Total Pageviews

Four Points By Sheraton Puchong Pecah Rekod Kerana Makanan! Ini Adalah Sebabnya

Untuk yang tidak tahu, baru - baru ini aku berkesempatan untuk menginap di Four Points By Sheraton Puchong. Untuk tahu pengalaman aku stay disana, bolehlah baca di pautan link INI. Disebalik keselesaaan menginap disana, aku tertarik untuk highlight kan mengenai makanan yang diperkenalkan.





Menu Biasa, Penangan Luar Biasa 

Yup, secara keseluruhannya apa yang aku boleh katakan menu yang disediakan hampir sama di kebanyakan hotel TETAPI haa nampak tak ada tetapi nya disitu, ada kebanyakan menu yang dihidangkan setiap hari di Four Points By Sheraton Puchong korang hanya boleh dapat di hotel untuk masa tertentu sahaja. 



Antaranya yang korang wajib cuba dan boleh dapatkan setiap hari di sini adalah aneka satay, ayam percik, sotong kangkung dan banyak lagi. 

dimasak panas depan mata guys! 

ayam percik!

Bagi aku yang dah cuba rasa sendiri satay dan sotong kangkung disini, rasanya sedap wajib cuba! Khabarnya juga, hotel ini pecah rekod berbanding rangkaian hotel lain yang full house masa iftar ramadan yang lalu, tahniah! 

sotong kangkung


Nasi Lemak Dengan Aneka Lauk

Untuk sarapan pagi pula, korang wajib cuba rasa nasi lemak! Apa yang membezakan nasi lemak disini dengan tempat lain? Aneka lauk dia weh serius sedap dan unik. Masa aku cuba hari itu, terdapat kari daging, sambal udang dan sambal tiram. 

disebabkan leka dengan nasi lemak dorang, aku lupa nak ambil gambar sambal tiram dan kari daging yang dah selamat hadam, serious unik dan sedap! 


Cumanya nasi dia tu kalau lebih lemak confirm lagi padu. Selain nasi lemak, korang boleh cuba sarapan pagi ala Inggeris! Yup, disitulah antara kelebihan mereka, bukan satu atau dua tapi lebih dari 10 aneka sarapan barat yang enak -enak belaka. 







Tidak hairanlah ramai yang suka breakfast dekat sini.

Signature Dish Pelengkap Identiti Four Points Puchong! 

Selain itu, untuk korang yang tak nak makan buffet, boleh je cuba signature dish dorang. Harga pun berpatutan! Macam hari tu aku sempat rasa dorang punya signature burger, cheese cake dan Caramel Coffee! 




Satu kombinasi yang lengkap dan padu. Tapi perlu diingatkan patty burger dia agak sedikit kering ada orang suka dan ada yang tidak suka, so before order make sure remind pada dorang pilihan patty korang ya!

Malaysian Food Festival Hingga November Ini

Tak cukup dengan itu, bersempena dengan Hari Malaysia  juga, Four Points Puchong telah bawakan Malaysian Food Festival dimana ianya telah pun berlangsung sejak 20 Ogos yang lalu sehingga 20 November ini. 







Ada petai weh! 




pilihan ramai! Sup ekor 

Untuk nikmati aneka juadah mereka, ianya akan bermula pada jam 6 petang sehingga 10.30 malam. Lepas makan, boleh je lepak dengar iringan muzik dari band yang dijemput khas setiap malam. 

Harga Malaysian Food Festival 

Weekdays 
Dewasa : RM 98 nett

Weekend 
Dewasa RM 115 nett



Bagi pemegang kad kredit Maybank, CIMB Bank, Citibank pula ada diskaun 40% untuk korang. Jadi untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah ya! 

Rating Blog Budak Pacak : 

Lokasi : 5/5
Tekstur : 4/5
Pilihan : 5/5 
Harga : 3/5

Four Points by Sheraton Puchong

1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre (PFCC), Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong 47100 Malaysia





Contact :   +60 3-5891 8888

1 comment:

Illya LeYa said...

Menarik. Lokasi pun berdekatan dengan rumah LeYa.. Ini satu peluang untuk ajak Mr. Otomen Taro dtg makan sini ni. Tq share info