Total Pageviews

Sedapnya Sajian Melayu Di Hyatt House



Bila berada di tengah-tengah kota, mahupun sekitar pusat membeli-belah aku percaya ramai yang mencari sajian yang kena dengan selera masing-masing apatah lagi untuk mencari sajian Melayu asli. 



Harga Murah Walaupun Eksklusif! 

Sekiranya korang berada di Hartamas, suka untuk aku syorkan korang menjamu selera di Hyatt House. Biarpun kafe ini nampak eksklusif, tetapi siapa sangka harga makanan-makanan di sini sememangnya mampu beli dan setanding dengan kebanyakan restoran (ini berdasarkan review dan pemerhatian aku selama ini). 

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menjamu selera di Hyatt House punya kafe yang dikenali sebagai Gallery Kitchen. Dekat sini aku pesan semua yang menjadi tarikan utama supaya senang jadi panduan untuk korang pesan makanan di Hyatt House kelak. 

Sempat Mencuba 4 Menu Signature 

Harga untuk menu yang aku pesan bermula dari RM16 hingga RM28. Complete set! Ada nasi, bihun, air serta pencuci mulut untuk aku cuba. Jadi ulasan aku? Overall sedap! Kena dengan tekak aku. Walaupun mungkin ada diantara korang yang nampak biasa menu-menu ini, percayalah waktu lunch hour atau time korang lapar ianya akan jadi luar biasa. 



Ayam Percik With Briyani Rice - RM26 


Lamb Varuval With Briyani Rice -RM28



Ayam Rendang (bersama nasi & ulam-ulaman) - RM28



Mee Siam- RM19

Tak rugi untuk cuba dan tak rugi untuk reward diri korang makan makanan yang sedap dekat sini. Kalau tanya aku nak makan dekat sini tak lagi ? Of course I will! 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari pautan Hyatt House DISINI 






1 comment:

Sis Lin said...

Perghh mee siam dia walau rm19 agak mahal, tapi sekali pandang, mesti sedap tu kannn...biasa kuantiti sikit tu lee sedap...

Psttt masih jual minyak wangi lagi ke?...