Dewan Besar Tun Rahah Dewan Perkahwinan Dengan Harga Berpatutan Di Kuala Lumpur!


Siapa yang duduk di Kuala Lumpur, aku berani cakap kebanyakannya akan buntu memikirkan di manakah dewan perkahwinan yang terbaik dengan menyediakan segalanya. 

Dewan Besar Tun Rahah Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan 



Jawapannya , adalah Dewan Besar Tun Rahah! Berdasarkan tinjauan aku sendiri ke sana. Dewan Tun Rahah yang terletak di Menara Yayasan Tun Razak, 200, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, sememangnya lengkap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Lokasi Mudah Akses 

Meskipun lokasinya berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, apa yang aku boleh cakap disini mudah untuk akses terutamanya masalah parkir. Sebab apa? First terletak walking distance je dari MRT Tun Razak Exchange (TRX) lebih kurang 10 minit perjalanan dan landmark nya pula berhadapan dengan Plane In The City .Aku sendiri jalan kaki ke sini. 



Parking?  Jangan risau di dalam bangunan ini penuh dengan kawasan parking so tidak perlu risau. Kemudahan lain seperti tandas dan surau juga begitu selesa! 

Okay berbalik kepada Dewan Tun Rahah didalamnya berhawa dingin dan tak perlu risau hujan panas bagai ya! Baru-baru ini pula,  pelakon baharu yang juga adik kepada Syatilla Melvin, Syida Melvin telah melangsungkan perkahwinan bersama anak Allahyarhamah Iron Lady Malaysia, Datuk Wira Dr. Maznah Hamid  Pasangan mempelai ini telah memilih Dewan Tun Rahah kelolaan Felda D’Saji sebagai lokasi dan katering pilihan mereka. 





Felda D’Saji Katering Terkenal Di Malaysia 

Bercakap mengenai Felda D’Saji, rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana katering ini merupakan salah satu syarikat katering yang terkenal di Malaysia. Tidak hairanlah mereka mempunyai lebih dari 5 dewan yang menawarkan pelbagai pilihan jenis acara untuk di cater. 

Masa resepsi Syida dan Syafiq baru-baru ini, mereka telah memilih  Malam Bollywood sebagai tema resepsi. Oleh itu segala-gala persiapan baik dari segi makanan, hiasan dewan dan pakaian tetamu yang hadir bertemakan Bollywood.Meriah weh! 












Makanan yang disediakan cukup sedap sememangnya berselera setiap pengunjung yang menikmati hidangan. 




Dewan Tun Rahah mampu memuatkan lebih dari 700 orang  dalam satu masa jadi tak perlu risau sekiranya dewan ini terlalu kecil ya. 



Mengenai pakej perkahwinan D’Saji pula, dengan satu harga korang boleh dapatkan segala-galanya. Haa so takde la runsing nak cari itu ini. Pakej pula serendah RM35,000 termasuklah : 

JENIS HIDANGAN
Makanan dan Minuman dihidang secara BUFFET atau DOME

MASA MAJLIS ( dibahagikan kepada dua (2) sesi :-
> Sesi Satu ( 1 ) Majlis Makan Tengahari 11:00 Pagi
> Sesi Dua ( 2 ) Majlis Makan Malam 
06:30 Petang hingga 11:30 Malam


TAMBAHAN HIDANGAN DI MEJA “HI-TABLE”
Hidangan Khas tambahan tiga (3) hidangan di meja hi-table (meja pengantin) ditentukan oleh Chef Felda D’saji.

MEJA KHAS
Penyediaan empat (4) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap Sarung Kerusi, Riben Kerusi, Alas Meja Bulat, Overlay dan set peralatan sajian. Tambahan meja berhidang akan di caj RM200.00setiap satu meja)*maximum sepuluh (10) meja*.

MEJA HI-TABLE & HIASAN
Hiasan dan gubahan bunga untuk hi-table dengan bilangan maksima 10 pax.
“ 
Chair Cover and Ribbon “ untuk semua kerusi tetamu majlis tertakhluk kepada warna yang kami ada sahaja.


BASIC PELAMIN & HIASAN
Penyediaan “Basic” Pelamin oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’Saji Sdn Bhd.
page2image3956608page2image3954496
hingga 03:30 Petang

 KARPET MERAH
Laluan karpet merah ke pelamin dan hi-table.

TIGA (3) TINGKAT KEK PERKAHWINAN
Tiga (3) tingkat kek Dummy kek perkahwinan untuk aturcara memotong kek perkahwinan bagi purnakan aturcara majlis perkahwinan.

PRAMUSAJI
Setiap majlis akan di uruskan oleh pramusaji yang lengkap beruniform dan berpengalaman dalam industri makanan

SESI “ FOOD TASTING “
Bagi memberi kepercayaan dan kepuasan kepada pelanggan, satu sesi “ Food Tasting” untuk-10 orang disediakan selepas 50% bayaran diterima oleh pihak Felda D’saji Sdn Bhd.

SESI RAPTAI ( ditetapkan seperti berikut )
Satu sesi raptai akan diadakan pada hari yang sama sebelum majlis berlangsung untuk memastikan majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Sekiranya sesi raptai selain hari majlis surcaj sebanyak RM500.00 dikenakan. Pindaan tertakhluk dari masa ke masa.

  KERUSI, MEJA DAN KAUNTER BUFFET
Penyediaan Kerusi Dewan, Meja Tetamu dan Kaunter Buffet berserta alas meja dan alas kerusi secukupnya dengan hiasan secara Basic Dekorasi.

GERBANG PERKAHWINAN
Standard Gerbang Perkahwinan disediakan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu dan pasangan pengantin.

BILIK PERSALINAN
3 Buah Bilik Persalinan untuk persediaan pengantin 2 bilik dan 1 bilik menunggu VIP (3 BILIK)

 PUBLIC ADDRESS” (PA SISTEM & ROSTRUM)
Basic “public Address” ( Sistem P.A ) dan rostrum untuk kegunaan jurucara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD dengan kebenaran berbayar dari MACP (Music Author’s Copyright Protection) dan PPM ( Public Perfomance Malaysia).

 LCD PROJEKTOR & WHITE SCREEN
Penggunaan 1 Unit “ White Screen” & LCD Projektor dan LCD TV 6 unit sepanjang majlis berlangsung

TEMPAT LETAK KERETA


Aku memang highly recommend tempat ni! So untuk korang yang nak dapatkan pakej terbaik ini, boleh lah hubungi 



ZAIDI ABU BAKAR - 019 - 2974800 
CHE NOR HIDAYU CHE RAHIM -  012 - 921 4691

MUHAMMAD RUDDY SELONG (Supervisor) 
 019 - 285 1692 
PEJABAT  03 – 2698 8302






20 comments:

Sis Lin said...

Dah boleh kira-kira dah budget kalau nak kahwinkan anak nanti huhuhu...

Sherry Go Sharing said...

great to know of this place, as I don't know until you shared here. Can let my friend to know too if they want to do wed events or celebration there. Food looks yummy, 1st time to know of this catering. :D

Mawardi Yunus said...

Cantik dan besar dewan ni. Tak pernah lagi dampai ke sini. Kalau ada bajet leh la kawin kt sinikan. Eh

Illya LeYa said...

Memang sangat berbaloi LeYa boleh katakan hidangan dari D'Saji Felda. Sedap tak terkata. Dari segi hiasan Dewan Tun Rahah ni pun menarik dan lokasinya strategik berada di tengah-tengah bandar. Lepas majlis, pengantin bolehlah shoot fotografi outdoor di Plain in the city... Heheh..

adianiez AIDA said...

wah. bollywood theme. warna nyer sgt naik dan gah gitewww.
bagus pakeh sebegini. all in one.
semakin mudah utk nak buat event, especially wedding reception, kan.
sediakan ajer tabung nyer.

AlongMurni said...

Kalau felda d saji makanan memang terbaik n mantap.. AM penah cuba servis diaorg.. Mmg terbaik.. Mmg gempak kalu majlis buat di dewan Tun rahah nie..

budakbandunglaici said...

cantik betul dewan ni. besar,luas dan selesa kalu jemputan ramai. tambah lagi katering d'saji felda memang terkenal keenakkan setiap menu masakan. boleh la berkira-kira buat majlis kahwin kat sini ye bakal pengantin

Suria Amanda said...

D'Saji Felda punya catering memang x dinafikan dah terkenal kan..ramai je hire diorang utk cater wedding personality tv dan orang-orang kenamaan..nampak meriah wedding adik Syatilla Melvin tu kan..suka tema hindustan dia...makanan pun nampak sedap..pakej yang ditawarkan pun menarik

Eeca Shyaa said...

inilah yang dinamakan you-get-what-you-paid. berbaloi rasanya bayar harga tu kalau semua kemudahan dan keselesaan ada. makanan pun nampak sedap. kalau ramai family belah laki perempuan sesuai sangat la buat majlis sini. hihi

Kayathre Kay said...

Looks nice. Thanks for the information. I can start planning for my wedding.

Lin liena said...

wow bestnya kalau dapat buat majlis kat sini,besar dan nampak mewah dewan ni...kena berduit la kalau nak khawin kat sini hehe...cantik giler pengantin..menu pun nampak sedap..

sya mimie said...

Meriah betul majlis mereka. Tahniah buat mempelai..
Makanan yang disajikan juga sangat menarik.
Mewah je rasanya.
Walaupun tak dapat rasa, yang pasti semua menu tu mesti sedap sedap kan..

Wai Yee aka Rane said...

oh the venue look awesome for every events. I love the food as it seems really yummy in your pics. It's a good place for ppl to organise wedding, company dinner or other events there hehe

Zayani Zulkiffli said...

Murahlah servis pakej deorang. Siap full pakej lagi tu harga macam tu. Dahla lokasi dewan dekat hotspot.

AyuArjuna BiGoshh said...

harga pakej dia not bad...still cam berpatutan...tapi paling geram tengok makanan dia apersal semua nampak sedpa ni hahaha..nanti boleh rekomen kat member2 yg nak kahwin..

Nadia Johari said...

dewannya besar juga tu..memang boleh tempaung ramai orang..makanan pun memang nampak sedap..harga not badla..boleh tempah sini siapa nak kawin..kumpul duit dari sekrg kan

Emilinda said...

Untung bakal pengantin kat area kl/selangir sebab banyak betul pakej wedding berbaloi macam ni. Macam emi kat kelantan tak banyak choice sangat. End up decide buat wedding kat rumah & buat secara rewang je.

Rawlins GLAM said...

Sekarang lokasi perkahwinan dah makin banyak. Bagus la sebab dah ada pilihan. Cuma tak best adalah kekurangan lokasi parking dan lain-lain kemudahan tu. Kekadang parking tepi jalan tu tak best kan.

Mouse Mommy Treats said...

Suka informasi ni! Sgt teliti dgn semua maklumat diberitahu. Senang nak buat pemilihan.

Mek Onie said...

Makanan depa sedap! Servis katering dorang pun bagus :D