Makanan Perancis Premium Di Kara Conceptual French Cuisine

Bonjour! Kalau ada yang sukakan makanan Perancis korang wajib baca artikel ni sampai habis sebab aku dah cuba makan dekat sini, dan ada beberapa menu dia yang aku nak recommend pada korang! 


Dihidangkan Dengan Penuh Gaya French

Macam yang korang sedia maklum, kalau french ni makanan dia dihidangkan dengan penuh tertib dan teratur. Ada appetizer, main course, soup dan juga dessert. Di Kara, mereka telah bawakan konsep ini di restoran mereka. Malah bila korang menikmati hidangan disini, alunan muzik dari Perancis akan dimainkan, jadi terasa feeling disitu sambil menjamah makanan. 

Uniknya Makanan Di Kara 

So hari tu aku berkesempatan untuk mencuba satu set hidangan lengkap perancis. Apa yang aku cuba?  

Untuk appetizer, aku telah mencuba Bisque de Crevette au Safran ( Prawn Bisque Soup with Saffron) 



Main course pula, Filet de loup amandes et capres (Seabass Fillet with almonds and Capers Butter) dan juga Coqulet roti au vin Rouge ( Roasted Spring Chicken) 



Untuk minuman, aku ambil Elderberry dan Elderflower. Kalau nak tahu kedua-dua minuman ini seperti kordial namun diiktiraf Kementerian Kesihatan kerana ianya berkhasiat. 



Oh ya, kopi juga sempat aku order panas dan sejuk. Serius sedap gilos! 



Sebagai pencuci mulut, Chocolate Lava menjadi penutup. 

Restoran Pork Free

Untuk korang yang tertanya, restoran ini berstatus Pork Free. Jadi kalau korang nak makan sini, make sure korang bagitau jangan campur sebarang barang terlarang seperti wain ke apa. Apa pun ianya masih 'selamat' dimakan kerana aku pun buat benda yang sama. 



Lokasi Strategik

Buat yang tertanya, Kara terletak di Sunway Giza, Damansara. Lokasi dia cukup strategik memandangkan disini juga merupakan tumpuan pengunjung. Jadi untuk korang yang ingin merasa makanan Perancis premium dengan harga yang berpatutan, Kara adalah pilihan yang tepat! 

Kara Conceptual French Cuisine 
A-5-1, Sunway Giza ( Sebaris Public Bank) 

Facebook : https://www.facebook.com/karasecrecy/

Untuk tempahan : 
03- 7622 2868 / 016 - 3579 213

1 comment:

ejulz said...

wow.. terbaek :)