Total Pageviews

KOPETRO Sampaikan Sumbangan Pada 50 Ahli SENIMAN Sempena Ramadan

Sebelum ini korang mungkin ada perasan aku post pasal Lengquas  yang menawarkan pelbagai produk sejuk beku. 



CSR Di Sentul 

Kalau nak tahu jenama tersebut merupakan salah satu rangkaian dari  Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Baru-baru ini, syarikat tersebut telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.





Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021. 

Tawar Servis Dari KVClean

Menarikya, mereka turut menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO yang dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. 




Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

Nak tahu pasal KOPETRO? Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.

Facebook:


Instagram:

15 comments:

Ezna Khalili said...

Bagus betul Kopetro ni bagi sumbangan kepada orang lama ni. Sekurang-kurangnya ada yang prihatin.

Tiara Sapphire said...

Alhamdulillah..program yg bagus bagi menolong mereka yg memerlukan. terbaiklah Kopetro 👍

Julia Mahir said...

Bau tau pasal jenama LengQuas ni. Bagus la diorang ambil berkat bagi sumbangan semoga jenama ni pergi lebih jauh lagi,

Faries said...

Wah bagus juga ada event2 mcm ni dan bawa masuk seniman2 buat kerja amal macam ni. Harap jenama yang diusahakan oleh kopetro ni berjaya dimasa hadapan

Bella Jamal said...

Baguslah tempat ibadah mestilah nak bersih dan disinfektan. Semua perlu kepakaran utk basmi virus. Usaha baik beri sumbangan pada artis veteran.

Rawlins GLAM said...

Alhamdulilah. Moga lebih banyak syarikat gergasi, orang perseorangan dan pertubuhan yang mengambil kisah dan berkongsi rasa dengan yang memerlukan terutama di bulan Ramadan dan juga kerana Covid

Syafiera Yamin said...

tahniah kopetro betul betul menitikberatkan kebajikan orang yang memerlukan.. prihatin dengan orang lama... semoga murah rezeki lagi boleh bantu orang yang memerlukan lagi

Ana Suhana said...

Tahniah kopetro. Satu usaha yang patut dicontohi syarikat-syarikat di luar sana.

iena eliena said...

Tahniah Kopetro diatas inisiatif yang bagus dalam membantu golongan seniman NEgara.

AyuArjuna BiGoshh said...

Inisiatif dari Kopetro ni bagus. Salah satu prog csr yang dapat mengimarahkan lagi masjid

Sis Lin said...

Satu kebajikan yang bagus yang mengutmakan ruang solat yang selssa.. Sis baru juga meluahkan di blog mengenai surau yang di sediakan di hotel-hotel ketika bulan ramadan ni.. harap jika ada servis pembersihan gini, ramai yang celik mata terhadap isu ini.. tahniah buat semua terlibat..

Kitkat Nelfei said...

Menarik, macam nak guna khidmat KVClean la.. 3jam RM90 prep for Raya nanti :) just book the service kat website mereka kan?

Ruby said...

Alhamdulillah inisiatif murni dari Kopetro. Semoga Allah s.w.t membalas dengan 1001 ganjaran. InsyaAllah.

Wai Yee aka Rane said...

Nice job to the company! This Ramadan let's do something good to give back to the community

Zaza Azman said...

Inisiatif bagus dari kopetro. Tahniah. Semoga diberi kerahmatan di bulan yg mulia ini