Aku suka betul dengan konsep yang dibuat oleh 1 Mont Kiara apabila pusat membeli belah ini telah melancarkan aplikasi my1MK. 


Jujur aku cakap bila masuk rumah baru ni, lagi malas nak masak! Dah lebih dari sebulan pindah tapi rasa macam baru semalam aku pindah, penat oi.

Bila dah penat, boleh dikatakan setiap hari aku order melalui dakpanda. Mahal tapi nak buat macam mana takkan nak hadap maggi je ye dak. So aku ada lah perasan satu brand ni yang dikenali sebagai LengQuas. Mula-mula aku macam terpegun kejap, first time dengar tapi ada macam-macam produk dia. 


Share your skincare routine! Haaa itulah soalan yang selalu aku dapat daripada orang ramai bila nak tahu apa rahsia kulit aku licin dan bersih. 




Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan cukai pada semua jenis rokok termasuk rokok elektronik yang akan berkuat kuasa pada awal tahun hadapan.


Mencuri perhatian ramai, siapa sangka dengan hanya balang kosong ianya telah dijadikan sebagai dana untuk memulakan perniagaan. Mungkin kedengaran pelik, namun itu antara langkah yang diambil oleh sebuah pertubuhan. 



Oooh Ayamas ! Siapa yang membesar dengan lagu Ayamas kita geng! Sampai sekarang terngiang-ngiang lagu Ayamas ni dalam fikiran aku. Mesti ramai diantara korang fikir dekat kedai Ayamas hanya sekadar ada menu Ayam bukan? 




Aku pun fikir macam itu mula-mula, sampailah pergi sendiri ke kedai Ayamas, fuhhh! Banyak rupanya menu dekat kedai Ayamas ni. Bukan itu sahaja, aku boleh cakap yang menu-menu yang ada disini sedap dan menarik belaka. 


Selain daripada menu utama kedai Ayamas juga menyediakan menu-menu lain seperti Kari Laksa, aneka Pasta, aneka bakeri, Nasi Ayam, menu khas kanak-kanak iaitu  sardine roll dan chicken pie serta banyak lagi. 



Bercakap menu utama, incase korang tak tahu, Ayam bakar Ayamas yang boleh didapati dalam pilihan iaitu Golden, Pepper dan Percik. 


  • Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu

  • Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

  • Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.



Kalau ditanya aku, Pepper dan percik paling aku suka! Sebabnya dua-dua pilihan ini ada nostalgianya tersendiri bagi aku. Setiap kali puasa, mesti aku akan dapatkan dua ekor ayam panggan dalam perisa Pepper dan Percik. Beli satu tak cukup uiii! Ayam panggang Ayamas menjadi kegemaran kiteorang sebab ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus. Memang padu rasa dia weh! 


Menariknya lagi,  kalau korang nak dapatkan produk Ayamas sejuk beku dan ayam mentah sekalipun boleh je beli dekat kedai Ayamas berhampiran korang. Macam aku, baru-baru ini sempat pergi ke kedai Ayamas di Bukit Jelutong Shah Alam dan yang paling penting makan dalam SOP dan kedai dia sangat bersih.



Aku faham mesti korang yang ada family atau kawan-kawan nak lepak tak puas bukan sebab satu meja boleh dua orang je kan? Okay no worries! Apa kata order je secara online menerusi grab food atau food panda dan diorang akan hantar terus ke depan pintu rumah korang! Lebih selesa dan nak makan pun puas kan? 


Nak best lagi, korang beli masa setiap 15 dan 30 haribulan sebab ada diskaun untuk Ayam Panggang, kalau setiap Khamis pula ada promosi “Thursday special” . Kalau rasa nak makan set nasi ayam pula, ada promosi set jimat yang berharga cuma RM10.90 yang didatangkan bersama sebotol air mineral. 


Aku percaya selama lebih 30 tahun beroperasi, korang mesti ada kenangan tersendiri bersama Kedai Ayamas bukan? Apa kata  kongsi kenangan bersama Kedai Ayamas yang mana syaratnya hanya kongsikan gambar korang menikmati hidangan Ayamas, upload di media sosial beserta hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. Jom join sekarang!

Aku percaya,ramai di antara kita sedia maklum sejak Mac lalu yang mana perintah PKP dilaksanakan, kebanyakan peniaga turut terkesan dan pusat membeli-belah pula lenggang tanpa pengunjung disebabkan orang takut untuk keluar dan dijangkiti wabak COVID-19. 


Kalau korang nak cari barang dapur murah atau nak cari hampir segala-galanya adalah murah, apa kata shopping je di Lulu Hypermarket yang mempunyai dua cawangan iaitu di Capsquare Kuala Lumpur dan juga di 1 Shamelin Mall di Cheras. 

Astro dengan berbesar hati melancarkan Pelan A+ SPM, siri seminar akademik khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebagai medium tambahan pembelajaran mereka untuk menjawab peperiksaan kelak. 



Aku nak kongsikan khabar baik buat korang semua! Tak kiralah korang influencer atau tidak, boleh je rebut peluang ini. Aku highlight influencers sebab kerja-kerja diorang ini kan tolong promote macam-macam produk kan? 



Perkenalkan Program Duta 

Kalau nak tahu,  Yoodo yang merupakan jenama telco pertama yang korang boleh customize plan dan 100% dari servis digital ini telah menawarkan pelbagai insiatif termasuklah memperkenalkan Duta Yoodo (Yoodo Ambassador)




Apa yang korang dapat dan macam mana nak jadi duta Yoodo ini? Kalau nak tahu Yoodo akan memberi pelbagai ganjaran kepada korang sekiranya korang promote Yoodo di platform media sosial masing-masing. 

Cara Permohonan Jadi Duta Yoodo 

Nak jadi duta mereka, senang je! korang hanya perlu isi butiran diri korang seperti di bawah dan email kan ke yoodoambassadors@gmail.com. Bila dah hantar, setiap bulan Yoodo akan bagi korang task untuk dibuat. Bila banyak task yang korang buat, banyak point akan dapat! Dekat sini lah makin besar ganjaran korang nanti. 

Untuk permulaan, Yoodo akan menghadiahkan korang voucher dari Shopee once dah complete task. Maka sure pada setiap hujung bulan, korang email Yoodo seperti di atas termasuklah link task yang korang dah untuk dapatkan pengesahan daripada mereka. Yoodo dah janjikan macam-macam ganjaran akan ada nanti bila korang dah buat task so daftar je! 

Contoh Tugasan 
  • Reshare 4 Yoodo posts a month on your own feed/channel – 10 points
  • Share a photo of your Yoodo dashboard (with an active plan or renewal) on social media and encourage your fans to try Yoodo – 5 points
  • Join Yoodo social media contest & share it on your profile – 3 points
  • Comment on 10 of Yoodo posts a month with Positive comments/replies with your personal experience – 15 points
  • Include “I use Yoodo, powered by Celcom” in your own organic content – 3 points 
  • Include “#youdoitbetter” in your own organic relevant social content – 3 points 
  • Write a blogpost about Yoodo (directly/indirectly) and use our hashtags – 15 Points (bloggers only)

Ganjaran

Macam yang aku cakap tadi, untuk permulaan diorang akan bagi Shopee Voucher so untuk korang yang mempunyai followers bawah 10 ribu dan dapat 15 point tugasan di atas, korang secara automatik akan dapat voucher sebanyak RM50.  Buat korang yang ada followers 10 ribu ke atas pulak , korang akan dapat RM80 voucher. 

Haa senang kan? So jom daftar sebagai duta Yoodo sekarang! 


YOODO AMBASSADORS SIGN-UP FORM

Full Name: 


Social Media Link/Handle 1: 

Following:


Social Media Link/Handle 2:

Following:


Social Media Link/Handle 3:

Following:


Suka untuk aku kongsikan sebelum ini aku pernah beberapa kali ke Four Points By Sheraton Puchong. Bukan setakat untuk stay malah aku pernah makan disini termasuklah untuk berbuka puasa. 


Rupanya dah lama aktres dan penyampai radio popular, Sharifah Shahira mencari produk yang boleh melegakan sakit lutut ibunya. 

Baru-baru ini, aku terpaksa Work From Home (WFH) disebabkan tempat yang aku main gym ada kes positif COVID-19. 


Walaupun tak ada simptom, tapi sebagai langkah pencegahan, bos aku suruh buat ujian Swab (Swab Test) COVID-19 dan kerja dari rumah je sebagai langkah-langkah pencegahan. Perlu diingatkan sekarang ini ada kes yang tanpa simptom, dan ada yang dua tiga kali buat ujian barulah disahkan positif.

Pengalaman Swab Test

Memang bahaya! Apatah lagi masa aku taip entry ini jangkitan wabak COVID-19 dalam negara mencatat angka tertinggi sejak Mac lalu iaitu sebanyak 869 kes. Jadi disebabkan aku pernah buat ujian ini, aku nak kongsikan sedikit pengalaman dan juga hasil keputusan. 

Jenis Ujian COVID-19

Untuk ujian pemeriksaan COVID-19 ini ada dua iaitu  ujian “Rapid Test” untuk mengesan antibodi dan RT-PCR.  Jujur cakap harga untuk RT-PCR ini agak sedikit mahal berbanding Rapid Test sebabnya Rapid Test lebih kepada mengenalpasti antibodi yang terbentuk akibat daripada tindak balas sistem imuniti badan terhadap jangkitan virus. Ujian RT-PCR lagi bagus sebab dapat kesan terus jangkitan virus. 

Harga Ujian Swab Test

Walaupun mahal, tetapi lebih tepat tau! Ada beberapa harga berbeza yang ditawarkan oleh klinik kerajaan dan juga swasta.  Untuk  harga swab test di hospital kerajaan, aku difahamkan kalau korang mempunyai simptom COVID-19, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Tetapi kalau korang saja nak buat test, ada yang cakap harganya adalah RM150, perlu menunggu giliran serta bergantung kepada berapa jumlah pesakit pada hari tersebut.

Since kena tunggu panjang dan sebagainya, aku dah survey harga RT-PCR di klinik swasta dan juga hospital. So far ada yang harga memang dah fixed dari dulu, ada yang walk-in , kena buat tempahan dan ada juga yang lebih mudah iaitu buat ujian swab test secara drive-thru. Oh tetapi ada juga yang buat harga berkumpulan, korang kena pandai survey! 


Memandangkan aku nak cepat, aku pilih MSU Medical Centre Shah Alam. Nasib boleh claim! hahaha thank you boss! 

Harga RT-PCR Swab Test Hospital Swasta 

  • MSU Medical Centre Shah Alam (Drive-Thru & Walk In) - RM388
  • Sunway Medical Centre (Kena Buat Appointment & Walk In) - RM300
  • Pantai Hospital (Drive Thru) - RM???
  • KPJ Selangor (Park & Swab) - RM388
  • Klinik Najat (Drive Thru) - RM388
  • Columbia Asia - (Appointment) - RM380
Simptom COVID-19 
  • demam
  •  batuk
  •  sesak nafas 
  • sakit tekak
  • kesukaran bernafas
Mesti ramai yang tertanya sakit ke tak kan? Macam mana proses dia? Mula-mula korang kena isi borang nyatakan maklumat diri, ada kontak rapat dengan mana-mana kluster tak dan juga ada pergi ke kawasan yang disyaki kes covid-19 ke tak? Selepas dah isi borang, of course lah kena bayar dan tunggu giliran untuk buat pemeriksaan. Just drive je senang! 

Tak Sakit Pun! 

First, dia akan buat di hidung dan korang kena dongakkan kepala. Masa itu, dia akan masukkan alat swab ke dalam hidung dan pusing 360 darjah untuk dapatkan sampel. Bagi aku time tu dia macam perit sikit la macam air masuk ke hidung secara tak sengaja. Haa macam itu lah rasa dia! 


Kemudian dia akan masukkan alat swab yang lain ke dalam mulut dan jolok sehingga ke hujung tekak. Tak sakit pun cuma tersedak sikit itu yang berair mata. Mana-mana korang tengok air mata dorang keluar tu kadang bukan sebab pedih tapi kesan daripada jolokan itu. 

Seterusnya korang boleh balik terus dan tunggu keputusan ujian. Macam aku, kurang dalam masa 24 jam MSU Medical Centre hantar keputusan. Dan diorang akan hantar melalui email atau pun boleh self  collect. 

Untuk macam kes positif, diorang akan terus call korang dan mungkin masa itu korang akan bersedia packing baju dan ambulans akan ambil korang macam yang kita selalu tengok. 

klik untuk tengok proses ujian COVID-19!


So itu je lah antara yang aku ingat dan hasil ujian aku Alhamdulillah Negatif!! 



Pesanan untuk korang jaga diri baik-baik, banyakkan minum air dan yang pasti jaga jarak sosial, pakai mask sentiasa okay? 



Agak cliche kalau aku cakap hotel selesa dan seangkatannya. Nama pun hotel, of course akan bagi yang terbaik bukan? 


Sambungan entry yang lalu, seperti yang mana korang tahu or baru tahu, baru-baru ini aku dan rakan-rakan yang lain sempat buat road trip ke Penang. 




3 Tempat Yang Best Di Penang!

This year kiteorang decide untuk travel dalam negara memandangkan COVID-19 masih berleluasa. Kenapa kiteorang pilih Penang? Sebabnya dekat sini ada pelbagai tempat menarik! Sebelum ini aku pernah kongsikan entry tempat menarik di Penang dan juga tempat makan sedap di Penang beberapa tahun yang lalu. 


Untuk trip kali ini, kiteoran nak explore hidden gems yang ada dekat sana yang mana aku sendiri tak pernah jejak! Mungkin akan ada yang anggap tempat ni macam biasa or tak nak pergi, but trust me once korang ke Penang tempat-tempat ini at least pernah berada dalam senarai jelajah korang. 

The Habitat Penang 




Yang pertama adalah The Habitat yang terletak di atas Penang Hill atau juga dikenali Bukit Bendera. Untuk ke atas, semestinya korang kena naik tram. 

Pemandangan dari dalam tram 

Terdapat dua pilihan iaitu normal lane dan juga fast lane. Macam kiteorang ambil fast lane untuk potong Q. Kalau dulu, tram dia agak perlahan, sekarang dah maju and laju je naik ke atas. 

Kalau korang rasa rugi ambil fast lane, better fikir dua kali sebab korang akan bersyukur gila kalau beli fast lane especially waktu turun! 


Back to the Habitat, aku difahamkan ianya merupakan kawasan hutan simpan yang tersimpan pelbagai khazanah flora dan fauna. Menariknya di sini adalah Forest Bathing. Aku percaya mesti kebanyakan daripada korang first time juga dengar same goes to me! Kalau korang ada rasa stress, nak cari ketenangan wajib datang ke The Habitat dan cuba Forest Bathing. 

orang suruh hayati, dia betul-betul hayati sampai tertidur!


yang sebelah ni siap berdengkur! kah!kah!

Berharga RM138 termasuk dengan tiket fast lane, korang akan baring, belajar teknik pernafasan, menghayati alam dan banyak lagi. Pendek kata sangat best! Plus tour guide dekat sini akan turut ajar korang pelbagai aktiviti lain selain turut menerangkan beberapa fakta yang ada di habitat. 





Selain itu, jangan lupa cuba menaiki giant swing dan juga menara tinjau yang mana korang mesti terpegun dengan keindahan panorama Penang di atas Penang Hill! 

Trivia The Habitat 

  • Kalau nak buat aktiviti Forest Bathing, minimum 6 orang dalam 1 session yang mana akan diadakan hanya pada Jumaat-Ahad
  • Better datang awal pagi termasuklah hanya untuk Penang Hill
  • Make sure makan siap-siap dekat atas tempat makan agak limited
  • Selain menikmati pemandangan , aktiviti lain seperti zip line pun korang boleh try. Harga adalah tambahan untuk aktiviti ini 
The Top Penang 

Dulu aku tertanya juga macam mana The Top yang hangat diperkatakan ini. Bila dah naik, aku kagum kejap and tertanya kenapa tak naik awal-awal dulu. Rupa-rupanya disini ada macam-macam tarikan. Boleh dikatakan seluruh bangun KOMTAR ini mempunyai tarikannya tersendiri. 






Pada tingkat bawah, terdapat pelbagai muzium antaranya seperti Muzium Durian, Muzium Penang, Penang Boutique Aquarium dan banyak lagi! Nak explore semua memang kena duduk seharian. 




Berbalik pada The Top, dekat atas ini ada pelantar kaca yang korang boleh pijak dan tengok view bawah dan tidak dilupakan pemandangan yang cukup cantik di atas ini. 







Bukan itu sahaja, dekat atas ini korang boleh lepak layan jamming atau kalau rasa lapar nak makan yang ala-ala fine dining, boleh juga makan dekat sini. 



Aku recommend kan korang datang pukul 5 ke atas sebab view dia sangat cantik! 

Trivia The Top 

  • Mempunyai 68 tingkat 
  • Laluan udara melengkung pertama di dunia 
  • Lebih dari 18 tarikan 
  • Harga tiket RM68 bagi Dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak 

Entopia Penang


To be honest, aku tak nak pun datang sini. Yer la sebab mula-mula aku ingat Entopia ini macam typical tempat untuk budak-budak yang mungkin ada rama-rama je. Sekali dah masuk fuhh!! Besar dan uniknya weh! 






Bukan sahaja menempatkan ribuan rama-rama, pelbagai reptilia tetapi dalam entopia pun ada macam tunnel sejarah yang menempatkan pelbagai fakta menarik khususnya mengenai rama-rama. Korang suka bergambar? No worries! 




Dalam ni banyak spot untuk ambil gambar termasuklah terowong lampu LED ini dan juga bergambar bersama si rama-rama yang terbang bebas di dalam Entopia ini. 





Tenang sekejap bila masuk dalam ini sampai tak sedar hampir 2  jam juga aku dan yang lain-lain teroka tempat unik ini. 

Trivia Entopia Penang 

  • Tiket masuk berharga RM49 tapi aku difahamkan sekarang ada diskaun yang mana untuk masuk cuma RM39
  • Nak masuk dalam ni tak payah pakai fesyen or berjaket bagai sebab agak panas ya sesuai dengan habitat haiwan-haiwan di dalamnya 
  • Selepas masuk Entopia,  jangan lupa singgah beli pulut bakar kira-kira 200 meter dari sini betul-betul di hadapan roundabout utama. Sedap dan dimasak panas-panas! 
3 tempat je tapi cerita dia macam 30! hahaahah best ye tempat-tempat ini, make sure korang masukkan dalam bucket list korang. 

Anyway kiteorang tak akan sampai ke sini kalau tak sewa kereta yang selesa dari Hertz Malaysia! Next entry aku nak kongsi dengan korang hotel best di Penang, sesuai sangat untuk family! 


Sekalung penghargaan 

- Hertz Malaysia 
- Tanjung Point Residence 
- Tourism Malaysia Northern Region 

Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu aku percaya mesti korang buat something yang tak pernah buat orang terlebih rajin kan?