Total Pageviews

800 Balang Kuih Kosong Diberikan Untuk Mulakan Perniagaan!

Mencuri perhatian ramai, siapa sangka dengan hanya balang kosong ianya telah dijadikan sebagai dana untuk memulakan perniagaan. Mungkin kedengaran pelik, namun itu antara langkah yang diambil oleh sebuah pertubuhan. 




Salur Dana Perniagaan

Sebenarnya, langkah itu adalah sebagai galakan bagi ahlinya menjana pendapatan berbanding hanya menerima bantuan semata-mata.  SBR Kencana Global Resources melalui Pertubuhan Kebajikan Sentiasa Bersama Rakyat Malaysia (PKSBRM) menyalurkan dana perniagaan RM2,000 seorang, kepada 1,000 ahlinya di seluruh Malaysia sebagai usaha membantu menjana pendapatan mereka.



800 Balang Kuih Diberikan 

Menariknya lagi, sebanyak 800 balang kuih kosong juga diberikan kepada kesemua penerima dana itu sebagai permulaan buat mereka untuk  memulakan perniagaan makanan membabitkan biskut seperti kuih raya.




Pengurus SBR Kencana Global Resources merangkap Pengerusi PKSBRM Datuk Seri Sabariah Hashim berkata, dana itu diberikan bagi membolehkan ahli memulakan perniagaan.

“Kita juga berikan mereka balang kosong untuk isikan kuih dan kemudian kita yang akan pasarkan kuih berkenaan bukan saja di pasaran tempatan tetapi juga luar negara.

“Mereka yang menerima dana ini ialah ahli berdaftar PKSBR yang sah dan menerima faedah ini. Mereka tidak perlu risau barang mereka tidak dapat dipasarkan kerana kami akan uruskan semua,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan dana itu baru-baru ini

Selain Pahang, kesemua ahli di 11 negeri lain kecuali Sabah dan Sarawak juga akan menerima dana yang sama. Difahamkan, semua produk itu akan dipasarkan menerusi SBR Kencana Global Resources yang menjadi pengerak utama pertubuhan berkenaan serta berperanan membantu merancakkan ekonomi Bumiputera di negara ini.

 “Mereka (ahli) tidak perlu risau, sediakan produk dan kita jual, sama ada kami hendak ‘mandi’ kuih atau apa sekalipun, yang penting produk mereka laku.

“Sebagai permulaan kita minta produk biskut dan kuih raya dan mereka perlu pastikan ia adalah hasil tangan mereka sendiri bukannya dibeli secara pukal dari pengeluar,“ katanya.

Sabariah berkata, usaha itu juga dilakukan bagi meringankan beban ahli dalam berdepan dengan cabaran semasa ekoran pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.




Tambahnya, menerusi usaha itu ia mampu memberikan peluang kepada ahli menjana pendapatan termasuk bagi sesetengah mereka yang hilang punca rezeki.

“Kita faham dalam suasana sukar ini ramai yang hilang punca pendapatan jadi kami perkenalkan usaha ini supaya ahli berpeluang membabitkan diri dalam perniagaan seterusnya mendapat hasil.

“Usaha ini juga berterusan dan tidak hanya terhad untuk pasaran tempatan tetapi juga negara luar termasuk Singapura, Indonesia, Brunei dan China,“ katanya.

Sabariah berkata untuk jangka masa panjang pelbagai produk lain juga akan dibuka untuk ahli terbabit memulakan perniagaan seperti pewangi, penjagaan badan dan pakaian.

So untuk korang di luar sana jangan lupa untuk sama-sama bantu mereka apatah lagi di musim COVID-19 ini. Kita Bantu Kita! 

5 comments:

Qbal Ramlan said...

Is a good way to support our local abd small bisnes macam IKS/SME. Balang tu sebenarnya really helping them. Saya juga berniaga, So i know how bless bila orang bantu kita. Bagi balang, tolong jualkan produk. Dalam dan luar negara pulak tu.

Anonymous said...

Tahniah kerana mampu mengharap cerita yg baik. Ada ketikanya, tk semua cerita itu seindah yg diuar uarkan. Knp tdk bertanya projek mana yg dah berjln dgn jayanya, knp balang kuih sering bertukar specs, knp ujud sistem MLM dlm membantu usahawan @ org² yg terkesan dgn covid19 dimana mereka membahagikan rm500 tersebut dikalangan mereka dgn pecahan U1- RM120, U2-U4 RM50 utk setiap ahli yg turutserta, memberi post-dated cheques bertarikh 31/12/2020? Membantu kah itu atau mengaut keuntungan atas kesusahan org lain? Ada ahli yg sudah berdaftar seawal bln Feb 2020 tapi Masih tidak menandatangani perjanjian apatah diberikan Modal seperti didakwa..mereka asyik menukar tarikh dgn alasan yg tidak munasabah! Sepatutnya, lakukan sedikit kajian sblm menulis ttg aktiviti mereka, byk kepincangan yg perlu dibongkar...

zeera lily said...

nice sharing! macam mana nk participate?

Anonymous said...

Serius???? Berlaku perkara luar jangkaan?

Unknown said...

This is the bloody idiot SCAMMER...pls stay away ..pls tell to yr friends not to join any of their programs !!