Teruja betul nak tulis mengenai pengalaman aku review sajian berbuka puasa di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong. Manakan tidak, sebelum ini aku pernah review event space ini sebagai lokasi dewan perkahwinan yang menarik dan terbaik tetapi kali ini ianya agak berbeza sedikit memandangkan ianya ditukar kepada konsep Buffet Ramadan Selangor sepanjang Ramadan. 



Hanana Group Sdn.Bhd Bawakan Buffet Ramadan Sedap

Untuk yang tidak tahu, Lugar De La Boda di dalam bahasa Spanish bermaksud dewan perkahwinan. Sewaktu menjejak kaki ke sini baru-baru ini, dewannya telah dihias indah dengan tema klasik melayu, terasa dia punya feel weh! 




Pujian seharusnya diberikan buat Hanana Group Sdn.Bhd yang berjaya mengutamakan kualiti mereka biarpun di bulan Ramadan kelak. 

Tampilkan Dua Lokasi 

Oh ya, selain Lugar De La Boda  untuk korang yang ingin mencari Buffet Ramadan Putrajaya bolehlah pergi ke lokasi mereka disana iaitu Ambassador Putrajaya yang terletak di Presint 15. Okay berbalik kepada Lugar De La Boda, konsep yang dibuat mereka pada tahun ini adalah bertemakan sajian melayu asli, sesuai dengan trademark mereka sebelum ini yang sememangnya pakar dalam mengendalikannya. 

Aneka Sajian Sedap! 

Jujur aku cakap niat aku pada mulanya tak nak makan berat sangat sebab dah malam, tapi aku tewas... sekali lagi... LOL. sebab sedap weh! Kalau korang refer artikel aku sebelum ini ada aku highlight mengenai beberapa sajiannya yang sedap especially sambal sotong. So bila nampak waktu review haritu, terus aku ambil dan rasa, Yes masih sama dan masih sedap! 



Tapi bukan tu je yang sedap tau! Mostly semua sedap and aku nak tegaskan korang wajib cuba laksa dia. Fuhh terbaik! Untuk Ramadan akan datang, sebanyak lebih dari 60 menu sajian akan dihidangkan. Selain dari menu yang aku cakap tadi, terdapat juga pilihan lain yang panas-panas dan sedap seperti kambing bakar, teppanyaki, Nasi Briani, Ayam kalio, Kupang goreng pedas dan banyak lagi. 













Pelbagai Kemudahan 

Lugar De La Boda ini mampu memuatkan 1000 orang dalam satu masa dan mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti ruangan solat, parkir yang luas serta dewan yang berhawa dingin dan selesa. Kalau korang tanya adakah aku akan recommend untuk berbuka disini, jawapan aku YA! 



Sama ada di Lugar De La Boda atau di Ambassador Putrajaya kedua-duanya terbaik dan mempunyai menu yang sama dan harga yang sama. Bezanya cumalah lokasi ya. So sekarang ni aku difahamkan tengah ada promosi , selagi tak close, better korang tempah sekarang! 


Harga Early Bird

Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00

Harga Walk-in 

Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00

Special Price

RM580 
1x meja (10 pax)

Lugar De La Boda 




Persiaran Prima Utama, Taman Puchong
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100, Puchong

Tel : 016-6700471 (Sarah)
        016-3111074 (Zuraini)
        016-4318434 (Liana)
        016-6700473 (Atul)

Ambassador Putrajaya 



No 92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Tel : 016-4318434 (Liana)
        016-6700473 (Atul)
        016-6700457 (Farah)
        016-6700471 (Sarah)
        017-2435297 (Fazlin)


To be honest, tekak aku bukanlah tekak makanan Korea, even bila office mate ajak makan ke Restoran Korea, aku dah macam serba salah nak pergi sebab tak berapa berkenan.



SeoulNami Korean BBQ Sama Seperti Di Korea 

Tetapi bila dah pekena di SeoulNami Korean BBQ, hey not bad! Terus fall in love dengan makanan dia biarpun sajiannya berasaskan BBQ dan Grill. Terletak di aras 1, The Garden Mall di Mid Valley City, restoran SeoulNami Korean ini sememangnya asli dari Korea! 



Konsep Panggang Arang 

Segala tekstur dan konsepnya sememangnya sama di Korea dan yang bestnya korang tak perlu ragu-ragu ianya tidak halal kerana disini berkonsepkan mesra muslim dan boleh makan sepuas-puasnya. Bagi aku restoran ini cukup unik ! Sebab apa? Ini kali pertama aku tengok restoran di dalam mall yang menggunakan konsep panggang arang dengan teknologi khas mereka. Cukup canggih! Malah pelbagai sajian dan pilihan turut tersedia. 



Telur Kukus Yang Unik 

Macam hari tu, aku dan beberapa orang blogger lain berkesempatan untuk merasai sendiri SeoulNami BBQ yang dikatakan sama seperti di Korea. 




Sebagai pemulaan, kiteorang disajikan menu kimchi, aneka salad dan juga telur kukus. 



Okay bercakap pasal telur kukus ni, cara penyediaannya cukup unik dimana telur ini sebenarnya telah dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dituangkan ke dalam mangkuk panas dan dimasak sekali lagi di atas dapur mini dihadapan korang. 

Wajib Cuba Famous Chuncheon Chicken

Untuk hidangan utamanya , korang wajib cuba  Famous Chuncheon Chicken yang mempunyai empat pilihan perisa rempahnya. Dan untuk tempoh hari kiteorang sempat merasa  Honey Butter Chicken dan Ganjang Chicken.  




Kalau korang perasan tempat lain, nak grill ayam, daging dan aneka seafood hanya menggunakan satu dapur grill bukan? 



Tetapi tidak di sini! Untuk ayam dan daging kedua-duanya dipanggang di atas dapur arang yang berbeza. Alasan mereka adalah kerana ingin mengekalkan rasa perapan bahan-bahannya. 



Untuk daging, maybe aku boleh syorkan korang ambil Beef Platter yang mempunyai  cara hirisannya yang berbeza. Cara makannya, panggang dan terus makan barulah sedap!





Aneka Pilihan 

Any seafood lover here? Kalau ada kita geng kecuali ikan sebab aku tak makan ikan! Hahahah serious Spicy Octopus wajib berada dalam list korang. Rasa panggang manis pedas dia boleh buatkan korang terleka weh. 



Kalau korang rasa macam nak heavy sikit dan nak unik korang boleh order Fist Rice dan Fire Ramyeon. Fist rice ni merupakan kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. 





Kesemua bahan ini akan digaul dan dibulat-bulatkan. Untuk yang suka pedas, amaran yer sebab Fire Ramyeon ni pedas gilos ala-ala mee segera Korea yang famous itu. 




Pilihan Minuman 

So pastikan air yang disediakan disini,  Out-of-This-World Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda dan Fizzy Sour Plum Cooler siap sedia dipesan.  Kalau ditanya aku, maybe Banana Uyu dengan Sour Plum menjadi pilihan! 



Pencuci Mulut Unik

Sebagai penutup,  pastikan pencuci mulut pilihan ramai  Charcoal Burnt Cheesecake berada dalam list korang.  Cara memasak dia pun unik. 




sebab ianya akan dipanggang bersama arang dibawah pemanggang ayam dan daging tadi selama 10 minit. Jangan risau, kerana jam akan turut disediakan untuk pastikan korang tak overcooked bagai. 

Harga Menu 

  • Honey Butter Chicken - RM59.00
  • Ganjang Chicken - RM59.00
  • Beef Platter - RM119
  • Spicy Octopus - RM39.00
  • Fist Rice - RM29.00
  • Fire Ramyeon - RM39.00
  • Kimchi Trio - RM29.00
  • Binggrae Banana Uyu Colada -  Rm24.00
  • Fizzy Sour Plum Cooler -  RM19.00 
  • Out-of-This-World Lemonade - RM24.00
  •  Sparkling Orange Cream Soda -  RM19.00
  • Charcoal Burnt Cheesecake - RM12.00




Untuk harga mungkin ianya agak sedikit mahal, tapi perlu diingatkan ianya adalah kategori premium sama seperti di Korea.  Buat apa kena pergi Korea, kalau boleh makan di The Garden Mall, bossku! hahahaa jangan lupa untuk cuba sendiri okay! 

Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku ke pulau peranginan terkenal, Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu.  Sebagai rekod, sepanjang tiga kali ini, dua kali aku pilih untuk menginap di tempat yang sama. 


 Pertama kali bila tahu dapat jemputan ke kota seni Bangka Belitung Indonesia, aku tersangatlah teruja sebab sebelum ini nampak ramai kawan-kawan mula berkongsi mengenai keindahan Belitung. 

Susulan dari artikel mengenai lokasi atau pilihan untuk berbuka puasa bagi tahun 2019, suka untuk aku cakap restoran ini mendahului senarai carta aku untuk lokasi berbuka puasa paling sedap 2019. 



Nate' Bistro Atasi Hotel Terkemuka 

Biarpun sekadar restoran, namun sajian yang disediakan di Nate' Bistro ini ternyata berjaya menambat selera aku berbanding dengan hotel-hotel terkemuka yang aku dah review sebelum ini. Nate' Bistro (disebut sebagai Net bukan Natey ye) yang terletak di Ara Damansara , dibelakang Citta Mall ini sebenarnya sudah masuk tahun ketiga operasinya. 



Kenapa aku cakap dekat sini paling sedap? Sebabnya aku sendiri dah cuba rasa masakan disini. Biarpun tengah diet, tapi disebabkan suapan pertama tu aku dah jatuh hati, hampir semua menu disini aku cuba sebab nak dapatkan kepastian. 

Bertemakan Selera Kampung

Hasilnya? 90% aku boleh cakap menu yang disediakan sememangnya unik dan sedap! Seronoknya berbuka disini sebab sajiannya bertemakan selera kampung. Jadi pelbagai aneka juadah yang jarang dapat dilihat akan disediakan. 








Menu wajib cuba? bagi aku murtabak, aneka lauk kampung dia wajib berada dalam list! Bubur lambuk dia pun korang wajib cuba sebab bahan-bahannya cukup meriah dan sedap! Masakan panas lain seperti char koey tiaw dan Roti John pun memang sedap. Sebagai info, makanan-makanan ini akan bertukar-tukar setiap hari jadi buat korang yang ingin berbuka disini setiap hari confirm tidak akan jemu. 

Lebih Dari 50 Juadah Tersedia 









Pada bulan Ramadhan kelak, lebih dari 50 juadah akan disediakan dan  restoran ini boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Aku difahamkan chef-chef disini sememangnya sudah berpengalaman dan turut menjadi pilihan selebriti dalam menyediakan katering perkahwinan mereka. 

Imam Terawih Tersedia 

Terfikir untuk ruangan solat dan sebagainya? Jangan risau kerana kemudahan disini cukup lengkap malah di bulan ramadhan solat akan diketuai imam yang dilantik dan korang boleh tunaikan solat dengan cukup selesa. Ruangan parkir pun cukup banyakm jadi tidak akan jadi masalah bila korang membuat pilihan untuk berbuka disini. 



Harga untuk review disini cukup berpatutan dan of course ada harga early bird untuk korang dapatkan dengan kadar segera. So far Nate' Bistro aku letakkan di tangga teratas untuk lokasi berbuka puasa paling sedap tahun ini.  Senarai penuh lokasi berbuka aku akan kemaskini menjelang ramadhan kelak! 

Tarikh operasi di bulan ramadhan : 6 Mei hingga 1 Jun 
Masa : 7 petang hingga 10 malam 

Harga Promosi tempahan sehingga 4 Mei : RM55 nett

Harga Selepas Promosi : RM 65 Nett

Kanak-Kanak Berumur bawah 7 tahun : Percuma 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan : 


Tel : 03- 7680 2840