SeoulNami Korean BBQ Restoran Korea Sedap Di The Garden Mall

To be honest, tekak aku bukanlah tekak makanan Korea, even bila office mate ajak makan ke Restoran Korea, aku dah macam serba salah nak pergi sebab tak berapa berkenan.



SeoulNami Korean BBQ Sama Seperti Di Korea 

Tetapi bila dah pekena di SeoulNami Korean BBQ, hey not bad! Terus fall in love dengan makanan dia biarpun sajiannya berasaskan BBQ dan Grill. Terletak di aras 1, The Garden Mall di Mid Valley City, restoran SeoulNami Korean ini sememangnya asli dari Korea! 



Konsep Panggang Arang 

Segala tekstur dan konsepnya sememangnya sama di Korea dan yang bestnya korang tak perlu ragu-ragu ianya tidak halal kerana disini berkonsepkan mesra muslim dan boleh makan sepuas-puasnya. Bagi aku restoran ini cukup unik ! Sebab apa? Ini kali pertama aku tengok restoran di dalam mall yang menggunakan konsep panggang arang dengan teknologi khas mereka. Cukup canggih! Malah pelbagai sajian dan pilihan turut tersedia. 



Telur Kukus Yang Unik 

Macam hari tu, aku dan beberapa orang blogger lain berkesempatan untuk merasai sendiri SeoulNami BBQ yang dikatakan sama seperti di Korea. 




Sebagai pemulaan, kiteorang disajikan menu kimchi, aneka salad dan juga telur kukus. 



Okay bercakap pasal telur kukus ni, cara penyediaannya cukup unik dimana telur ini sebenarnya telah dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dituangkan ke dalam mangkuk panas dan dimasak sekali lagi di atas dapur mini dihadapan korang. 

Wajib Cuba Famous Chuncheon Chicken

Untuk hidangan utamanya , korang wajib cuba  Famous Chuncheon Chicken yang mempunyai empat pilihan perisa rempahnya. Dan untuk tempoh hari kiteorang sempat merasa  Honey Butter Chicken dan Ganjang Chicken.  




Kalau korang perasan tempat lain, nak grill ayam, daging dan aneka seafood hanya menggunakan satu dapur grill bukan? 



Tetapi tidak di sini! Untuk ayam dan daging kedua-duanya dipanggang di atas dapur arang yang berbeza. Alasan mereka adalah kerana ingin mengekalkan rasa perapan bahan-bahannya. 



Untuk daging, maybe aku boleh syorkan korang ambil Beef Platter yang mempunyai  cara hirisannya yang berbeza. Cara makannya, panggang dan terus makan barulah sedap!





Aneka Pilihan 

Any seafood lover here? Kalau ada kita geng kecuali ikan sebab aku tak makan ikan! Hahahah serious Spicy Octopus wajib berada dalam list korang. Rasa panggang manis pedas dia boleh buatkan korang terleka weh. 



Kalau korang rasa macam nak heavy sikit dan nak unik korang boleh order Fist Rice dan Fire Ramyeon. Fist rice ni merupakan kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. 





Kesemua bahan ini akan digaul dan dibulat-bulatkan. Untuk yang suka pedas, amaran yer sebab Fire Ramyeon ni pedas gilos ala-ala mee segera Korea yang famous itu. 




Pilihan Minuman 

So pastikan air yang disediakan disini,  Out-of-This-World Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda dan Fizzy Sour Plum Cooler siap sedia dipesan.  Kalau ditanya aku, maybe Banana Uyu dengan Sour Plum menjadi pilihan! 



Pencuci Mulut Unik

Sebagai penutup,  pastikan pencuci mulut pilihan ramai  Charcoal Burnt Cheesecake berada dalam list korang.  Cara memasak dia pun unik. 




sebab ianya akan dipanggang bersama arang dibawah pemanggang ayam dan daging tadi selama 10 minit. Jangan risau, kerana jam akan turut disediakan untuk pastikan korang tak overcooked bagai. 

Harga Menu 

  • Honey Butter Chicken - RM59.00
  • Ganjang Chicken - RM59.00
  • Beef Platter - RM119
  • Spicy Octopus - RM39.00
  • Fist Rice - RM29.00
  • Fire Ramyeon - RM39.00
  • Kimchi Trio - RM29.00
  • Binggrae Banana Uyu Colada -  Rm24.00
  • Fizzy Sour Plum Cooler -  RM19.00 
  • Out-of-This-World Lemonade - RM24.00
  •  Sparkling Orange Cream Soda -  RM19.00
  • Charcoal Burnt Cheesecake - RM12.00




Untuk harga mungkin ianya agak sedikit mahal, tapi perlu diingatkan ianya adalah kategori premium sama seperti di Korea.  Buat apa kena pergi Korea, kalau boleh makan di The Garden Mall, bossku! hahahaa jangan lupa untuk cuba sendiri okay! 

21 comments:

CXopportunities said...

Wow! Tak pernah lagi pergi ke restoran makanan korea 100%. Waima boleh dan reti makan makanan korea tetapi tak semua cx dah rasa. Hahaha! Nampak sangat menarik dan harga pon berbaloi. Boleh cuba ni nanti. Kot ada rezeki lebih, boleh bawa famili waima suami bukan sejenis tekak dan lidah korea. Hahaha

Sizzling Suzai said...

ya Allah seriouslah rtu tgk si piqah share pun i telan liur!! yg sotong tu omg haaaaaaaaaaaaaaaaa nmpk sedap gler andwae yo!!! nk kena g try before ramadhan ni nt ramai x kose!!

el said...

selalu tengok dalam drama2 korea depa duk makan bako2 dengan paip beso tu kan hahaha..ni fefeling kat korea pun boleh juga..syoklah dpt makan makanan korea mcm ni..harap2 adalah bukak kat penang nanti

cindyrina said...

Like heaven betul for peninat makanan korea tegar macam I. Sedapnye yg fist rice tu. I nak datang try la makan kat sini.

Qaseh Dalia said...

Tak di nafikan harga dia bapak mahal haha tapi bila tengok menu tu ermm sedapnyaaa sobsss

Hizami Li said...

wah patutlah khai kurus ibarat seorang naomi campbell. rupanya inilah rahsia dia! makanan kukus dan bakar saja. tiada menu gorengan dan berminyak. nak kena selalu makan kat seoul nami ni lah. dengan harapan dapat potongan pinggang khai sebelum raya.

Mama Kembar Tiga said...

Tak pernah lagi try makan kat situ, nanti boleh laa pi. I memang suka makanan Korea.

Rozita Ceritaita said...

sedapnya makanan korea! eh ada bingsu tak kat sini?

Fadzi Razak said...

Coolnya tempat dia. Nampak macam sebijik dalam cerita korea tu kan. Kalau sape sape yang minat korea, kene pergi at least sekali dekat sini nak feeling feeling korea

Nina Mirza said...

Kita yang belum pi korea ni tengok menunya pun dah rasa macam ada kat Korea. Restoran style gini memang kena pi sekali sekala reward diri. Sekurangnya walau belum pi korea kita dah rasa menu sebenat korea hokkeyyhh... Kannnnn??
Gril grill buat kita terliur. Huhuuuu

Kayathre said...

Yummy!! Korean bbq memang favourite saya. Tapi belum pernah try tempat ini. Next time should go here.

Zharif Azis said...

memang sedap makan BBQ kat sini. rasa macam berada di korea. suasana yg best dan tempat bbq yang canggih. harga pon berpatutan dan yang penting rasanya sangat sedap. bila nak buat gathering lagi nie ?

Slumber Lady said...

Bukanlah peminat makanan korea. tapi tengok aneka menu ni macam menarik untuk dicuba. hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

lama x makan makanan korea jadi rindu pulak tu..suka denganhirisan daging tu nipis..kalau bakar panas2 memangs edap..and kelainan kat restoran ni..air dia nampak semua sedap2

Tengkubutang said...

tak pernah sampai lagi kat the garden mall ni.. mesti eksklusif kan tempatnya.. makan pun nampak best sebab sedap je tengok awak makan.. hehehe

Syamimi Saad said...

Disaat perut lapar, tengok pulak gambar makanan
Aduh menggoda betul la..
Walaupun jenis tak reti makan makanan gini, terus rasa macam srdapnya kalau dapat rasa ni..

Thirteen said...

Ramai dah piii kita tengok. Kita nak pi tak jejak2 lagi. Nak rasa jugak makan korean food ada cerowong tu baru feel feel korea. Makanan i dah siap set mana i nak dahhh.

Cik Min said...

Heyyy awas yeee buat kita terliur..kita paling suka fist rice tu wakkkk..sedap nak matey nasi tu. pastu yg balut2 tu opkos i suka cuma mee pedas dia i kureng sebab manis tp overall semua makanan dia sedap haha

essen ikan mas galatama said...

nice informasinya kawan,..

penaberkala said...

Beef platter tu nampak mengancam. Tak sabar nak gi try sendiri makan kat sini. Nampak makanan kat sini semua best dan menggiurkan. Huwarghgggg

Seb baik dekat je, pi Midvalley nanti boleh singgah try

Hanny Abdullh said...

Serious memang swdap makanan kat sini. Kalau org ajak lagi memang sis nak pergi, never say no utk tempat ni. Daging n ayam dia swdap.. cheese kek dia mmg terbaik