Aku suka betul dengan konsep yang dibuat oleh 1 Mont Kiara apabila pusat membeli belah ini telah melancarkan aplikasi my1MK. 


Jujur aku cakap bila masuk rumah baru ni, lagi malas nak masak! Dah lebih dari sebulan pindah tapi rasa macam baru semalam aku pindah, penat oi.

Bila dah penat, boleh dikatakan setiap hari aku order melalui dakpanda. Mahal tapi nak buat macam mana takkan nak hadap maggi je ye dak. So aku ada lah perasan satu brand ni yang dikenali sebagai LengQuas. Mula-mula aku macam terpegun kejap, first time dengar tapi ada macam-macam produk dia. 


Share your skincare routine! Haaa itulah soalan yang selalu aku dapat daripada orang ramai bila nak tahu apa rahsia kulit aku licin dan bersih. 




Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan cukai pada semua jenis rokok termasuk rokok elektronik yang akan berkuat kuasa pada awal tahun hadapan.


Mencuri perhatian ramai, siapa sangka dengan hanya balang kosong ianya telah dijadikan sebagai dana untuk memulakan perniagaan. Mungkin kedengaran pelik, namun itu antara langkah yang diambil oleh sebuah pertubuhan. 



Oooh Ayamas ! Siapa yang membesar dengan lagu Ayamas kita geng! Sampai sekarang terngiang-ngiang lagu Ayamas ni dalam fikiran aku. Mesti ramai diantara korang fikir dekat kedai Ayamas hanya sekadar ada menu Ayam bukan? 




Aku pun fikir macam itu mula-mula, sampailah pergi sendiri ke kedai Ayamas, fuhhh! Banyak rupanya menu dekat kedai Ayamas ni. Bukan itu sahaja, aku boleh cakap yang menu-menu yang ada disini sedap dan menarik belaka. 


Selain daripada menu utama kedai Ayamas juga menyediakan menu-menu lain seperti Kari Laksa, aneka Pasta, aneka bakeri, Nasi Ayam, menu khas kanak-kanak iaitu  sardine roll dan chicken pie serta banyak lagi. 



Bercakap menu utama, incase korang tak tahu, Ayam bakar Ayamas yang boleh didapati dalam pilihan iaitu Golden, Pepper dan Percik. 


  • Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu

  • Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

  • Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.



Kalau ditanya aku, Pepper dan percik paling aku suka! Sebabnya dua-dua pilihan ini ada nostalgianya tersendiri bagi aku. Setiap kali puasa, mesti aku akan dapatkan dua ekor ayam panggan dalam perisa Pepper dan Percik. Beli satu tak cukup uiii! Ayam panggang Ayamas menjadi kegemaran kiteorang sebab ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus. Memang padu rasa dia weh! 


Menariknya lagi,  kalau korang nak dapatkan produk Ayamas sejuk beku dan ayam mentah sekalipun boleh je beli dekat kedai Ayamas berhampiran korang. Macam aku, baru-baru ini sempat pergi ke kedai Ayamas di Bukit Jelutong Shah Alam dan yang paling penting makan dalam SOP dan kedai dia sangat bersih.



Aku faham mesti korang yang ada family atau kawan-kawan nak lepak tak puas bukan sebab satu meja boleh dua orang je kan? Okay no worries! Apa kata order je secara online menerusi grab food atau food panda dan diorang akan hantar terus ke depan pintu rumah korang! Lebih selesa dan nak makan pun puas kan? 


Nak best lagi, korang beli masa setiap 15 dan 30 haribulan sebab ada diskaun untuk Ayam Panggang, kalau setiap Khamis pula ada promosi “Thursday special” . Kalau rasa nak makan set nasi ayam pula, ada promosi set jimat yang berharga cuma RM10.90 yang didatangkan bersama sebotol air mineral. 


Aku percaya selama lebih 30 tahun beroperasi, korang mesti ada kenangan tersendiri bersama Kedai Ayamas bukan? Apa kata  kongsi kenangan bersama Kedai Ayamas yang mana syaratnya hanya kongsikan gambar korang menikmati hidangan Ayamas, upload di media sosial beserta hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. Jom join sekarang!

Aku percaya,ramai di antara kita sedia maklum sejak Mac lalu yang mana perintah PKP dilaksanakan, kebanyakan peniaga turut terkesan dan pusat membeli-belah pula lenggang tanpa pengunjung disebabkan orang takut untuk keluar dan dijangkiti wabak COVID-19.