Sebenarnya acara Night of Fright yang diadakan di Sunway Lagoon ini adalah antara yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun! 

Korang dah download aplikasi Cannis? Apa benda Cannis tu? Dan apa pula NASDAQ? Haa korang kena baca sampai habis! Mesti terkejut punya bila dapat tahu. Aku pun baru dapat tahu masa pergi majis pelancarannya baru-baru ini. 

Excited pula aku nak tulis pasal Lulu Hypermarket ini. Ketahuilah korang, kalau aku tulis ni bermakna tengah ada jualan murah la tu. Actually setiap hari ada jualan murah, serious tak tipu! 

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Sejak beberapa tahun yang lalu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini sering kali menjadi pilihan aku untuk mencuba aneka steamboat. 




Beberapa Penambahan Pengubahsuaian Menu 

Kali ini aku sempat datang lagi kesini setelah sekian lama tak menjamah steamboat. Diet pun tolak ketepi nak makan punya pasal LOL. Dari segi pemerhatian aku terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian menu. Apa yang ditambah? Kalau dulu banyak pilihan steamboat dari grill. Sekarang kedua-dua pilihan dah sama banyak! 



Yang berubah pula, dulu ada skewer tapi sekarang dah tak ada. Barangkali sebab kawasannya yang tak berapa sesuai menjadikan skewer terpaksa dihentikan. TETAPI! haa nampak tak capslock disitu! Sekarang ini pengunjung boleh nikmati Teppayanki yang disediakan panas dan segar setiap hari. Too bad time aku pergi belum start lagi promosi ini.



Nasi Lemak D'Kayangan Mesti Cuba

Selain daripada aneka steamboat dan grill, korang mesti cuba Nasi Lemak dorang yang dikatakan sedap! Disebabkan aku tengah control makan dan tak nak lepaskan peluang, aku rasalah sedikit nasi lemak dia.



Sambal dia sedap! Sebagai peminat nasi lemak aku approved dorang punya nasi lemak. Cumanya kalau ada telur mata atau telur rebus yang dah siap, confirm lagi padu. Selain nasi lemak, pilihan nasi beriani, koeytiaw goreng, 12 jenis aiskrim juga ada disini! 






2 Pilihan Sup

Mesti korang tertanya bukan berapakah pilihan sup yang ada disini? Restoran ini masih mengekalkan dua pilihan sup iaitu sup ayam dan sup tomyam sebagai rebusan steamboat. So far tomyam dia sedap dan sesuai untuk korang yang suka pedas! 



Aneka Sos 

Selain dari pilihan sup, untuk pencicah pula tersedia pelbagai pilihan sos. Macam aku pergi haritu ada sos cili, sos cili thai, sos lada hitam, sos yong tau foo dan banyak lagi! 







Untuk menu grill dia ada macam-macam pilihan ayam, daging,  sotong, kerang, udang pendek kata semua ada! Tapi aku agak kecewa dorang punya Cappucino meat tak ada hari tu sedangkan yang tu sedap gilos. 

Kemudahan 

Okay bercakap pasal kemudahan, jangan cakap dekat sini semuanya sudah tersedia! Ruang parkir yang luas, kemudahan surau serta boleh memuatkan 600 orang dalam satu masa. 




Boleh pilih nak makan dalam berhawa dingin atau di luar. Kalau aku suka di luar, lagi fresh! hehehe

Harga D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat 



Boleh dikatakan harga disini masih lagi murah dan berbaloi dengan pilihan yang ada. So dah baca semua nanti bolehlah set tarikh dan makan bersama keluarga ya! 

Dewasa RM 33.00 nett
Kanak -kanak RM 12.50nett
Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA 

Masa perniagaan : 
Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pm
Sabtu & Ahad : 3pm to 12am

*Penambahbaikan 

As usual, aku tak nak korang hentam aku sebab tipu atau cuba selindung atau apa. Aku harap pihak restoran akan take note dengan perkara ini ya. Overal yang lain tip-top

  • lantai terlalu licin - alasan pekerja sabun yang digunakan. Actually tu kesan percikan minyak dan anak Afzal dua kali terjatuh sebab licin. Tidak perlu tipu dan jujur sebab customer akan faham. Barangkali tiles tersebut boleh digantikan dengan lantai getah. 
  • Ada sesetengah macam kurang sedikit fresh. Harap akan ada pemantauan dari semasa ke semasa
  • Peminta sedekah keluar masuk - rasanya pihak restoran boleh ketatkan rules dimana larangan peminta sedekah patut diletakkan. at least ada sticker ke apa sebab pelanggan rasa tak selesa bila peminta sedekah ni masuk dan meminta sedekah waktu makan. 
Lokasi : Acapella Service Apartment, Seksyen 13 Shah Alam (Bersebelahan Hayaki) 
Siapa tak suka minum susu angkat tangan! Hahaha to be honest aku memang tak minum susu melainkan ada perisa. Jadi kebetulan dapat produk Fernleaf UHT aku pun memberanikan diri untuk minum susu Fernleaf perisa Asli setelah berpuluh tahun tak minum. Iyer lah takkan nak membazir kan?