Nak Berbuka Macam Raja? Hotel Hilton KL Adalah Jawapannya!

Ramadan tiba..Ramadan tiba!  Dah bersedia untuk puasa? Okay aku berani bet semua dah bersedia kan? Selain beribadah, menu di bulan puasa juga antara yang dinanti-nantikan kerana sesuatu yang unik dan berlainan akan cuba disampaikan oleh pelbagai tempat dan hotel termasuklah Hotel Hilton Kuala Lumpur ini. 

Tema Santapan Diraja 




Kalau korang ada bajet lebih sedikit, apa kata berbelanja dengan berbuka disini sebabnya Hilton KL menyajikan menu bertemakan Santapan Diraja! OMG aku sendiri dah pergi weh time review memang aku suka gila sebab selain menu utama yang pelbagai, kuih-kuih melayu pun banyak! Jujur aku cakap, makanan berat aku kurang sikit tapi lately ni aku makin suka makan kuih melayu. 

Aneka Makanan Diraja 

Sebelum tu aku nak highlight pasal makanan utama dia.  Pelbagai jenis makanan akan tersedia kelak antaranya adalah Urap Pengaga Bersama Udang Batu Jemala, Belut Goreng Berbawang Dan Chili Padi Batu Sangkar, Ayam Masak Rendang Cili api Istana Menanti, Ikan Mayong Asam Pedas Dengan Bendi Istana Melaka, Pais Ikan Patin Tempoyak Istana Abu Bakar , Udang Harimau Masak Merah Istana Bukit Serene , Daging Masak Kerutup Dengan Kerisik Istana Balai Besar dan banyak lagi! 






Syurga Kuih Melayu 

Bercakap pasal aneka kuih dia fuh inilah syurganya! Dimana hampir kesemua kuih-kuih traditional ada disini. Kalau korang tanya aku apa kekuatan Hilton KL pada tahun ini, aku akan jawab kuihnya! 





Kuih Akok, Apam Puteri Ayu, Apam Gula Merah, Bingka Ubi, Cara Manis, Cara Berlauk, Cucur Badak, Kole Kacang, Kuih Lapis, Kuih Seri Muka, Bakar, Keria, Lompat Tikam, Puteri Mandi, Talam Ubi, Kuih Koci, Lepat Pisang, Lepat Ubi,Tepung Bungkus.Pudding Raja antara kuih yang akan tersedia. 

Persembahan Silat 

Jumlah keseluruhan makanan yang disediakan adalah menjangkau sebanyak 300 jenis! Menariknya lagi setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu ada persembahan silat okay! So untuk korang yang nak berbuka disini, Hilton KL bersedia menerima kunjungan korang bermula 5 Mei hingga 4 Jun dari jam 6 petang hingga 10.30 malam. Harganya? 

Dewasa : RM188 nett 
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) : RM100

Untuk tempahan : 
Tel - +603 2264 2264 


No comments: