Total Pageviews

Hotel Le Meridien Putrajaya Berhantu?

Baru-baru ini aku ada terbaca di sebuah forum yang mengatakan bahawa terdapat salah sebuah hotel terkemuka di Putrajaya berhantu! Biar betul weh! 





Nak dijadikan cerita aku kebetulan check-in dekat Le Meridien Putrajaya. Fuhh nebes pula bila tak tahu hotel mana yang dorang cakap berhantu. So masa tempoh hari aku sendiri menginap di sana selama 2 Hari 1 Malam. So malam tu aku kena ganggu tak? Betul ke berhantu? Jawapannya...

Pengalaman Menginap Di Le Meridien Putrajaya 

TAK! LOL siapa yang cakap Le Meridien Putrajaya ini berhantu korang ni pandai-pandai je. Pendek cerita korang pergi je lah mana-mana sekali pun kalau dia nak ganggu, korang tetap akan juga kena. So berbalik pada Le Meridien Putrajaya, aku nak kongsikan sedikit pengalaman menginap di hotel 5 bintang ini. 

Pelbagai Kemudahan 



Bagi aku Le Meridien Putrajaya benar-benar strategik! Baik dari segi lokasi, kemudahan dan keselesaannya.Rasanya ramai sudah sedia maklum bahawa Le Meridien ini terletak bersebelahan dan saling berhubung dengan IOI Putrajaya. So nak shopping? nak tengok wayang tengah malam? Tak payah risau weh sebab alang-alang korang dah check in dekat sini, anytime je boleh pergi ke mall ini. 

District 21 Salah Satu Tarikan 



Kalau nak tahu kebanyakan pengunjung akan menginap disini kerana mudah untuk berurusan dengan pusat pentadbiran di Putrajaya malah ramai kenamaan akan turut menginap disini. Selain itu, disebabkan salah satu tarikan di IOI Mall sendiri iaitu indoor extreme park -  District 21 membuatkan ramai memilih hotel ini sebagai lokasi penginapan mereka. 

Bilik Dilengkapi Le Meridien Bed



Bercakap mengenai kemudahan lain di Le Meridien Putrajaya, diorang ada 353 bilik yang stylish yang mana setiap bilik dilengkapi dengan  Le Meridien Bed . Serius cakap aku sangat particular pasal bantal dan katil, so this one aku bagi 5 bintang untuk keselesaan sesuai dengan taraf hotel ini. Malah view juga memperlihatkan city atau garden view tau. Macam bilik aku, menghadap garden view sekali imbas macam lukisan pula . 



Selain mempunyai kemudahan kolam renang, akses gym 24 jam. Le Meridien Putrajaya juga sering kali menjadi pilihan 'business trip' dan tidak hairanlah hotel ini menyediakan 15 bilik mensyuarat. Tempoh hari masa aku check -in ternampak Menteri Belia & Sukan , YB Syed Saddiq datang lunch dan sini dan turut menyapa beberapa orang staff disini. Agaknya sebab dah sering kesini menyebabkan beliau mengenali mereka. 




Makanan Sedap-Sedap Belaka!

Makanan pula macam mana? Okay ke tak? Jujur aku cakap kalau menjelang Ramadan, aku suka ke sini sebab mempunyai banyak pilihan terutama Seafood. So baru-baru ini aku kesini and guess what? Suasana dia hampir sama waktu Ramadan! 




Banyak gila choice makanan weh and sedap-sedap belaka. Malah aku turut sempat lunch Chinese cuisine di restoran Le Mei , salah satu restoran yang ada dekat sini. Yang itu aku akan kongsikan dalam next artikel termasuklah pengalaman pertama kali mencuba salted egg ice-cream! 



Overall aku memang highly recommend pada korang yang pentingkan keselesaan yang maksimum untuk stay di Le Méridien. Namakan saja apa sahaja disini, segalanya premium dan dijaga rapi. Biarpun harga agak sedikit mahal, namun why not untuk selesa kan? 

Untuk tempahan korang boleh hubungi atau ke laman web mereka ya! 

tel : 06 8689 6888
Web : www.lemeridien.com/putrajaya 

18 comments:

My New Blogger said...

memang ber star-star la hotel nyer...
memang puas hati!!!

Julia Mahir said...

