Total Pageviews

Pengalaman & Itinerary Ke Belitung Indonesia


 Pertama kali bila tahu dapat jemputan ke kota seni Bangka Belitung Indonesia, aku tersangatlah teruja sebab sebelum ini nampak ramai kawan-kawan mula berkongsi mengenai keindahan Belitung. 




Thanks to Kisah Tatie sebab recommend nama bekas PA mu ini pada pengelola trip, MTN Getaways  

Menginap Di Aerotel 



Memandangkan perjalanan ke Belitung memerlukan aku untuk tukar flight di Singapore, jadi aku memilih untuk menginap di Aerotel ,KLIA2 terlebih dahulu. Sebenarnya boleh jer flight direct ke Singapore, tapi aku transit di Johor Bahru terlebih dahulu sebab murah RM35 je sehala. 

Kenapa aku suka menginap di Aerotel? 

  • Selesa
  • Flight aku awal pagi jadi tak perlu rushing
  • Segala kelengkapan cukup best! 
  • Selebihnya boleh baca di SINI 


Stuck Di CIQ Johor Bahru Hampir 2 Jam! 

Since flight aku jam 8.30 touchdown di JB, aku confident kengkonon sempat la sampai Changi Airport sebelum 3.30 petang. Tapi sangkaan aku meleset! Percaya atau tak aku sampai di CIQ JB jam 10.30 pagi tapi aku stuck dekat situ 2 jam weh berdiri kemain lama!

Lagi tak best, sebab aku beli tiket online direct ke Changi which is tak banyak macam lain. Yang ada cuma next bus is 1.40PM memang tak sempat nak ke Changi. So melepas lah bas tersebut ya! Plan nak naik Grab, tapi baru teringat takde satu sen pun Singapore Dollar and takde internet bila masuk Singapore. Jem!!!!



Nak tahu aku buat apa? Mujur weh point Grab aku dekat 9 ribu lebih so aku redeem point semua tu untuk RM60 tambang ya wahai pembaca sekalian. Macam mana aku dapat internet di Singapore? Bukan minta orang tau tapi ada cerita lain because the struggle is so real and better I end it up here or else sampai next entry pun citer pasal stuck ni. Hrmm I is sad. 

Perjalanan Ke Bangka Belitung Menaiki Garuda Indonesia 



Untuk ke Bangka Belitung, Korang hanya boleh kesini dengan menaiki Garuda Indonesia sama ada dari Jakarta ataupun Singapura. 



Jadi Singapura lebih dekat kerana perjalanan hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan menaiki pesawat jenis Bombardier. Serius selesa meskipun balik tu bumpy gila sebab cuaca teruk, Fuhh kus semangat bila teringat balik. Overthinking is not good ya!

Makan Malam Di Dua Lokasi 



Tak Belitung lah kalau tak pekena Seafood dia! Untuk makan seafood korang boleh makan di Raja Seafood Belitung.
Ketam dia serius padu! Untuk malam kedua dan ketiga, kiteorang makan di Belitong Timpo Dulu. Sajian dia memang disediakan unik ada gaya dan adatnya. Sedap pun sedap tau!  Yang ni nanti aku kongsikan ya termasuk untuk lunch nanti! 

Hari Pertama 



Untuk hari pertama tak ada sangat, just check in dan makan sebab penat kan? So ada la chance untuk berehat sebelum tour keesokan hari nya. 

Hari Kedua 

Vihara Dewi Kwan Im 



Keesokannya kiteorang ke Vihara Dewi Kwan Im dan Burung Mandi Beach. Basically bagi aku sini tak ada apa sangat tapi for the first time ke Belitong why not kan sebab dekat tempat ini ada sejarahnya. 



Pantai Burung Mandi 

Sama juga dengan pantai Burung Mandi. Walaupun sekilas pandang macam tiada apa-apa tapi sebenarnya tersingkap sebuah rahsia di sebalik namanya. 





Ini kerana kebanyakan bot disini telah diukir dengan bentuk kepala burung-burung. Kalau kena dengan cuaca, tempat ni sesuai sangat jadi port Instagram. 

Kampong Ahok




Selepas lunch di Fega Restaurant, kiteorang ke Kampong Ahok. Disini rumah asal gabenor Indonesia masih kekal utuh dan dijadikan sebagai muzium untuk dilawati. Kalau tadi port Instagram, ni pula untuk korang yang sukakan sejarah. 

Muzium KATA 



Untuk dua lokasi seterusnya korang wajib masukkan dalam list! Pendek kata tak Belitung lah kalau tak kesini. Yang pertama kiteorang singgah ke Muzium KATA , sebuah muzium yang penuh warna warni!  Dahulunya, muzium ini merupakan rumah kelahiran penulis novel Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata. 






Di sebalik warna -warni muzium ini, turut tersemat kata-kata dan hikmat puitis dari Andrea sendiri. Di muzium ini, bayaran sebanyak  RP 50 Juta dikenakan

Rumah Replika Laskar Pelangi 



Tarikan utama Belitung adalah Rumah Replika Laskar Pelangi. Dikatakan Belitung terkenal kerana sebuah filem yang berjudul Laskar Pelangi mendapat pengiktirafan yang cukup membanggakan. 







Disini sebenarnya adalah sebuah sekolah. Segala bentuk dan susunannya masih lagi dikekalkan, cumanya sekolah yang sebenar telah dipindahkan ke sebuah lokasi yang lain. Klasik weh! 



Selepas penat berjalan bagai, kiteorang singgah makan malam di Restoran Belitung Timpo Duluk. Ada banyak benda aku nak kongsikan dengan korang mengenai restoran ini sebab dia cukup unik, apa pun itu akan aku kongsikan dalam sebuah artikel khas mengenai senarai restoran sedap di Belitung. 

Hari Ketiga 

Jujur aku cakap permulaan hari ketiga ini kurang gembira dan penuh dengan dilema. Manakan tidak, pada pagi itu, kiteorang dikejutkan dengan khabar bahawa Indonesia sekali lagi dilanda Tsunami di Tanjung Pinang. Lebih menakutkan, kawasan itu tidaklah jauh mana dengan Belitung hanya beberapa jam sahaja dari situ. 




Memandangkan perancangan awal adalah untuk membuat Island Hoping, kiteorang diberi pilihan untuk teruskan aktiviti atau mengikut aktiviti lain iaitu melawati beberapa kawasan sekitar Belitung. Thanks to MTN Getaways yang cekap mengendalikan situasi. Oleh kerana aku dah excited nak buat Island Hoping, aku teruskan juga niat tersebut biarpun dalam hati takut gila dan berdoa semoga tiada apa yang buruk berlaku sepanjang kami lakukan aktiviti. 

Island Hoping 

Alhamdulillah, doa diperkenakan dan cuaca sangat okay biarpun laut sedikit bergelora. Kiteorang sempat melawati beberapa pulau dan pantai yang bagi aku cukup cantik! Antaranya Pantai Tanjung Tinggi, Pantai Tanjung Kelayang dan Pulau Lengkuas. 


yer si Alif ni tengah lepaskan anak penyu which is one of the activity yang korang boleh contribute dekat sini, 



Dalam senarai Island Hoping of course Pulau Lengkuas menjadi pilihan aku. Sebabnya, dekat sini ada banyak gila port untuk bergambar, pantai yang cantik dan dekat sini korang boleh alas perut dan menikmati air kelapa yang segar sambil menikmati pemandangan yang bagi aku cukup indah! 



Cumanya, trip kiteorang kurang bernasib baik berbanding kumpulan terdahulu sebabnya kiteorang tak dapat nak ambil gambar air yang tenang memandangkan laut bergelora. Apa pun, masih berpuas hati sebab dapat kesini dan  kalau diberi peluang of course nak repeat lagi! 




Actually dalam aktiviti Island Hoping ,ada lagi tempat untuk dituju iaitu Goa Kepayang. Tapi memandangkan si Ain Edruce dah sakit perut, so aku pun ambil keputusan untuk teman dia balik ke jeti. Buat hal perempuan ni!LOL 

Hari Keempat 

Biarpun hari ini adalah hari terakhir, tapi kiteorang sempat singgah beberapa lokasi dan tarikan sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 



Antaranya kiteorang sempat ke Danau Kaolin! Nampak cantik kan? Hakikatnya panaih gila weh bahang hahaha demi sekeping gambar takda hal. Okay tipu disitu banyak keping sebenarnya. 


Danau Kaolin



Kalau nak tahu Danau Kaolin ni sebenarnya bekas lombong tapi jadi tarikan sebab dia berwarna biru persis Kawah putih di Bandung pula kan? 



Dan persinggahan terakhir kiteorang adalah menikmati Mee Belitung di  Hotel Hangar 21. Nampak daun disitu kan? Actually tu tarikan dan wajib diletakkan untuk pastikan Mee Belitung lengkap dihidangkan. Nak tahu sedap ke idak sila tunggu artikel seterusnya ya! 

Itu sahaja perkongsian kali ini, walaupun aku terpaksa tulis balik sebab artikel terdahulu dah hilang , sapa yang dah baca wajib buat-buat excited okay! 

Terima kasih MTN Getaway kerana sudi bawa kiteorang yang riuh rendah ni ke Pulau Belitung yang indah gilos! Siapa nak kesini, boleh dapatkan khidmat mereka. Best! 


No comments: