Total Pageviews

Resipi Sihat Hari Raya Aidilfitri Guna Kismis California

Tibanya Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai diantara kita tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis masakan apatah lagi kadang kala hanya setahun sekali dapat menjamahnya. Namun perlu diingatkan, pengambilan makanan tersebut perlu dititikberatkan apatah lagi pada musim PKP ini yang kebanyakannya hanya duduk di rumah. 





Kismis California Berkhasiat! 

Jadi apa makanan atau masakan apakah yang sihat untuk disediakan pada hari raya? Untuk itu aku syorkan korang amalkan pengambilan Kismis California dalam makanan korang. Macam aku sendiri memang suka letak kismis especially dalam nasi. Memang sedap dan berkhasiat! 



Tips Sihat Aidilfitri 

Sebelum aku kongsikan resipi berasaskan kismis, aku sertakan panduan khas penyediaan hidangan sihat di Hari Raya 

1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
2. Pilih makanan yang sihat.
3. Pilih makanan yang tinggi serat
4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman
yang manis-gula
8. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang,
kukus dan rebus.

Kalau nak tahu, Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa dan mudah untuk membuat sendiri juadah makanan.



Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek. 

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati. Pergi je mana-mana kedai mesit ada dijual! 

Resipi Berasaskan Kismis

Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad



Bahan-bahan Puding Roti


  • 4 sudu besar Kismis California
  • 2 sudu makan mentega dicairkan
  • 8 keping roti sandwich
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sos Kastard
  • Susu segar 400 ml
  • Air 50 ml
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti

1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
2) Tambah 3 biji telur
4) Masukkan mentega yang dicairkan
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
10) Taburkan Kismis California
10) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard

1) Tuangkan susu segar
2) Masukkan air
3) Tambah gula
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.

Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California



Sos Buah Mangga dan Kismis California


  • 3 sudu besar Kismis California
  • 1 biji mangga dipotong kiub
  • ½ biji mangga pureed
  • Bahan Dadih
  • 2 cawan air
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 1 litre susu segar
  • 3 sudu makan gula perang


Cara Penyediaan Dadih

1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
2. Masukkan susu segar dan gula
3. Apabila sudah mendidih tutup api
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Masukkan ke dalam peti ais

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga

1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org

No comments: