Shopping Dekat Lulu Hypermarket Menang Proton X70!

Kalau tahun lepas, sesiapa yang berbelanja minimum RM50 di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah memenangi pelbagai jenis hadiah lumayan termasuk kereta Myvi, tahun 2019 menyaksikan peraduan Dream & Drive Shop & Win menawarkan hadiah lagi lumayan! 




Bermula Pada 1 Mei 

Mana taknya bermula pada 1 Mei hingga 1 September baru-baru ini,  ramai pelanggan mencuba nasib untuk memenangi hadiah yang ditawarkan termasuklah aku. Malangnya tahun ni tak ada rezeki aku sedih kan? LOL. 

Lebih Dari 250,000 Penyertaaan



Kalau nak tahu,selain hadiah yang lumayan Lulu memberi peluang kepada pelanggan di Lulu Hypermarket Cheras untuk turut serta menjadikannya seramai lebih dari 250,000 orang turut serta. Siapa yang menang tu, memang betul lah rezeki dorang.  Nak tahu hadiah apa yang ditawarkan? Ini senarainya! 

  • Hadiah Utama - 2 Buah Kereta Proton X70
  • Tempat Pertama - 6 Buah Telefon Bimbit iPhone 
  • Tempat Kedua - 6 Buah TV UHD 49' Toshiba 
Untung bukan? Terutamanya yang menang kereta. Tahniah buat En Khairul Hilmi dan Encik Roslee Misman yang bawa pulang kereta X70! Kepada yang tak menang jangan risau cuba lagi tahun depan ya mana tahu korang atau aku pun akan menang? Aminnn!

Amber Chia pun datang tau! 






Promosi Jualan Murah Terus Berlangsung 

Dalam perkembangan lain, jualan murah masih lagi berlangsung macam biasa dan aku pun alang-alang dah datang Lulu of course la shopping sakan! Memang murah. Contohnya yang aku betul-betul ingat, aku beli shaver cream jenama Gillete berharga RM10 je untuk tin besar. Lepas tu bandingkan dengan sebuah farmasi terkenal ni harga dia fuhh lebih sikit dari Lulu yang berharga RM13. 



Lulu Setia City Mall Bakal Dibuka 

Sebelum ini aku berharap agar Lulu Hypermarket akan dibuka berhampiran rumah aku area Shah Alam itu. Sekali guess what? Lulu Hypermarket bakal dibuka di Setia Alam weh!



Happy betul bila dapat tau! Cawangan terbaru Lulu bakal beroperasi pada awal tahun 2020 yang terletak di dalam Setia City Mall. Bukan di Setia Alam sahaja, Lulu juga akan dibuka di Bangi Gateway, Bachang Melaka dan Johor Bahru pada pertengahan 2020. Harap Lulu akan jemput aku lagi ya especially dekat Setia City Mall. Tak sabar! 

No comments: