To be honest dah lama aku single dan dah lupa macam mana perasaan  bercinta since 4 tahun lalu. At that time actually hampir nak masuk minang dah okay, hahaha LOL . Okay lupakan kisah lama sebab sekarang aku nak bagi tips macam mana nak tackle si dia dengan menggunakan idea mudah, jimat dan cantik!

Okay kalau sebelum ini aku dah review pasal deodorant dan semburan wangian lelaki dari Dashing, kali ini perkenalkan pula Mandian Dashing 2 Dalam 1! Fuhh first time dengar nih! 


Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!
Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
4 Pilihan! 
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
COOL
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
ACTIVE
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.
Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan korang tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan korang pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml.Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan korang manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.

Siapa pakai jenama Dashing angkat tangan! Dulu aku tak suka weh dengan jenama ni tapi percaya atau tak ni antara jenama kegemaran aku untuk deodorant sebab bau dia wangi! 
DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.
Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.
Khas Untuk Yang Berpeluh! 
Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.
Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.
Dua Pilihan Dashing 
Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.
Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.
Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.
DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.
Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.  Jangan lupa dapatkan sekarang! 

Setiap tahun, Bangi Golf Resort antara lokasi wajib untuk aku berbuka disini. Manakan tidak, setiap tahun ada sahaja menu pengubat rindu yang disediakan oleh chef disini. 


Tempoh hari masa preview, aku dah terlepas untuk ke Kuala Lumpur Convention Centre.Tetapi baru-baru ini sekali lagi aku dapat jemputan ke sini dan semestinya tak nak lepaskan peluang tersebut kerana disini boleh dikatakan makanannya sedap-sedap belaka

Apa komik kegemaran korang? Kalau aku dari dulu lagi suka baca komik lawak kampus keluaran Kadokawa Gempak Starz. Tak pernah tak ketawa sebab kelakar dan best! 



Jarang untuk kita dengar sesuatu tempat tu menyediakan pelbagai makanan asam garam rakyat Malaysia di bulan puasa ini. Tetapi tidak bagi Vivatel Kuala Lumpur yang terletak di jalan Loke Yew. 



Nasi Lemak Ibu Dan Air Kelapa Segar Ceriakan Suasana Berbuka

Mana tidaknya, Vivatel menerusi Retro Café telah menampilkan lebih dari 150 juadah istimewa sempena Ramadan ini bertemakan Rasa Ibu. 


rendang yang dimakan bersama nasi lemak


Yang lagi best tersedia Nasi Lemak  Ibu dan air kelapa fresh lagi segar yang aku berani bet akan buatkan korang tersenyum sendirian.  












Selain itu, pelbagai sajian menarik juga menanti seperti Sup Gear Box Kambing, Kambing Panggang, Kari Kepala Ikan, Nasi Kandar Telur dan banyak lagi! Malah juadah pencuci mulut pun banyak yang rare dan sedap!  Aku paling happy bila jumpa badak berendam fuhh punyala susah nak jumpa tetapi dekat Vivatel ada!









Harga Berbuka Di Vivatel

Untuk korang yang ingin berbuka disini, Vivatel sedia menanti korang sehingga 13 June ini. Harganya juga berpatutan! Jadi jangan lepaskan peluang ya untuk berbuka disini. Highly recommend!

Dewasa  :RM98 nett
Kanak-kanak : RM 78 nett

Untuk tempahan : 03- 9205 8888
Email  :enquiry@vivatel.com.my
Bila tulis pasal Lulu Hypermarket ni kan, aku rasa macam excited sangat! Sebab apa? Sebab dekat sini aku berani bet dorang antara pasaraya yang menawarkan pelbagai harga yang sangat murah dan berbaloi! 

Rasanya The Westin Kuala Lumpur antara salah satu lokasi berbuka terbaik pernah aku cover. Malah jika tahun sudah dikira sebagai tahun kedua aku review hotel ini. Akan tetapi tahun ni aku tak dapat datang sebab bertembung dengan a few event penyudahnya hantar wakil je pergi. 

Untuk korang yang tidak kisah dengan harga dan ingin mencari lokasi buffet ramadan terbaik di Kuala Lumpur, ingin aku perkenalkan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berbuka puasa tahun ini. 



Tahun ini suka untuk aku fokuskan tempat berbuka terbaik di Putrajaya dan Bangi. Dan kali ini aku nak perkenalkan satu lagi lokasi berbuka terbaik di Putrajaya iaitu di  Pulse Grande Hotel Putrajaya.



Pejam celik minggu pertama puasa dah nak habis. Dan aku yakin dan pasti ada diantara korang yang dah rancang untuk buat persiapan raya kerana tidak mahu membuat persiapan di minit-minit terakhir.

To be honest sebelum aku datang ke talk yang dianjurkan oleh Sunfeet ini, aku assume semua kaki manusia adalah normal dan tahu akan ada beberapa peratus manusia yang mempunyai tapak kaki rata which means tak normal. Tetapi bila datang, dan dengar sendiri tahu tak yang kebanyakan daripada kita yang anggap normal, sekarang sudah menjadi tidak normal. Penyelesaiannya? Better check! 

