Total Pageviews

Nasi Lemak Sedap Setia Alam! Wajib Repeat OG Street Kitchen

Siapa orang Setia Alam, Bukit Raja atau Shah Alam yang berhampiran, korang wajib baca artikel ini sampai habis. 




Nasi Lemak Sedap Di Setia Alam

Sebab dalam artikel ini baru korang tahu dekat mana port Nasi Lemak sedap Setia Alam. Sebenarnya banyak kali juga lah aku nampak orang bagi review pasal OG Street Kitchen. Diorang cakap nasi lemak diorang sedap dan ada pilihan lauk yang pelbagai.

Sebelum ini aku tak ada peluang nak merasa sebab lokasi diorang sedikit jauh sampailah OG Street Kitchen berpindah ke Setia Alam,memang aku terus order je and nak rasa sendiri sedap ke tidak. Kalau korang nak tahu, kedai diorang ini terletak di dalam Mama Salmi Kopitiam, Setia Alam. 

via Instagram OG Street Kitchen

via Instagram OG Street Kitchen

via Instagram OG Street Kitchen



Kebetulan aku lepak Starbucks situ, terus terfikir nak dinner nasi lemak. Masa itu dah pukul 7 lebih, konsep je main redah je ke kedai diorang, kalau dah tutup or habis mungkin bukan rezeki aku. Alhamdulillah, sampai je di kedai nasi masih ada tetapi owner nya, OwToTheZie atau terkenal di kalangan  pengguna Twitter sebagai OG/Ojie tak ada pula. Baru nak jumpa twitpemes ni! 




Boleh Walk In / Order Food Panda 

Haha actually korang boleh walk in atau boleh order melalui Food Panda. Macam rumah aku tak sampai lah pulak kawasan ini so walk in je terus. Aku dan housemate order Cik Mak Telur Ate (Telur Mata), Cik Mak Copong (Sotong Goreng Tepung), Cik Mak Soft Shell Crab dan nasi extra satu sebab takut tak cukup.LOL...

Actually kiteorang beli tu diorang lupa letak sambal, pastu beria lah si Ojie ni haa cakap nak bagi balik esoknya tu cuma bezanya Soft Shell Crab ganti dengan Cik Mak Ciken Chop. Sebenarnya masa tak ada sambal tu, kiteorang macam ala dah lah datang jauh sekali sambal pula tak ada. So terpaksa lah makan nasi saja dengan lauk.

Makan Nasi Saja Pun Sedap! 

Guess what? Sedap weh even tak ada sambal! Bukan sebab dia terkenal atau nak ambil hati ke apa. Tidak ya. Memang aku puji ikhlas sedap. Dia punya lauk macam sotong dan Soft Shell Crab tu dah memang ada flavour so tak ada masalah pun kalau tak ada sambal. Keesokannya tu bila makan dengan sambal , double sedap.





Macam aku dengan housemate aku kadang memang suka bandingkan sambal nasi lemak. Bagi aku sambal OG Street Kitchen kena dengan tekak aku sebab dia ada rasa manis manis pedas berbanding dengan nasi lemak Ci..... di sebuah seksyen itu manis manis kurang pedas so aku tak suka sangat. 

Macam aku order sotong, pergh sotong dia besar gedabak weh. Serius puas hati dengan harga dia sebab aku tahu kalau tempat lain sotong saiz tu memang dia cas mahal gila. 


Boleh Delivery Ke Negeri Lain

Kalau korang nak tahu sebenarnya OG Street Kitchen akan cuba hantar dekat mana-mana kawasan or negeri. Cumanya tempahan awal dan korang kena selalu ikut perkembangan lokasi diorang untuk dapatkan Cik Mak OG Street Kitchen. 




Jadi lepas ini kalau pergi ke Setia Alam, tak tahu nak makan apa boleh ke sini, aku kongsikan dengan korang details diorang dekat bawah. Selamat mencuba! 

OG Street Kitchen 

Waze : Mama Salmi Kopitiam
Waktu Operasi : 5 petang - 9 malam 
Dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad



11 comments:

Ezna Khalili said...

Nampak portion dia banyak. Kalau sis kan akan share dengan anak la kot. Sis pilih lauk ketam tu. Terliur la tengok.....

saidila said...

alahai comel tul nama menu dia CikMak...kalau saya baiasanya sebut sikmak....hahaha pandai dan kreatif betul owner dia . Sebagai rakyata Malaysia memang Nasi lemak adalah makanan yang kita tak mampu nak tolak...nanti boleh test

Bella Jamal said...

Kalau nasi lemak yg jual komersial kat kedai ni sis kena make sure sambal dia sedap. Kdg2 potong selera kalau terasa sgt sambal instant. Nanti sis cuba try kat sini ya.

Sis Lin said...

Nampak sangat menyelerakan nasi lemak dia..penug sebekas dan sepinggan..
Ni anak dah balik Shah alam nanti nak share dengan dia, kot nanti bleh dia pi cuba sana..

AyuArjuna BiGoshh said...

Ya ampun besaqnya sotong tu. Memang puas makan.. nanti nak datang makan kat sinila.

Encik Mus said...

tergoda dengan sambalnya.. nampak sangat sedap.. portion pun nampak mcm banyak

Zaza Azman said...

Ya ampun sis tewas ye dengan softshell crab.. Antara makanan yg sis cannot resist. Haha nak kena cuba.. Mesti sedap makan crunchy2 dgn nasi lemak tu.. Aiyoooo terliur sudah

Snapbackpacker said...

kalau dulu nasi lemak ni..sarapan..
zaman dah berubah...nasi lemak dah jadi...main dish

Nina Mirza said...

Alahai... Sedap nya tengok nasi lemak baby crab tu! Mau kita makan tambah nasi. Not bad portion dia eh
Bagus boleh delivery banyak kawasan!

Mahamahu said...

Wahhh untung lah dapat repeat nasi lemak terbaik kat Shah Alam bila nak hantar kita kat sini hehehe sedapnya kita pecinta nasi lemak yer wakakakakak best banyak pilihan...

Fatin Diana said...

not bad harga tu sebab tengok portion dia besar macam bole makan 2 orang