Bercuti Di Jogja? Jangan Lepaskan 10 Tempat Menarik Ini!

Pada Disember 2018 yang lalu, aku berkesempatan untuk berkunjung ke Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja menerusi Media Digital FAM Trip For Southeast Asia yang dianjurkan oleh Ministry of Tourism of Republic of Indonesia selama 5 Hari 4 Malam.





Kali Kedua Berkunjung Ke Jogja 

Untuk pengetahuan korang ini adalah kali kedua aku ke Jogja. Meskipun kali kedua, ternyata pengalaman yang dapat cukup berbeza malah ada diantara tempat menarik kali ini baru pertama kali aku terokai. Jadi untuk korang yang ingin ke Jogja, nah aku bawakan 12 tempat menarik di Jogja yang mesti korang letakkan dalam list wajib kunjungi. 

1. Candi Prambanan 

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Candi Prambanan agak kagum sebenarnya. Manakan tidak terdapat beberapa candi gergasi yang masih utuh, tegak berdiri. 



Malah suka untuk aku cakap dekat sini terdapat beberapa sudut untuk korang bergambar. Serius cantik! Untuk masuk ke sini harga nya adalah  520,000 IDR pakej bersama Borobudur (RM150++)

2. Goa Pindul 





Dulu masa aku ke sini, agak ramai sebenarnya pengunjung yang datang terutamanya pelancong dari Malaysia. Kali ini,  cukup puas! Korang akan menerokai sungai semulajadi yang ada di dalam Goa Pindul dengan menaiki pelampung yang disediakan. Malah untuk ke sini, korang akan menaiki trak pikap beramai-ramai sebelum menyelusuri sungai di situ. 

Harga : 150,000 IDR pakej termasuk sewa pelampung dan jaket keselamatan (RM30) 

3. Pantai Timang 



Tempat wajib pelancong dari Malaysia apabila datang ke Jogja sehingga Pantai Timang digelar penduduk setempat sebagai Pantai Malaysia. Manakan tidak, dekat sini terdapat sebuah gondola yang berusia 21 tahun masih berfungsi sehingga ke hari ini yang menjadi ikon Pantai Timang. 




Dulu masa aku ke sini, hanya bergambar dari depan dan nikmati santapan Lobster berhampiran. Kali ini aku berkesempatan untuk naik gondola itu. Gayat sebenarnya tetapi gayat itu sementara je sebab perjalanan Gondola itu hanya mengambil masa lebih kurang dua minit macam itu.

Sewa Jeep : 350, 000 IDR untuk 4 orang termasuk pemandu (RM95++)
Gondola : 200,000 IDR seorang (RM60)
Titi Gantung : 150,000 IDR seorang (RM35+)


4. Kraton Sultan Yogya 


Sebenarnya aku tak tahu Jogja masih ada Sultan sehingga ke hari ini. Suka untuk aku letakkan Istana Sultan atau Kraton Sultan Yogra sebagai lokasi yang korang wajib kunjungi kerana istana ini dibuka kepada pengunjung meskipun ianya merupakan kediaman rasmi kerabat diraja. Di dalamnya terdapat beberapa barang warisan Sultan yang dipamerkan untuk tatapan umum. 

Waktu Operasi :  jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu yang ditutup pada jam 11 pagi.
Tiket masuk : 100,000 IDR (RM30)
5. Taman Sari 


Jalan kaki sikit di hadapan Kraton, terdapat sebuah lokasi popular yang dikenali sebagai Taman Sari atau  Istana Air . Ini kali kedua aku kesini dan kali ini ramai gila pengunjung sampai tak ada port nak bergambar. Mujur kali pertama datang orang tak begitu ramai. Kalau nak tahu di dalam taman sari ini terdapat sebuah masjid bawah tanah yang cukup unik! 
One thing korang kena tahu, dekat sini terdapat kampung cyber lebih kurang macam itu. Landskap dia cukup menarik tetapi awas jangan ambil gambar sebarangan nanti penduduk disitu akan minta bayaran dekat korang memandangkan lokasi ini sudah popular dengan pelancong.
Tiket masuk : 15,000 (RM4++)
6. Candi Borobudur




Tak Jogja lah kalau korang tak datang ke Candi Borobudur. Meskipun tiket masuk agak mahal bagi pelancong luar tetapi bagi aku agak berbaloi untuk melihat sendiri candi yang terkenal di dunia ini. 






Di sini, korang ada dua pilihan, sama ada nak layan sunrise atau datang pada waktu biasa. Macam aku dua-dua pilihan dah rasa dan sedikit terkilan masa sunrise tempoh hari kerana kabus agak tebal. Apa pun puas hati sebab tak ramai orang pada waktu pagi dan tak panas sangat, so boleh bergambar sebanyak mungkin.



Harga Tiket masuk : 520,000 IDR pakej bersama Prambanan (RM150++)
Pakej ‘Sunrise’ : 450,000 IDR percuma snek pagi, lampu suluh atau boleh ditukar dengan skarf (RM120++)
7. Gereja Ayam



Kalau siapa yang follow filem Ada Apa Dengan Cinta mesti tau pasal bangunan yang berbentuk ayam ini. Kalau nak ianya sebenarnya merupakan sebuah gereja lama namun kini dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang cukup terkenal.
Harga Tiket masuk : 30,000 IDR percuma snek (RM10)
8. Gunung Merapi


Juga antara lokasi wajib korang kunjungi! Merapi menjanjikan korang pelbagai tarikan. Serius aku suka gila datang ke sini. Bukan sahaja menghayati kembali tragedi pada 2010, malah keunikan dia memang tak ada dekat tempat lain. Paling aku suka naik Jeep offroad menyeberangi sungai. Fuhhh the best! 


Tiket masuk : 450,000 untuk sebuah jeep (RM120++)
9. Pekan Malioboro


Nak cari souvenir? Sila shopping dekat Malioboro! Sebabnya dekat sini banyak gila souvenir dan barang-barang untuk korang shopping dengan harga gila murah. Baju batik? Sini serendah RM7 je !
10. Kasongan Keramik 
Ini mungkinlah cliche sebab dekat Malaysia pun ada. Tapi why not kan? Dekat sini korang berpeluang untuk membuat pasu mahupun mana-mana kraf tanah liat sendiri. Yang bestnya lagi boleh bawa balik sebagai ole-ole. Yeay! 




Okay itu sahaja perkongsian kali ini! Akan datang aku akan senaraikan hotel pilihan aku di Jogya ya!

Media Digital FAMTrip For Southeast Asia dibawakan khas oleh Ministry of Tourism Republic of Indonesia .

18 comments:

Ezna Ahmad Khalili said...

Menariknya boleh join travel macam ni. Pantai Timang tu menarik. Ombak besar. Tapi kalau nak naik cam zipline tu tak berani la sebab attached dengan tali macam tu ajer kalau nak seberang laut yang bergelora tu. Cantik la candi dia tu. In fact, kat Indonesia banyak tempat menarik boleh lawat. Tempat mereka kan luas.

Tunsha Ayunie said...

Banyak sungguh tempat menarik. Selalu juga tengok orang travel di Jogja. Teringin hoiii nak pergi. Moga adalah rezeki nanti. Cantik sangat tengok pemandangan.

Siti Yang Menaip said...

cantik2 gambar.. adoi gondola manual tu eheem.. kalo sampai belum tentu brani nak cuba. seramnyaaaa..

Wai Yee aka Rane said...

Borobudur is always so beautiful. I wish to make a trip there sometime in future. the scenery surely is pretty and enjoyable

Amanda Suria said...

Cantik2 semua gambar2 Khai..banyak aktiviti pergi Yogjakarta kan .antara yang masih dalam wishlist akak..Candi Borubudor tu memang impian akak nak pi tapi mahalnya tiket nak masuk situ...yg gondola manual tu akak ada tgok dalam rancangan Solo Yolo..seriau akak tengok...eh..kena pi jugak la nanti ni

Tekkaus said...

Terima kasih atas list ini yang sangat baik. Saya tertarik dengan Borobudur. Harap-harap dapat pergi melancong kat sana juga suatu hari nanti. :)

atiehilmi dot com said...

aduuuuuuuuu.. bangkhai.. best nya jenjalan kat Jogja.. kakak dah lama ngidam nak ke sana tapi tu la.. belum ada rezeki lagi.. hee~ doakan rezeki kakak singgah ke tanah Jogja tahun ni ya !!

Mat Drat said...

Menarik perkongsian ni. Tq bro.. Lepas ni kalau saya nak ke Jogja, boleh refer entry ni. Info bagus, gambar pun menarik

Maha Mahu said...

Pantai Timang tu memang selalu nampak orang update bila pergi ker sana hehehe dapat naik entah apa tu yang seberang laut dan kat sana memang banyak tempat menarik kita kena pergi tahun ni ok bawa kita yer awak...

Kayathre Kay said...

I always wanted to go to jogja. It is in my bucket list. But no opportunity yet. Sure will go soon. Your holiday looks amazing.

Halimah Muhiden said...

Kak suka yg Kraton Sultan Yogra tu..tgk potret sultan dia pun mcm real..klu dpt bercuti kat sana tentu kak pasti pg ke istana dia..suka lihat bangunan istana lama

mama tisya said...

Tak pernh smp lg jogja..tapi selalu juga tgk kwn2 share gmbr yg naik gondola tu kalau ke jogja..nmpk seram la tapi adventures btul..byk tmpt2 menarik bole dilawati ni..tq for sharing

Mimi Azirah said...

Bestnya dia jalan jalan Jogja. Saya belum pernah jejak kaki lagi ke sini. Memang teringin nak pergi Jogja tapi mas atak mengizinkan. Thanks share 10 tempat menarik wajib lawati di Jogja. Memang semua tempat yang ada ni menarik untuk dilawati. Kalau snap gambar pun mesti cantik kan

Maisarah Humaira said...

Seronok jalan-jalan tempat orang ni kan.
Banyak tempat bersejarah di Jogja. Kamera mesti bawa bersama supaya dapat rakam memori indah di situ. Suka betul tengok keunikan senibina Candi Borobudur tu. Memang ramai bergambar

www.maisarahsidi.com

Nadia Johari said...

Peegh best giler dapat bercuti ke sini.. Gua tu cantiknyaa.. Tempat selalu nad nampak org pergi gondola dengan burubodor tu.. Gondola tu mesto seram kan walaupun dua minit je perjalanan.. Ehhehw.. Dahla air bawah tu.. Tapi memmg nampaak best..

Saidila Lifestyle said...

belum baca caption dah tahu ehh ni kan tempat berlakon AADC 2 ...syoklah dapat gi situ, kot2 dpat layan sunrise macam Rangga dan Cinta ker...jujur nampak best pulak Jogja sebab kawan tak berapa rekemen gi sini..tapi entry ni penyebab saya ubah fikiran...akan ke Jogja jugak satu hari nanti

Henry Tan said...

never been there but among all those that you mentioned, i think i would love to go to pantai timang! im a beach person rather than a museum person haha

How to deal with markets ups and downs?

The Malaysian Trivia said...

Yes, ke Jogja harus ke Borobudur.