Total Pageviews

5 Sebab Mengapa Aku Suka Berbuka Di D’Saji KL Titiwangsa


Selain dari Bangi Golf Resort, rangkaian restoran Felda D’Saji juga antara yang aku takkan lepaskan setiap termasuk especially di D’Saji KL Titiwangsa. Tak silap ini tahun keempat aku berbuka dekat sini. Sebabnya? Nah aku rangkumkan 5 sebab kenapa tempat ini jadi favourite aku! 




Tahun Ini Bertemakan ASEAN 


Yes! Gila meriah weh tema tahun ni! Masa sampai aritu terkesima kejap dia punya meriah. Bayangkan sekeliling restoran tu dipenuhi makanan. 






Yang special nya lagi makanan ni daripada negara-negara ASEAN. Cakap je nak apa semua ada! Malah siap ada boat seperti di Pasar Terapung Hatyai lagi. Unik! 



Lokasi Di Atas Tasik 

Kalau nak tahu, restoran ini terletak di atas Tasik Titiwangsa tau! Sememangnya konsep restoran terapung. Memang besar restoran ni! Tidak hairanlah ramai yang datang ke sini untuk photoshoot bagai. Sebab memang panorama yang indah



Pelbagai Kemudahan 

Bila makan dekat sini, ada ruangan berhawa dingin dan open air. Tapi untuk berhawa dingin itu untuk sesetengah acara je la,. Dekat sini kebersihan tip top, parkir yang mencukupi,ruangan surau serba baru dan besar. Pendek kata memang selesa! 

Persembahan Nasyid Dan Kebudayaan



Kalau hari kebiasaan, setiap malam akan ada persembahan kebudayaan dari restoran ini. Malah pada bulan puasa akan digantikan dengan nyanyian nasyid dan persembahan berkonsepkan ketuhanan. Tempat lain ada ? Takdo! 

Terkenal Dalam Penyediaan Makanan Melayu Asli 

Kalau bab makanan melayu asli. Serahkan saja pada mereka! D’Saji KL Titiwangsa memang terkenal dalam penyediaan makanan melayu. 













Malah katering mereka sering kali dipilih untuk jamuan acara dan perkahwinan.Highly recommend!

Untuk maklumat lanjut : 


1 comment:

titan said...

huhu..

nasib jauh.

kalau tak, nak juga pegi ni.

haha..