Total Pageviews

5 Tips Jimat Bajet Menjelang Hari Raya Aidilfitri


Pejam celik siapa sangka kita dah masuk ke penggal kedua bulan Ramadan. Dengan masuknya penggal kedua, ini bermakna seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 5 Jun ini. Oleh itu, aku berani yakin yang kebanyakan daripada korang semua sedang giat membuat persiapan raya bukan?



Sebelum itu apa je yang korang perlu siapkan untuk raya ini? Pertama sekali of course baju melayu dan baju kurung baharu, aneka kuih-muih, duit raya dan yang paling penting periksa kenderaan korang. Kalau rosak semua itu tak boleh berjalan sakan nanti!. Kalau tengok pada semua senarai ini, semuanya memerlukan satu benda iaitu duit! Tak ada duit tak boleh beli semua ini.

5 Tips Jimat Bajet Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Inilah dilema buat orang dewasa setiap kali nak raya bukan? Manakan tidak, mesti bajet kena keluar lebih sikit pada bulan ini maklumlah bak lirik lagu, setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini! Pening kepala? Nak cut bajet? Nah aku bawakan tips untuk korang jimat bajet di hari raya kelak! Bukan satu tetapi lima untuk korang praktikkan kelak!

1. Senaraikan Kelengkapan



Tipulah kalau korang tak tergoda dengan segala jualan murah yang kebanyakannya telah bermula sejak awal ramadan. Pastikan korang jangan boros berbelanja! Untuk itu,senaraikan terlebih dahulu segala kelengkapan yang perlu untuk elakkan pembaziran. Benda boleh jimat buat apa nak bazir kan? 

2. Masak Sendiri

Kalau nak tahu, kajian menunjukkan terlalu banyak pembaziran berlaku pada bulan Ramadan ini yang melibatkan makanan. Alasan kebanyakan netizen, tiada masa dan malas memasak. Sebenarnya kalau korang masak sendiri terutamanya kuih-kuih raya lagi jimat dan puas hati! Kos nak buat semua ini tidaklah mahal korang boleh je beli secara online. Maybe boleh check Lazada sebab dekat situ banyak peralatan kuih dijual dengan harga murah dan sentiasa ada diskaun. Tips! Korang boleh guna Lazada Voucher untuk shopping 

3. Jual Semula Pakaian Yang Tidak Guna 

Ada diantara kita sebenarnya setiap tahun akan membeli baju baharu sedangkan baju raya tahun lepas masih elok dan jarang sekali dipakai. Mengikut pengalaman aku sendiri baju raya tahun lepas baru sekali sahaja pakai terasa membazir disitu. Ikutkan hati of course tahun ini nak baju baru. Caranya? Jual semula pakaian dahulu! Korang boleh je buat car boot sale atau jual secara online. Kalau tak pun, bersedekahlah pada mereka yang tidak berkemampuan. Bukan sahaja dapat pahala malah menggembirakan hati mereka. 

4. Servis Kenderaan Lebih Awal 

Aku percaya bab ini ramai yang suka buat last minute dengan alasan nak dekat raya nanti mesti harga lebih murah, Okay jangan terpedaya! Kalau korang nak tahu, sebenarnya nak dekat raya nantilah harga dia kadang-kadang akan menjadi berlipat kali ganda! So nak selamat, better korang servis kenderaan bermula dari sekarang,bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. 

5. Beli Pakaian Secara Online 



Last but not least, ini yang aku suka! Sebab sudah lama aku praktikkan tips ini. Siapa sangka kalau korang shopping pakaian secara online korang dapat jimat banyak benda. Bukan setakat masa dan tenaga, yang paling penting korang dapat jimat duit. Dengan ada nya platform online seperti Zalora, korang boleh dapatkan macam-macam jenis pakaian termasuk baju melayu dan baju kurung.  Dekat sana pun ada promosi dan Zalora promo code. So kalau nak shopping make sure korang guna code ini ya! Jangan cakap abam tak belanja! 

1 comment:

Raz said...

tips yang bagus!