Salam Web Diiktiraf Sebagai Pelayar Web Patuh Syariah Pertama Di Dunia




Buka saja website, confirm akan terselit dengan pelbagai iklan yang kadangkala tidak senonoh, atau sebarang paparan yang berkemungkinan menganggu sensitiviti setiap pihak. Ini kerana pelayar web tersebut tak ada sebarang tapisan atau jaminan bahawa kandungannya selamat. 



Salam Web Selamat Dirasmikan 

Untuk itu, suka aku perkenalkan korang dengan Salam Web, sebuah pelayar web yang baru sahaja dirasmikan baru-baru ini. 




Aku sendiri berkesempatan untuk hadiri ke majlis pelancarannya yang diadakan di ibu kota dan sememangnya aku sendiri akan syorkan Salam Web kepada korang untuk pakai mulai sekarang! 

Pelayar Web Patuh Syariah Pertama Di Dunia 

Sebab apa? Salam Web telah diiktiraf sebagai pelayar web  atau web browser patuh syariah pertama di dunia.



Selain pengiktirafan tersebut,  Salam Web ini juga tersangatlah mesra pengguna dengan beberapa kelebihan dan aplikasi yang terdapat di dalamnya. 


Fungsi Salam Web 



Salam News : Fake news, sumber yang tak boleh dipercayai? Di Salam Web segalanya telah ditapis melalui fungsi Salam News. Yang pasti berita disini adalah lengkap dan dari sumber yang boleh dipercayai. 




Salam Chat : Bukan sahaja selamat dan diyakini, malah korang juga boleh berinteraksi dengan pengguna lain menerusi ruangan komen yang disediakan. 

Salam Protect : Haa inilah antara tunjang utama Salam Web! Menerusi kemudahan Salam Protect, segala isi kandungan yang dikhuatiri kandungannya seperti pornografi, menghina mana-mana pertubuhan atau sensitif dapat ditapis 



Salam Widget : Best thing about Salam Web ini semestinya adalah widget atau perantara yang ada padanya. Kalau korang nak tahu, di dalamnya terdapat waktu solat, arah kiblat dan juga kata-kata hikmat yang sentiasa dikemaskini. Mudah kan? Just make sure korang ada aplikasi Salam Web dan pergilah ke mana sahaja, ianya pasti membantu korang supaya tidak terleka 



Salam Sadaqah :  Menariknya lagi, Salam Web menggalakkan pengguna nya untuk melayari internet sambil beramal. Korang boleh bersedekah dengan menukar pengalaman internet harian korang kepada amal jariah. Bagus kan? 



So, selepas ini dah tahu nak buat apa kan? Sila lah download Salam Web dimana-mana peranti korang tidak kira website, android ataupun apple user kerana Salam Web adalah percuma! Malah suka untuk aku highlight kan pada ibu bapa yang khuatir anak-anak buka laman web yang tidak ketahuan, gunakan saja Salam Web kerana diyakini selamat! 

Untuk maklumat lanjut, layari https://salamweb.com/ms/

No comments: