Total Pageviews

Pakej Dinner Romantik Pun Ada! Pengalaman Menginap Di Dorsett Hotel Putrajaya

Dalam kebanyakan hotel, aku boleh katakan begitu dekat dan selesa untuk memilih Dorsett Hotel sekiranya aku merancang untuk short escape ataupun pilihkan untuk  keluarga menginap. 




Promosi Sehingga 31 Disember 

Sebab apa? Siapa yang kenal aku, memang aku sangat cerewet bab tilam, bantal dan semestinya keselesaan. Pendek kata Dorsett Hotel ini kena dengan citarasa aku. 





Untuk korang yang ingin menginap dekat sini, ada promosi khas yang diadakan sehingga 30 September 2020 bersempena dengan pembukaan semula kesemua Dorsett Hotel menerusi tawaran Stay In The City.

Stay In The City- Dorsett Putrajaya


Sebelum aku kongsikan dengan lebih lanjut, aku nak ceritakan pengalaman aku menginap di  Dorsett Putrajaya. Boleh dikatakan ini adalah hotel pilihan aku sekiranya terdapat urusan di Putrajaya menginap ketika musim PKPP.  Pada pengamatan aku, ketiga-tiga hotel ini mengutamakan SOP yang agak ketat.  Sebagai contoh, masuk sahaja di pintu hotel korang kena scan suhu dan QR code.

Yang menarik perhatian aku adalah di Dorsett Putrajaya yang mana ketika buffet sarapan, setiap pengunjung akan diberi sepasang sarung tangan dan diwajibkan untuk memakainya setiap kali untuk mengambil makanan yang disediakan. 





Bagi kemudahan kolam renang pula, SOP masih lagi dititikberatkan. Hanya 10 orang pengguna sahaja dibenarkan berada di dalam kolam dalam satu masa. 

 Dinner Ala Romantik 


Bercakap mengenai soal makanan pula, aku memang suka makan di Dorsett Hotel. Kalau di Putrajaya,  menu nasi lemak Delima confirm aku akan cari. Tapi buat masa sekarang hanya tempahan untuk 10pax ke atas sahaja baru diorang akan buat. 


Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal Nasi Lemak. Tapi aku nak share dengan korang pasal pakej dinner romantik yang ditawarkan di Dorsett Putrajaya dikenali sebagai Table For Two. 




Aku agak kagum sekejap sebab masa aku cuba Table For Two tempoh hari, masuk je ke situ terus terasa vibe dia. Pemandangan jangan cakaplah memang cantik sebab berlatarbelakangan limpahan cahaya lampu dari Masjid Besi Putrajaya dan juga Food Truck di hadapan hotel ini. 




Untuk pakej ini hanya RM264.15 nett per couple akan dikenakan. Bagi aku ianya cukup berbaloi sebab merangkumi 

  1. 3 pilihan makanan sama ada western, traditional ataupun makanan melayu
  2. 1 botol air jus sparkling 
  3. Pilihan dekorasi classy mahupun elegan (caj minimal akan dikenakan)





Promosi Di Dorsett Putrajaya 

Selain promosi di atas, Dorsett Putrajaya juga menawarkan pelbagai promosi lain yang cukup menarik. Nak stay disini? Hanya RM160 semalam!




 Promosi ini akan berlanjutan sehingga 31 Disember 2020. Kalau rasa lapar, korang boleh je makan di restoran Citra Rasa yang menawarkan diskaun 20% sekiranya korang makan disini or take away. 



Murah kan! So far aku memang suka stay dekat sini! Kalau korang nak booking or ada nak tahu dengan lebih lanjut layari https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-putrajaya/index.html

    11 comments:

    SalinaJohari said...

    Best jugak ni sebab antara faktor utama dekat. Sejak pandemik ni memang tak berani sangat nak berjalan tapi kesian kat anak². Nanti K.Sal usyar lanjut Dorsett

    Qeela said...

    Wah murah juga yea harga untuk stay per night kat Dorsett tu, nampak menarik dengan views yang cantik, lagi2 makanan pon nampak sedap2 belaka! Pakej couple tu pon bagus juga, elokla untuk yang nak romantik dinner, nampak sweet je deco yg dibuat tu 😍

    miedaJaz said...

    Wah..bestnya romantik dinner tue...pemandangan masjid besi so stunning...anniversari dah dekat nie bolelah cuba..harga pun menarik

    Ruby said...

    Staycation camni pun best. Nanti nak plan ke Putrajaya. Bleh la berehat sebelum pulang ke Damansara. Hehe

    Rawlins GLAM said...

    Hey. Romantic-romantic dengan sapa tu? Tak ajak kita pun walau rumah kita dekat je kat situ. Tapi view memang best kat balcony tu

    Cik Puan Ena said...

    Murah lah harga tu. Suai untuk pergi honeymoon. Kalau sis check in hotel mesti nk usha toilet dlu.

    Kitkat Nelfei said...

    Thanks for sharing this Khai.. Terus rasa nak pergi staycation over the weekend dekat Dorsett Putrajaya ni.. Nampak ada my favorite dimsum in the picture, bilik pun nampak selesa dan romantica dinner with great view tue pun awesome juga.. Yang penting, harganya sangat affordable kan..

    Sis Lin said...

    Wowww all in one... bestnyaaa menginap sini sekali ada pakej love gitu... sweet gilos... nanti nak try le gosok laki ajak ke sini...heheheheh

    Farhana Jafri said...

    cantiknya pool dia! Pagi2 kalau tengok sunrise dekat situ mesti best. Risole ke atas meja khai tu? Hahaha

    Nadia Johari said...

    Pergh menaril ni. Tak pernh stay sini. Paej couple tu sesuai la utk pasangan.. Macam nak pulak tapi anak nak campak mana.. Ahhahaa.. View pun cntik

    Zaza Azman said...

    Dorset ni mmg dah lama dlm senarai staycation family za dari dulu lagi.. I suka yg putrajaya dan KL..