Total Pageviews

realme Buds Air Cuma RM199 Pada 21 Januari Ini!

Sebelum ini dah lama teringin nak pakai produk ala-ala earphone wireless. Tapi brand itu sangatlah mahal macam boleh beli telefon baru sebiji lagi. 


realme Malaysia Lancar Dua Produk

Nak dijadikan cerita, headphone kegemaran pula rosak. Dah tak ada hiburan dekat office. Sekali baru-baru ini, realme bagi teaser nak keluarkan earphone dorang sendiri weh! Terus aku letak notification alert dekat setiap posting Instagram realme. 

Dan guess what? realme Malaysia tampilkan dua produk sekaligus! realme telah lancarkan produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme.

Kelebihan realme Buds Air

Excited punya cerita, aku pun dah dapatkan Buds Air ini. So far memang puas hati! Dengan tagline realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant, produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. 

Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.





Menariknya lagi, dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Gamers memang suka! 

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara korang akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising.

Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk telinga yang sangatsesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga korang. 

Nak tahu lagi? Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan korang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.

Kelebihan realme 5i 

realme 5i yang digelar Quad Camera Battery Hero pun tak kurang hebatnya.  Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya.

 Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari. realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. 

Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.


Berita baik untuk korang yang nak dapatkan realme Buds Air dengan harga gila murah! Jangan lupa 21 Januari ini, Buds Air akan dijual cuma RM199! Lepas daripada itu, harga akan jadi normal balik RM299. Jangan cakap abam tak belanja! 

Link realme Buds Air - http://bit.ly/shopeetws 
Link realme 5i - http://bit.ly/shopeetws

No comments: