Kalau nak cakap pasal Lulu Hypermarket yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, memang satu benda je aku boleh cakap, MURAH!. Disebabkan jauh je aku jarang ke sini, kalau tak memang setiap minggu inilah tempat aku akan habiskan masa. 

Kampung Batu Belobang Lingga Kaya Dengan Pelbagai Tarikan! 

Lanjutan daripada trip aku ke Batam tempoh hari, aku turut berkesempatan untuk berkampung di sebuah perkampungan 
yang terletak di Kepulauan Lingga, Riau bersempena dengan  Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga yang merupakan  acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu. 




Bercakap mengenai Lingga, sudah pasti apa yang terfikir dalam hati adalah mengenai asal usul kaum Melayu yang kita pelajari suatu ketika dahulu dan hari ini aku bertuah dapat berkunjung ke Kampung Batu Belobang yang bagi aku kaya dengan pelbagai tarikan! 



Perjalanan Hampir  Empat Jam 

Untuk ke sini, korang akan terlebih dahulu transit di beberapa pelabuhan feri. Bermula dari Telaga Pungur Ferry Terminal ke Pulau Cempa selama hampir tiga jam perjalanan feri kemudiannya korang akan menaiki bot kecil ke Kampung Batu Belobang dengan satu jam perjalanan. 




Perlu diingatkan, kampung ini masih baru dalam senarai pelancongan dan untuk ke sini memerlukan pemandu dan kebenaran dari penduduk kampung, 

Air Laut Sejernih Kristal! 




Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini, terpegun sekejap melihat air lautnya yang sejernih kristal! Malah penduduk kampung disini cukup peramah menyambut ketibaan kiteorang yang pertama kali tiba di sini. 




Dengan populasi penduduk pulau  dengan  seramai 1500 orang , aku sekali terpegun kerana penduduk disini bertutur dengan pelbagai dialek bahasa Melayu. Malah menurut penduduk , kampung ini seperti pusat penyatuan bahasa. Tidak hairanlah dulu, Lingga sememangnya termaktub dalam sejarah kerajaan Melayu Lingga- Riau tertua. 

Mendapat Nama Bersempena Batu Belobang 

Untuk korang yang tidak tahu, kampung ini mendapat nama bersempena dengan pembentukan gua batu besar yang berlubang di hujung pantai. 




Terdapat pelbagai mitos dan kisah menarik yang membentuk keindahan kampung Batu Belobang. Bila dah ke sini ,ada satu perasaan yang tergambar ! Tenang dan bersih tu je perkataan yang mampu aku singkapkan. Andai diberi peluang memang aku akan ke sini lagi. 

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Meriah! 






Hari yang  ditunggu-tunggu telah pun tiba. Manakan tidak, pada hari ini Kampung Batu Belobang bakal dimeriahkan dengan acara meraikan peserta Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga yang merupakan perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat perlumbaan kapal layar ini diadakan.






Kemeriahan majlis ini dimulakan dengan para peserta disambut meriah dengan paluan kompang penduduk disini sebelum dipersembahkan dengan acara kebudayaan dan dijamu dengan makanan tempatan. 





Kalaulah korang tengok dekat sini masa tu cukup meriah! Semua penduduk kampung berkumpul menyambut ketibaan tetamu. haih baik-baik belaka orang disini. Kalau korang nak berkunjung ke sini, bolehlah hubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsapp nombor beliau  +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu korang untuk berkunjung ke sini.



Akan datang, aku akan kongsikan tempat menarik di Lingga pula ya!