Kalau siapa yang kenal aku, mesti perasan tabiat aku kalau order air manis mesti akan order sekali air suam sebab aku jenis yang tak suka minum manis. So beli je mesti campur sekali dengan air suam. 



Teh Tarik DairyGo Sengaja Dibuat Kurang Manis! 

Dan korang mesti tahu rakyat Malaysia dengan Teh Tarik memang tak boleh dipisahkan. Kita semua tahu teh tarik yang kaw adalah yang manis kan? So siapa yang kurang suka minum manis bila campur air suam mestilah kurang umpph. Untuk itu, DairyGo telah menghasilkan minuman teh tarik yang sedap dan kurang manis sebab owner dia sendiri tak suka minum manis LOL ! 



Ramuan Premium!

Menariknya lagi, Teh Tarik DairyGo telah dipek khas dalam packaging yang menarik dan direka berkonsepkan grab and go. Makna nya korang boleh beli buat stok dan simpan dalam jangka masa yang panjang.  Apa yang membezakan Teh Tarik DairyGo dengan teh tarik yang lain?  



Aku tau mesti korang akan fikir baik beli Teh Tarik dekat mamak je kan? Teh Tarik DairyGo ini menggunakan susu yang diimport dari New Zealand jadi sebab itulah dia berkhasiat dan sedap. Berbanding teh tarik dekat mamak dan sebagainya mereka menggunakan susu sejat pekat sebab itulah dia manis dan tidak bagus untuk kesihatan. 

Menjalani Kawalan Yang Ketat 

Apa yang aku boleh katakan harganya agak sedikit mahal iaitu RM4.00 untuk satu botol. Tapi korang perlu ingat Teh Tarik DairyGo ini diklasifikasikan sebagai Teh Tarik premium. Selain dari menggunakan susu yang diimport, Teh Tarik DairyGo ini juga telah menjalani kawalan pemeriksaan yang ketat. Malah menurut pengasasnya, mereka mengambil masa lebih kurang setahun lebih sebelum memasarkan produk ini yang kini mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.

Pengalaman Minum Teh Tarik DairyGo 



Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah buat Teh Tarik DairyGo kerana telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini. So aku pun berkesempatan untuk merasa sendiri teh tarik ini. Rasanya memang kurang manis, dan bau dan rasanya ada sedikit rasa macam green tea atau Teh daripada Thailand. Ala-ala jasmine macam tu haa. Sekarang bulan puasa kan? Why not korang dapatkan produk ini simpan buat stok, nak berbuka terus hidangkan ikut selerak korang. Senang dan jimat masa! 

Siapa Pengasas Teh Tarik DairyGo

Dari tadi aku cakap pasal pengasas Teh Tarik DairyGo bukan dan sudah pasti korang nak tahu siapakah pengasasnya? Familiar dengan jenama Bella Ammara? 




Yes itulah pengasasnya, Puan Bell Alyahya yang kini tampil dengan produk Teh Tarik DairyGo pula. 

Dimana Boleh Dapatkan Teh Tarik DairyGo? 

Untuk korang yang ingin dapatkan Teh Tarik DairyGo, buat masa ini korang boleh beli secara online di instagram DairyGo @dairygo_ dan dikhabarkan DairyGo bakal luaskan produk mereka di i 7-Eleven dan pasaraya yang terkenal. Dah try nanti bagitau komen korang ya!


Jika sebelum ini aku dah makan di Le Meridien Kuala Lumpur, kali ini perkenalkan pula Le Meridien Putrajaya. Untuk korang yang duduk di Putrajaya dan berhampiran rasa jauh nak ke Kuala Lumpur apa kata berbuka saja disini kerana menunya juga berlainan tema tau



Sajian Antarabangsa Di Le Meridien Putrajaya

Sempena dengan bulan puasa ini, Le Meridien Putrajaya telah menyediakan lebih dari 100 menu hidangan berbuka setiap hari. 






Menariknya lagi, tema tahun ini adalah sajian antarabangsa dimana korang yang teringin nak makan sesuatu menu di negara orang, tapi jauh, tak halal dan sebagainya kali ini Le Meridien Putrajaya bawakan istimewa untuk korang.

Menu Wajib Cuba




Untuk setiap hotel, suka untuk aku letakkan menu wajib cuba. Jadi di sini korang harus cuba ayam percik ala kelantan, nasi kebuli dengan kambing bakar, Oyster Omelette, Chicken Bao, Roti dan aiskrim durian dan banyak lagi! Oh ya aiskrim durian tu diperbuat daripada isi sebenar ya. Aku makan haritu terus ketagih urghhh





Harga Berbuka Di Le Meridien Putrajaya 

Untuk korang yang tertanya berapakah harganya, untuk dewasa  seorang adalah RM 168 nett dan kanak -kanak pula RM 84 nett. Untuk pemegang kad Cimb, Maybank, Hong Leong dan Citibank samada debit atau kad kredit ada diskaun khas menanti!





Jadi tempahlah segera dengan hubungi : 

603-8689 888/6847/6868 atau email dining.imputrajaya@lemeridien.com atau layari www.lemeridien.com