Luasnya bilik dia! Nampak kemas pulak tu dengan sofa kat tepi tu boleh lepak-lepak. Dah la ada bath tub pulak tu. Ni kalau bawak anak-anak konfem nak main air taknak keluar-keluar ni. haha!

Ezna Khalili said...

Berhantu ke?. Ish tak pernah dengar pun. Nampak sangat selesa bilik hotelnya ni. Nak pergi shopping pun sebelah ajer. Selalu lalu je hotel ni kalau pergi IOI City Mall. Nanti kena try la menginap kat sini.

Decamellia said...

Rasa nak pergi juga lah hotel tu sekarang juga! Macam best pulak sbb makanan dia nampak sedap belaka. Blh recommend dekat husband klu ada urusan ke sana. Btw tq info bro 👍😊

Nhazla Fikri said...

Hotel berhantu? Haha ok je tengok bilik tu. Kawasan strategik ada la. Bath tub Tu cun betul menghadap tingkap. Tapi bahaya jugak ek. Besar betul tingkap. Macam seksi pun ya. Hihi

shamiera osment said...

Suspen baca ingat Le Meridien berhantu.. haha..tapi memang lawa Le Meridien hotel and hotel area Putrajaya memang kena tiptop sebab ramai vvip datang sana kan.. tetibe terpk lamanya akak tak pergi Putrajaya..makan tahun rasanya..haha

el said...

Wooo igtksn betul2 berhantu..5 bintang kut..x kacau pya haha tp tgok bathtub ngadap view ohsemnyaaa..ishhh kalau honeymoon ni best kihkihkih

Aerill Hassan said...

ada jugak dengan cerita berhantu. kalau nak tahu sendiri mmg kena try stay dululah kan dekat hotel ni. teringin jugak sbenarnya nak stay dkt hotel ni, tapi kena simpan duit dulu. haha masih tak cukup utk bercuti & sebagainya. terima kasih share ya :)

Bonde Zaidalifah said...

Pernah datang makan sempena Buffet Ramadhan dekat sini, tak pernah menginap dekat sini tak sangka cantik dan nampak selesa sekali bilik dekat hotel ni. teruja plan nak booking bilik dekat situ he he he

Mahamahu said...

Le Meridien ini hoel baru memang hantu pun takut nak duduk cuba pergi hotel lain kat Putrajaya wakakakaka.. Ini yang dekat IOI City mall tu kan hurmmm bestnya dapat duduk hotel mewah dan mahal kan....

Nadia Johari said...

wowww macam-macam kemudahan ada..seronok tengok hasihh berehat dekat hotel..hehee..tenang je kan..rasa nak duduk lama2 dekat hotel

Rawlins GLAM said...

Amboi baby.
Masuk kawasan tak bagitau pun.
Pastu stay in tak ajak kita sekali. Boleh honeymoon. Haha

Nadratul Syazwana said...

View dekat bath tub tu bukan main lagi kan hahah. Kita hari-hari pergi kerja lalu IOI City mall. Tak perasan pula bangunan Le Meridien ni. Lagipun rumah dekat-dekat sini tu yang tak merasa hotel berdekatan. Apa pun hotel ni memang nampak exclusive.

Lia Hasty said...

Boleh lah pasni kalau ke Putrajaya singgah tidur semalam kat hotel Le Meredien ni. Banyak kemudahan yang ada dekat pula dengan IOI mall. Insyaallah next time

Slumber Lady said...

puas hatinya hotel le meredien ni. dgn gymnya, facilities nya. dan tak lupa view dia. boleh lah dtg tidur putrajaya bila free. hehe

Fadzi Razak said...

Luas gila bilik die. Even deko dia nampak macam biasa je tapi Fadzi suka dengan luas bilik dia tu. Plus siap ada bath tub lagi. Fadzi kalau pergi hotel ada bath tub, suka berendam lama lama. Pastu ada lah si kenit tu sibuk ketuk pintu tanya mak manaaaa

Tekkaus said...

The hotel looks really beautiful and spacious and not to mention very classy and comfortable. I wish I could have a staycation there one day too.

Syamimi Saad said...

Waaahh.. Bestnyaaa dapat bilik hotel yang mana viewnya lawa diluar tu..
Nampak tenang je bila pandang..
Bila la nak merasa bercuti duduk kat hotel macam tu kan.
Belum pernah rasa lagi