To be honest, ini adalah kali pertama aku masak sira pisang bersusu. Bukan setakat susu, sira pun aku tak pernah masak dan aku tak suka makanan manis sangat.



Sira Pisang Bersusu Sedap! 

Rupanya mudah je nak buat Sira Pisang ni. Untuk kelainan, aku tambah susu menggunakan produk dari Pokka Susu Pisang. Untuk korang yang sama macam aku suka kurang manis, bolehlah cuba resipi di bawah yang begitu mudah dan sedap! 

Resipi Sira Pisang Bersusu 

Bahan - Bahan 



- Setengah Kotak besar Susu Pisang Pokka
- Pisang 4 atau lebih (ikut kuantiti korang) 
- Bunga Cengkih ( dalam 2 kuntum)
- Sedikit garam

Cara Memasak 
  1. First panaskan susu tadi dalam periuk
  2. Bila dah menggelegak sikit campurkan sedikit garam(sikit je tau sebab nak bagi rasa lemak) dan bunga cengkih. Jangan banyak sangat tau bunga cengkih nanti payau pulak
  3. Kemudian dah kacau sebati, masukkan pisang , biarkan sekejap dan tutup api!
  4. Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Mudah kan! 






Contest Raya Pokka Sedang Berlangsung! 

Benar, ada contest tau sekarang ni dan akan berakhir pada 30 Jun which is Sabtu ni! So ada masa lagi. Oh ya selain Susu Pisang, Pokka juga ada produk lain iaitu Susu Mangga dan Susu Tembikai Susu. Sumpah sedap tak tipu! 



Cara Sertai Contest 
  1. Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit. 
  2. Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.
  3. Hantar foto / video dan gambar resit korang ke FACEBOOK POKKA melalui FACEBOOK Messenger.
Hadiah 

Antara hadiah pemenang yang ditawarkan ialah :-

PRIZE GRAND: Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000.

PRIZE CONSOLATION x 3: RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan.

HARIAN MINGGU x 20: baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan.

semua ni aku masak gunakan produk Pokka!


Menarik bukan? So jom join cepat selagi masih ada masa ni! 


Permah dengar tak mengenai produk Seraimas Herbs? Banyak sebenarnya pilihan produk dorang sebabnya terkenal dengan pelbagai khasiatnya tau! 


Untuk yang mengikuti blog aku mesti perasan sebelum ini aku pernah menulis mengenai percutian di Pulau Redang. Malah bukan satu, tetapi ada beberapa artikel menarik pernah aku kongsikan. Namun begitu, atas sebab tertentu, ada beberapa entry hilang dari blog menyebabkan aku suka untuk berkongsi kembali kerana keinginan dan juga komitmen yang dijanjikan bersama. 



Perjalanan Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam

Masa di Pulau Redang, sengaja aku memilih sebuah resort sebab percutian aku kali ini bukalah untuk backpack tetapi lebih kepada staycation dan ingin rehatkan minda dan badan bersama seorang kawan baik aku.


 So kiteorang bertolak dari KL menaiki flight AirAsia ke Kuala Terengganu ambil first flight which is selepas subuh dan touchdown ke Airport Terengganu lebih kurang jam 9 pagi. Sampai di Aiport, sudah ada shuttle bas yang tunggu kiteorang untuk bawa ke jeti. Jimat sebab semua all in~ 

Kena Tunggu Hampir Satu Jam Di Jeti

Tiba sahaja di jeti kelihatan ramai orang sedang beratur untuk membeli tiket feri. Mujur jugalah pakej yang aku ambil ni sekali juga dengan tiket feri so tak payah beratur, just tunggu feri tiba sahaja. Untuk yang tak beli lagi tiket, kenalah beratur seawal pagi di jeti kalau tak tengahari kena beratur panjang dan barangkali mungkin juga habis. 

Perjalanan Mengambil Masa 45 Minit Ke Pulau Redang 




Bagi korang yang tertanya, perjalanan feri dari jeti ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Cukup selesa kerana feri yang aku naiki  ada ruangan dalam berhawa dingin dan luar( open space) . Macam aku, ambil open space sebab nak layan bayu laut. 

Berbaloi Gila Menginap Di Laguna Redang Island Resort 




Yes! Kiteorang menginap di Laguna Redang Island Resort selama 3 Hari 2 Malam. Actually ini bukanlah kali pertama aku menginap di sini,kerana beberapa tahun sebelum pun aku pernah menginap di sini. Tapi atas dasar cinta aku pada resort dan pulau ini menyebabkan aku mengambil keputusan sekali lagi untuk menginap disini. 

Kenapa aku suka menginap disini? Ini adalah sebabnya : 

  • harga pakej mengandungi segalanya! – airport transfer, boat transfer, termasuk makanan dan of course bilik
  • Pemandangan super awesome, beach view ataupun garden view






  • Pantai Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih mulus


  • Boleh mandi laut sampai puas, hanya beberapa langkah ke pantai dari resort 





  • IG Friendly 



  • Pelbagai Kemudahan 



Bila korang stay dekat sini, jangan risau pasal kemudahan dia sebab segalanya ada disini. Even kalau korang dah rasa malas nak mandi laut, resort ini juga ada kolam renang yang besar dan luas. 

Rasa nak lepak minum? 

Dekat sini pun ada café yang feeling nya rasa macam situasi di dalam kebanyakan filem antarabangsa.





 Aku sempat juga lepak dekat sini, sambil baring tepi pantai di waktu malam. Fuhh! Tenang weh sampai terlelap aku dibuatnya. 

Jangan Lupa Beli Cenderamata Sebagai Kenangan 

Sebelum pulang, jangan lupa beli something dekat sini sebagai tanda kenangan.





 Segalanya ada disini, so korang tak payah risau apa. Aku highly recommend this place. Bagi korang mungkin ada yang mahal sikit tetapi bagi aku ianya sangat berbaloi! 

Ada sesiapa berminat nak dapatkan jersi bola sepak? Sekarang kan musim bola sepak jadi sekiranya impian korang adalah untuk memiliki jersi yang ditandatangani oleh bintang bola sepak dunia, inilah tahun yang bertuah untuk anda!


Yoodo Hadiahkan 6 Jersi Bola Sepak!

Sempena meraikan kemeriahan pertandingan bola sepak terulung di dunia, Yoodo, syarikat telekomunikasi mudah alih digital yang terbaru di Malaysia, menyediakan enam helai jersi bola sepak yang siap ditandatangani khas oleh Messi, Neymar dan Hazard. Wow! 



Sebagai sebuah jenama tempatan, kami turut berkongsi semangat bola sepak dengan seluruh rakyat Malaysia dan merasakan bahawa hadiah ini adalah paling sesuai untuk pelanggan Yoodo. Para pelanggan Yoodo juga akan terus menikmati pelbagai kempen menarik dalam masa terdekat,” jelas Farid Yunus daripada Yoodo.

Perkhidmatan mudah alih digital khusus yang pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada awal tahun yang memberikan para pelanggan pilihan dan kawalan terhadap pelan mudah alih mereka. Ini juga bermakna dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Yoodo, mereka dapat mengubah pelan pada bila-bila masa dan mengawal apa yang mereka mahukan sepenuhnya"


Hanya Ramalkan Juara Piala Dunia

Peraduan dia mudah sangat! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Yoodo Bola’,jersi-jersi dengan tandatangan eksklusif tersebut boleh dimenangi menerusi peraduan yang berlangsung sekarang sehingga 29 Jun. 




Korang tidak perlu melakukan sepakan melengkung ke arah gol untuk menang tetapi mereka hanya perlu log masuk ke laman sesawang yoodo di www.yoodo.com.my dan berkongsi ramalan juara kejohanan mereka di laman sosial media yang tersedia. Peraduan ini eksklusif untuk pelanggan Yoodo, jadi warga Malaysia disaran untuk menyertai Yoodo secepat mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

20GB Percuma

Selain daripada itu, jika korang mengaktifkan pelan Yoodo pertama korang sekarang, korang turut boleh menikmati kredit PERCUMA bernilai RM20 yang membolehkan korang membeli 20GB secara PERCUMA! 



Dengan data sebanyak ini, bagi para peminat bola sepak pasti tidak akan terlepas aksi-aksi hebat pasukan kegemaran korang dengan menonton dari mana-mana sahaja korang berada. Aku pun akan beralih ke Yoodo!

 Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini , sila layari pautan berikut:

Yoodo Bola: https://www.yoodo.com.my/wc2018/

Promo 20GB Percuma: https://www.yoodo.com.my/free-20/

Meskipun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, suka untuk aku imbas kembali pengalaman berbuka di Restoran 10 Binjai di Hotel PNB Perdana On The Park Kuala Lumpur



Tema Nostalgia Ramadan 

Dengan bertemakan Nostalgia Ramadan, di hotel ini terdapat pelbagai pilihan makanan yang menarik  dan sedap tau! Malah sempat juga aku mengerling tengok aneka kuih-muih tradisional yang sukar untuk jumpa ada dekat sini. 






Menu Pilihan 

Buffet disini telah pun telah bermula pada 18 Mei ini hingga 15 Jun. Meskipun tidaklah begitu banyak sampai beratus-ratus menu di hotel terkemuka yang lain namun suka utuk aku cakap hidang disini sedap -sedak belaka. Ada diantaranya yang sampai dua kali aku ambil iaitu Koeytiaw goreng, daging salai masak lemak, kerutuk ayam, murtabak dan banyak lagi! 













Kebanyakan menu disini terdapat live cooking jadi korang boleh nikmatinya panas-panas termasuklah kambing bakar dan ayam bakar yang lazat! 

 Majlis Bersama Anak Yatim 




Tempoh hari,  masa aku pergi turut dijemput adalah anak-anak yatim. Mereka telah diraikan dan berbuka bersama-sama pihak pengurusan hotel dan para media. 

Konsep Patuh Syariah

Satu perkara menarik perlu korang tahu adalah, PNB Perdana On The Park berkonsepkan syariah Islam dan telah diiktiraf halal dan patuh syariah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. 




Jadi bila menginap dan makan disini, tak perlu lah rasa was-was! Nanti kalau ada rezeki bolehlah aku cuba menginap disini pula. Insyallah...