Percaya atau tidak, aku sebagai orang Shah Alam kadang tak tahu tempat apa yang menarik di Shah Alam. Kalau orang tanya, aku cuma boleh cadangkan tempat yang aku selalu pergi dan paling tidak pun Shopping mall. 

Kalau siapa kenal dengan aku memang tahu, bab rambut aku tersangatlah cerewet especially bab gaya. Pernah dulu sebab style gunting salah, aku keluar sepanjang bulan tu pakai cap je. 


Tak Thailand lah kalau pergi ke sana tak pekena Thai Tea yang padu lagi kaw! Bayangkan teh pekat hijau mahupun coklat perang diminum sejuk ketika panas fuhh satu nikmat bukan?
Kalau tahun lepas, sesiapa yang berbelanja minimum RM50 di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah memenangi pelbagai jenis hadiah lumayan termasuk kereta Myvi, tahun 2019 menyaksikan peraduan Dream & Drive Shop & Win menawarkan hadiah lagi lumayan! 

International Franchise & Entrepreneurship Conference 2019, satu lagi usaha jitu Perbadanan Nasional (PNS) dalam memperkasakan industri francais dalam kalangan usahawan terutama dari Malaysia.
Kalau korang nak tahu, ojektif utama IFEC adalah mencipta platform kepada pemain-pemain industri, usahawan dan para pemilik bisnes untuk mempelajari kaedah terkini dalam menguruskan perniagaan masing-masing.


Ilmu-ilmu ini menjadi tangga untuk korang mendaki dan meletakkan bisnes masing-masing ke tahap lebih tinggi.
Jangan tidak tahu, di persidangan ini jugalah para usahawan akan bertemu dengan rangkaian kerja atau networking yang lebih berbaloi atau networthing. Semua yang hadir, bukan calang-calang kerana antara nama-nama yang disebut pernah duduk di meja penasihat ekonomi negara. Hebat kan? 



Apa yang dilakukan oleh PNS ini selari dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yakni menyokong agenda kerajaan dalam pembangunan francais dan keusahawanan.
5 tajuk yang akan dibentangkan ialah Braving The Storm oleh Tan Sri Rafidah Aziz, Franchising & Entrepreneurship (Hsein Naidu – Singapura), Women Entrepreneurship, Innovation & Creativity dan Leadership.
IFEC 2019 akan diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 28 November 2019.
Pendaftaran boleh dilakukan di www.ifecmalaysia.com ! Siapa yang berminat boleh sertai sekarang!