sunway Pyramid. Yang pertama di Menara Citybank Kuala Lumpur. 



Menariknya lagi dorang ada pelbagai pilihan Teh dan minuman lain iaitu Milk Grean Tea, Thai Milk Red Tea, Thai Milk Rose Tea, Thai cocoa, Thai lime Rose Tea dan pelbagai lagi. Aku punya favourite adalah Thai Milk Rose Tea, serius sedap dan segar! 


Bahan Segar Dan Semulajadi 



Aku berjaya juga la cari dorang punya trick untuk bagi sedap. Rupanya air teh di Mon Chaang, ianya menggunakan serbuk teh asli dari Thailand. Selain daripada minuman Thai Tea, dorang pun turut menjual snek berasaskan ikan sebagai pelengkap. Boleh beli snek sahaja ataupun beli set. Perfecto! So untuk korang yang nak rasa, bolehlah pergi ke Mon Chaang dan cuba sendiri. Highly recommend! 

No comments: