Total Pageviews

Tempat Gunting Rambut Terbaik Joe's Barbershop Wangsa Maju

Kalau siapa kenal dengan aku memang tahu, bab rambut aku tersangatlah cerewet especially bab gaya. Pernah dulu sebab style gunting salah, aku keluar sepanjang bulan tu pakai cap je. 




Cerewet Pasal Rambut 

So ramai lah yang tanya aku, dekat mana aku selalu gunting rambut. Sebenarnya suka untuk aku suggest kan salon gunting rambut terbaik ini. Biarpun agak jauh dari rumah aku, percaya atau tau salon ini antara sentuhan terbaik pernah aku dapatkan. Kalau dekat confirm its gonna be my favourite salon! 

Joe's Barbershop Pilihan Ramai Anak Muda 



Rasanya bercakap mengenai Joe's Barbershop, ramai yang sudah mengetahuinya. Selain di Shah Alam, aku berpeluang untuk gunting di salah satu cawangan mereka di Wangsa Maju. Pertama kali menjejak masuk ke dalam salon ini, terpegun sekejap aku dengan hiasan dan kekemasan tempat ini. Terdetik juga dalam hati mesti mahal juga gunting kalau dengan konsep salon disini. 




Cawangan Wangsa Maju Tak Menang Tangan 

Masa masuk, aku disapa oleh saudara Luqman yang juga pemilik salon ini. Terkejut juga aku rupanya dia juga merupakan salah seorang daripada barber disini. Masa aku gunting, sempat jugalah aku bersembang beberapa perkara mengenai Joe's Barbershop Wangsa Maju. Aku difahamkan salon ini sudah beberapa tahun dibuka dan sambutan yang diterima sangat mengalakkan. Kalau musim perayaan itu, jangan cakaplah, menurut Luqman sampai tak menang tangan! 



Salon Pilihan Selebriti 

Bercakap mengenai pengalaman aku disini, apa yang aku boleh cakap dorang tersangatlah pentingkan kekemasan. Cakap sahaja gaya apa yang korang nak,insyallah dorang boleh buat. Plus, adalah jarang untuk aku dapat tips penjagaan rambut dari barber yang pernah aku guna sebelum ini.



 Tapi baik Luqman mahupun mereka disini, tak lokek dengan pelbagai tips! Tidak hairanlah ramai selebriti tanah air turut mendapatkan khidmat gunting rambut disini antaranya adalah seperti Zizan Razak,Amar Baharin, Mamak Puteh dan ramai lagi. 



Hanya RM20 

Sebenarnya selain khidmat gunting rambut, korang juga boleh belajar dengan mereka mengenai teknik gunting rambut semua. Caranya cuma sertai kursus di akademi dorang yang telah disediakan dan diajar oleh mereka yang pakar. 



Bagaimana pula dengan harga gunting rambut disini? Walaupun aku cakap dekat sini eksklusif dan nampak elegan percaya atau tidak, caj yang dikenakan hanya RM20! Yes so far kalau dibandingkan dengan kelasnya tersendiri, harga Joe's Barbershop adalah antara yang termurah dan tidak dilupakan sangat selesa! 



Jadi kalau korang ke Wangsa Maju, atau duduk di kawasan berhampiran jangan lupa dapatkan khidmat  Joe's Barbershop Wangsa Maju. Highly recommend! 



Alamat : Joe's barbershop Wangsa Maju, No. 23, Jalan Wangsa Delima 5, KLSC, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur


No comments: