The Everly Hotel Putrajaya Tempat Berbuka Wajib Setiap Tahun

Pejam celik pejam celik dah nak raya! Sekejap sahaja masa berlalu bukan? So korang dah buat persiapan raya? Macam mana dengan puasa korang selama ini ? Harap jangan ada yang pontenglah ya.

Pengalaman Berbuka Di The Everly Hotel Putrajaya 



Sepanjang Ramadan, aku akui pelbagai lokasi untuk berbuka telah aku kunjungi. Ada yang menarik dan tidak kurang juga yang biasa-biasa sahaja. Salah satu hotel atau lokasi tempat berbuka yang aku kunjungi tahun ini adalah The Everly Hotel Putrajaya. 

Kalau nak tahu, tahun ini dua kali aku ke sini untuk berbuka. Jujur aku cakap kedua-dua kunjungan aku kesini memberi pengalaman yang berbeza. Buat yang follow blog aku, mesti perasan ini merupakan tahun ketiga aku kesini.

Kunjungan kali pertama aku terus terang terasa sedikit kecewa. Sebab apa? Rasa dan pilihannya tidaklah terlalu menarik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Oh ya aku pernah letakkan The Everly sebagai salah satu tempat berbuka terbaik. Jadi masa preview tempoh hari selepas merasa beberapa makanan, aku tak nak la letakkan harapan yang tinggi kan? 





So kali kedua aku kesini, memang puas hati dan gembira! Sesuai sangat dengan mood yang ketika itu lapar. Kenaapa best? Sebab pilihan dia cukup pelbagai, cukup rasa dan layanan cukup mesra. Pendek kata semuanya perfect. Kira baguslah sebab pada hari sebenar dorang banyak penambahbaikan berbanding dengan time preview. Tidaklah orang kata hanya jemput makan semata-mata kan? 

Makanan Yang Patut Dikekalkan 





Bila dah tahun ketiga aku dekat sini, apa yang aku boleh simpulkan? Haa to be honest aku nak dorang kekalkan 

- bubur lambuk
- mee rebus daging 
- shawarma 
- aneka gorengan 
- satay 
- lauk-pauk kampung 

sebabnya ini antara menu yang bagi aku sedap sangat dan bertambah ya! Oh satu lagi kalau boleh kuih-muih pelbagaikan, confirm ramai yang akan datang kesini! Hopefully tahun depan adalah rezeki untuk kesini lagi. Korang pun make sure masukkan hotel ni dalam list ya! Selamat Hari Raya korang~ 

Untuk maklumat lanjut layari 

Facebook : The Everly Hotel Putrajaya 

No comments: