Total Pageviews

Bakal Ambil SPM? Jom Tonton Pelan A+ SPM Di Astro

Astro dengan berbesar hati melancarkan Pelan A+ SPM, siri seminar akademik khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebagai medium tambahan pembelajaran mereka untuk menjawab peperiksaan kelak. 




Mulai 13 November 2020, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10 pagi di Astro Tutor TV SPM (saluran 603), para pelajar boleh ‘menghadiri’ seminar berdurasi 2 jam itu yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
 
Pelan A+ SPM menawarkan pelbagai tip, kaedah menjawab soalan serta soalan ramalan daripada guru-guru terbaik termasuklah Encik Shankar untuk subjek Matematik, Dr. Jay dan Dr. Mellisa untuk Sains, Cikgu Rosle dan Cikgu Mike Mahen untuk Sejarah, Cikgu Suguz untuk Bahasa Melayu dan Puan Jowana untuk Bahasa Inggeris. Setiap seminar ini juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.

 
Astro menekankan bahawa apabila medium pembelajaran dipermudahkan, semangat untuk belajar haruslah dipupuk terutamanya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Pelan A+ SPM merupakan salah satu inisiatif Astro demi kelangsungan prestasi akademik bagi pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan ini pada tahun 2021, seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
 
 “Pembelajaran dengan penggunaan televisyen merupakan nadi kepada Astro menerusi rangkaian saluran Astro Tutor TV (saluran 601 untuk UPSR; saluran 602 untuk PT3 dan saluran 603 untuk SPM). Dalam keresahan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak pihak sekolah memilih ‘online learning’ sebagai medium utama untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Tidak dinafikan, pembelajaran secara dalam talian mampu memberi manfaat maksimum kepada anak-anak tatkala berhadapan dengan penutupan sekolah. Namun, ada di antara mereka yang tidak mempunyai peranti atau komputer mahupun sambungan Internet untuk menyertai pembelajaran secara dalam talian ini.
 
Menyedari pembelajaran secara dalam talian mempunyai had-had tersendiri, Astro mempergiatkan dan mempelbagaikan lagi medium penyampaian ilmu untuk pelajar-pelajar di Malaysia, dan salah satu usaha kami adalah dengan memperkenalkan seminar bersiri Pelan A+ SPM ini, di mana para pelajar boleh mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan menghadiri seminar ekslusif ini secara percuma. Kami berharap seminar bersiri ini dapat sedikit sebanyak membantu ringankan keresahan ibu bapa dan meningkatkan lagi semangat calon-calon SPM untuk menduduki peperiksaan tidak lama lagi.” kata Cecilia Wong, Pengurus Saluran Astro Tutor TV 

Jadual bagi seminar Pelan A+ SPM adalah seperti berikut:



 
 
Saksikan Pelan A+ SPM mulai 13 November 2020, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10 pagi di Astro Tutor TV SPM (saluran 603). Jika terlepas mana-mana seminar, korang boleh menggunakan kemudahan on demand, atau muat turun aplikasi Astro GO untuk menyaksikan kesemua seminar Pelan A+ SPM yang diterbitkan khas oleh Astro, pada bila-bila masa, di mana jua.
 

No comments: