Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Rasanya dah lama aku tak bercerita, mahupun berkongsi kisah peribadi dekat sini. Sebenarnya dah lama teringin nak tulis, luahkan dan berkongsi sesuatu dengan korang (incase ada yang masih follow perkembangan aku). 

Bercakap mengenai Terengganu, negeri ini antara salah satu yang sentiasa mendapat tempat dalam hati aku. Sejak 7 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya setahun sekali akan menjejakkan kaki ke Negeri Cantik Budaya Menarik ini. 

Aku tak tahulah kalau orang lain. Tapi macam aku sendiri, ada sampai mood yang nak tidur hotel. Just for short escape, nak tenang dan rehatkan diri.