Total Pageviews

Baju Raya Murah : Jakel Tawarkan Sehingga Saiz 5XL

Aku berani cakap yang sekarang dah ramai buat persiapan untuk raya kan?  Jika dahulu orang akan membeli kain ela untuk membuat baju raya, sekarang mudah sebab dah ada baju sepasang siap especially korang yang nak sedondon di hari raya kelak. 




Jakel Pillihan Ramai 

Bila nak berbelanja mesti nak cari baju raya murah kan? Rasanya dah tak perlu diperkenalkan lagi mengenai Jakel, pusat pakaian untuk semua golongan! Pendek kata One stop centre yang wajib dikunjungi untuk mencari baju baik lelaki atau perempuan mahupun saiz kanak-kanak hinggalah ke dewasa. 

Duta Jakel 2019 



Sebelum aku bercakap dengan lebih lanjut mengenai baju di Jakel, seperti tahun-tahun sebelumnya Jakel telah memperkenalkan beberapa orang duta mereka. Pada tahun ini, Jakel mengekalkan majoriti daripada duta mereka iaitu Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Upin Ipin serta turut memperkenalkan duta terbaru mereka iaitu Abam Bocey.

Saiz Hingga 5XL 



Dengan pengenalan Abam sebagai duta ini merupakan khabar gembira buat korang bersaiz besar kerana baju melayu koleksi Abam Bocey  dibuat sehingga sehingga 5XL. Jadi dah tak perlu risau! Untuk tempoh hari untung tau sebab Jakel Shah Alam memberikan baucar Baju Raya percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju Melayu bernilai RM150, siap ada duta-duta mereka lagi! 

So apa yang uniknya mengenai baju melayu dan baju kurung mereka? Nah aku ringkaskan disini 

Baju Melayu Aaron Aziz 



Sukakan kemasan dan selesa? Koleksi Aaron Aziz adalah sememangnya untuk korang kerana terdapat perbezaam dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Pilihan Aaron? Semestinya warna Emerald Green

Baju Melayu Nabil Ahmad 


Untuk remaja, ini pasti korang suka kerana Baju Melayu Nabil berkonsep moden kontemporari iaitu potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket. 



Malah terdapat perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve).

Baju Melayu Awal Ashaari 



Untuk yang sudah berkeluarga mungkin Koleksi Awal Ashaari sesuai untuk korang kerana ianya lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan berkeyakinan.

Baju Melayu Hairul Azreen 



Smart! Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga

Baju Melayu Abam Bocey

Siapa cakap orang berbadan besar tidak boleh pakai cekak musang? Buktinya lihat sahaja pada Abam. cukup segak kerana plus size ini disediakan untuk mereka yang bersaiz sehingga 5XL

Baju Kurung Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha


Masih mengekalkan tiga selebriti ini sebagai duta, koleksi baju kurung di bawah koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria dan moden.

Kurta Awal Ashaari, Nabil & Hairul Azreen 



Tak nak Baju Melayu? Jangan risau kerana terdapat juga koleksi kurta untuk dipilih sempena raya pada tahun ini. Koleksi kurta yang menarik pastinya menjadi pilihan bagi  korang yang inginkan kemasan dan juga keselesaan.

Pakaian Kanak-kanak Upin Ipin, Lara Alana dan Yusof Iskandar 



Tampil glamour di hari raya dengan menggayakan anak-anak korang dengan pilihan eksklusif dari Upin Ipin, Lara Alana dan Yusof Iskandar 

Jakel Kini Tawar Pembelian Secara Online 

Tak ada masa? Ini berita baik buat korang kerana Jakel dah lancarkan laman web dorang untuk korang beli secara online weh! Mudah kan? Plus diskaun yang ditawarkan di kedai pun sama je dalam laman web ini. 



So jangan cakap abam tak payung! Sila ke pusat Jakel berhampiran atau pesan je secara online. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari 


1 comment:

#JMBELOG said...

CANTIK DAN MENARIK...

SALAM RAMADHAN...