Total Pageviews

Siapa Sangka Daging Ini Sebenarnya Dari Tumbuhan!




Setiap kali nak makan, mesti terfikir tak boleh crash diet bagai. Jujur aku cakap sekarang pun tengah buat diet, tapi kadang-kadang jadi cheat day juga sebab terikat dengan kerjaya. Tapi lepas aku jumpa artikel pasal Beyond Meat dan Phuture Daging ini, aku jadi tertarik untuk tahu dengan lebih lanjut lagi.

Daging Berasaskan Tumbuhan?



Kalau nak tahu, syarikat ini sebenarnya percaya bahawa sekiranya kita lakukan diet berasaskan tumbuhan sebenarnya dapat membantu menyelamatkan bumi berbanding memfokuskan pada diet daging. Nak tahu kenapa? Aku sendiri pun agak terkejut dan tak percaya pada mulanya. 

Ini kerana kajian dari  sebuah Iinstitut di United Kingdom menunjukkan bahawa salah satu cara yang untuk mengurangkan pelbagai kesan sampingan adalah mengurangkan pengambilan daging dalam diet seharian. 

Kajian pada tahun 2018 terhadap 119 buah negara pula menunjukkan bahawa pengambilan makanan berasaskan haiwan mempunyai nilai karbon yang tinggi berbanding berasaskan tumbuhan.  Malah untuk info, sekiranya mengambil sayuran mahupun mengamalkan diet sayuran, korang sebenarnya hanya menghasilkan sedikit karbon sekaligus mengurangkan 41.7% kesan pada rumah hijau. 

Pendek kata penghasilan makanan berasaskan tumbuhan ini lebih effisien dan faedahnya lebih bagus. Korang fikirkanlah sekiranya kaedah diet ini digunakan, secara tidak langsung ianya menjamin masa depan yang lebih cerah daripada pelbagai aspek. 



Disebabkan itulah Phuture Daging menyokong tindakan dan idea seumpama ini.Malah,difahamkan mereka sudah merancang membangunkan ‘plant-based meat’ ini sebagai pilihan di pasar kelak. Yang paling penting ianya dijamin halal dan membantu kempen gerakan hijau untuk Malaysia pada masa hadapan. 



Meskipun konsep ini masih lagi baru di Malaysia, namun syarikat ini mengharapkan agar kaedah ini dapat digunakan terutama dari segi diet dan perspektif alam sekitar. Bagi mengalakkan kesedaran ini. 



Bukan itu sahaja, Phuture Daging juga berhasrat untuk menyokong mana-mana restoran mahupun kafe yang memperkenalkan konsep ini dalam menu mereka. 

Bantu Kafe & Restoran



Phuture Daging sendiri akan menyalurkan bahan-bahan ini serta membantu mereka dalam penyediaan makanan dan juga promosi-promosi yang berkaitan.



Untuk korang yang berminat untuk mengetahui mengenai Phuture Daging dan produk mereka berasaskan tumbuhan, bolehlah email di enquiry@phuturedaging.com atau layari https://phuturedaging.com.

No comments: